أربعة عشرة

11K 1.4K 1K
                                    

"bunga terakhir,"

Akhir Tak Bahagia - Misellia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Akhir Tak Bahagia - Misellia.

BERLARI sekuat hati, Esya membawa diari milik Nazim di dalam pelukannya. langit yang tadi sunyi mulai berdetum, awan awan hitam bergerak berarak di segenap ruang angkasa. bintang tadi yang bersinar terang bertukar malap—bila bila masa sahaja, fenomena alam yang dikenali sebagai hujan akan terjadi dalam waktu yang sangat singkat.

Esya tidak mempedulikan apa apa lagi, kakinya terus memecut tanpa tahu arah yang ingin dituju, sementara mata sembamnya melihat-lihat sekeliling. mencari kelibat orang itu, sosok yang selama ini ia rindu, mencari keberadaan sang matahari yang sentiasa memerhati dalam diam.

malam ini, bintang mengingatkanku padamu.
indah, terang.
seperti matamu yang selalu ku pandang.

bukan bintang di angkasa—tetapi matahari, satu satunya bintang yang paling besar dan terang yang berselindung di sebalik bumi yang sedang ligat berputar. seolah-olah, seluruh ciptaan di angkasa dan semesta hadir, menyaksikan dua insan dari latar belakang yang sama dipertemukan di bawah satu takdir yang berulang sekali lagi.

Esya berhenti berlari, nafasnya tercungap-cungap. cuba mengambil oksigen, sambil itu dirinya masih menunggu kehadiran si dia, seluruh badan dan hatinya sakit—tapi gadis itu masih setia berdiri di bahu jalan.

ibarat tulisan di luh mahfuz yang telah ditetapkan, akhirnya, ia hadir. mungkin terdengar konyol dan tidak masuk akal—tapi, di waktu kini, di kala semuanya bakal menjadi satu, hal itu bukanlah yang paling penting untuk difikir dan direnung sekarang.

apa yang penting, mereka akhirnya bertemu semula.

Esya menatap wajah Nazim lama, sangat lama, dirinya masih cuba memproses segala macam pengetahuan yang baru ia dapat dari awal. terlalu pantas—tetapi hakikatnya, cukup lama.

cukup lama, untuk akhirnya Tuhan berkata kun, alias mengizinkan kisah yang telah lama dibiar berputik semula.

sejujurnya, Esya tidak tahu mahu bereaksi apa. cuma yang pasti, dirinya sangat bahagia. dan sangat bersyukur, kepada yang Maha Kuasa, Tuhan yang memerintah sekalian semesta dan makhluk di dunia ini. Esya melebarkan senyumannya, tangan gadis itu diangkat tinggi, melambai kepada jejaka di seberang jalan itu.

lembut tutur katamu,
merdu tawamu, parasmu yang menawan,
buat diriku tak bisa lupa.

"Nazim!" serunya, dan lelaki itu tersenyum.

"aku..aku dah ingat." ucapnya, seraya air mata yang ikut jatuh dari kelopak matanya.

Nazim mengangguk lagi, kali ini, dia juga turut menangis.

"iya, sayang. dan saya pulang."

"kau betul betul balik." Esya berbisik pada dirinya, diari dalam genggaman itu ditekapkan ke dada erat.

الشمس [matahari] Where stories live. Discover now