1 | Alamort

8 2 0
                                    

Alamort ;
(adj.) Half dead of exhaustion.

•••

"Semuanya 1324 yen..."

Ujar seorang gadis acuh tak acuh kepada pelanggan terakhir di sebuah kedai yang beroperasi selama 24 jam. Tangannya laju memasukkan barang-barang yang telah di scan ke dalam beg plastik.

"Nah."

Pelanggan itu menghulurkan beberapa wang kertas kepada gadis tersebut. Resit pembelian yang dicetak oleh mesin diberikan kepada pelanggan itu. Dia mengambil beg plastik yang dipenuhi barang-barangnya dan berlalu pergi.
Gadis tersebut kemudian mengerling jam di dinding setelah pelanggan tadi telah tiada.

7.05 p.m.

Shiftnya sudah tamat. Dia bergegas mengemas barang-barangnya.

Ktingg.

Pintu kedai berbunyi. Ada pelanggan datang lagi ke? Dia menoleh. Seorang lelaki berseragam sepertinya masuk. Ternyata pekerja shift yang seterusnya.

Dia menghela nafas, dengan bergegas dia melangkah meninggalkan kaunter.

Ditolaknya pintu tersebut. Kakinya terhenti. Kepalanya mendongak ke atas. Matahari sudah mula terbenam. Burung-burung berterbangan menuju ke rumah masing-masing.

Rumah.

Cis.

Untung sekali burung-burung tu. Ada rumah untuk berteduh. Ada rumah untuk dipanggil rumah. Bukan macam dia, ada rumah tapi tak macam 'rumah'. Luahnya kesal.

Dia mula melangkah kembali. Langkahnya sengaja diperlahankan. Tidak mahu sampai di rumah awal. Kalau boleh dia mahu meminimumkan masanya di rumah.

Matanya beralih kepada kedai runcit di sebelahnya.

Ramen.

Baru dia teringat bahawa ramen segera di rumahnya telah habis semalam. Seharusnya dia beli di kedai tempat dia bekerja tadi. Rungutnya.

Setelah membeli beberapa bungkus ramen dan sake, dia menuju ke apartment yang dia sewa. Untunglah tidak terlalu mahal, ya kerana apartmentnya sudah lama dan buruk.

Setibanya dia di sana, dia tidak menuju ke lantai tempat rumahnya berada, namun dia menuju ke lantai bumbung apartment tersebut.

Tombol pintu biru yang lusuh dipulas lalu ditolak. Angin meniup wajahnya.

Sepi.

Hanya bunyi burung berkicauan dan hon kereta yang kedengaran. Tiada sesiapa di sini. Biasanya hanya dia sahaja yang suka meluangkan masa di tempat seperti ini.

Plastik berisi ramen dan sake diletakkan di atas lantai. Dia berdiri di hujung lantai bumbung. Oleh sebab tepinya dipagari pagar, dia tidak dapat duduk dan mengayunkan kakinya. Mungkin pernah berlaku kes orang terjun. Tekanya.

Ya, realiti kehidupan itu sakit. Terlalu perit untuk ditelan dan pahit untuk ditahan. Semakin kau dewasa semakin kau sedar. Dengan dunia yang batasannya infiniti. Lalu, jutaan umat manusia yang hidup di muka bumi. Sudah pasti setiap dari mereka ada masalah tersendiri. Entah itu tekanan berkenaan cinta, kewangan, keluarga, sosial mahupun pelajaran.

Epithymia•Where stories live. Discover now