2 | Gadis Psiko

4 0 0
                                    

  Di sebuah kelas, kelihatan seorang guru lelaki berkaca mata sedang mengajar subjek matematik di hadapan. Dalam kekhusyukan pembelajaran, tia-tiba seseorang mengetuk pintu kelas mereka.

Tok tok tok.

  Orang itu membuka pintu kayu tersebut. Dia memberi senyuman kepada guru lelaki tadi sebelum melihat kertas putih di tangannya.

"Maaf mengganggu kamu semua, saya mencari pelajar bernama Azalea. Dia berada di sini ke?"

  Semua pelajar tertumpu ke Azel yang sedang merenung ke luar tingkap.

"Azalea?"

Dia tersentak apabila namanya di panggil oleh cikgu matematiknya.

"Y-ya saya..."

Sahutnya.

"Pengetua nak jumpa awak sekarang."

Ujar orang itu sebelum berlalu pergi.

  Azel mengeluh. Dia sudah mengagak sebab dia dipanggil. Kaki report. Dia muak. Kemudian dia bergegas bangun dari kerusi dan berjalan perlahan-lahan ke bilik pengetua. Dia merenung buku penumbuknya yang berbalut kain putih.

  Akhirnya dia sampai di bilik yang dimaksudkan. Dia menghela nafas panjang sebelum menolak perlahan pintu bilik tersebut. Di situ dia dapat melihat gadis semalam yang bernama Ivy,  seorang wanita anggun, mungkin ibu gadis itu, dan-

Ayahnya.

  Dia disebulungi tanda tanya. Bukankah sepatutnya ayahnya bekerja di waktu sekarang. Takkanlah semudah ini dia dapat menangguh waktu pekerjaanya.

  Dia menuju ke arah sebuah kerusi kosong di sebelah kerusi Ivy. Aura bilik tersebut amat tidak nyaman. Terasa dingin. Walhal pendingin udara tidak dihidupkan.

"Haih..."

  Keluhnya perlahan. Dia tidak mahu berlama-lama. Cukup hanya mendengar bebelan pengetua dan dia mahu keluar dari sini.

"Miss Azel."

  Pengetua lelaki itu menyebut namanya. Azel memandang wajah pengetua itu. Terlihat jelas kedut di wajah itu.

"Adakah kamu sedar dengan perbuatan kamu?"

Azel tidak membalas.

"2 Julai, 6 petang atau tiga hari yang lepas, adakah awak mengaku perbuatan awak terhadap miss Ivy?" Sambungnya lagi.

Azel menggeleng.

"Penipu! Tuan pengetua tengoklah keadaan anak saya ni. Takkanlah dia nak menipu!"

Azel hanya diam.

  Wanita bergaya tersebut tidak berpuas hati. Dia bangun secara mendadak dari kerusi dan menarik tangan Azel.

"Tengok tangan dia ni. Berbalut! Bukti jelas menunjukkan dia mencederakan anak saya Ivy."

Ujarnya dengan nada suara yang tinggi.

"Puan Emy, mohon bertenang. Saya taknak bilik saya menjadi tempat berperang."

Epithymia•حيث تعيش القصص. اكتشف الآن