6

1.5K 73 11
                                    

Di bilik persalinan Inara sedang bersiap untuk majlis nikahnya . Dia mengenakan baju kebaya berwarna putih yang dipilih oleh Rayyan Katanya sesuai dengan kulit Inara

Tokk!
Tokk!
Tokk!

Terdengar bunyi ketukan dari luar , Inara membuka pintu itu alangkah terkejutnya terpapar wajah kawan baiknya Raisya yang dah lama tidak bertemu sejak kejadian haritu

"Raisyaaa awww rindu gile kat kau" Ujar Inara lalu memeluk kawan baiknya itu

"Aku pun rindu kau juga" Raisya juga turut membalas pelukan itu dengan erat sekali

"Raisya adik aku mana? Rindu sangat dengan dia hm" Tanya Inara yang dah lama sangat ingin bertemu adik kesayangannya itu

"Bella ada kat luar tengah tunggu kau" Jawab Raisya , dia tahu Inara teringin sangat nk jumpa adiknya itu

"Maaf ganggu , Pengantin perempuan dah ready ke? Tok kadi dah sampai ni" kata Mak Mah

"Dah ready , jom Inara" belum sempat Raisya melangkah keluar di tarik oleh Inara

"Kejap hm wei aku nervous lah. tak payah kahwin boleh ke?" Tanya Inara yang masih tidak sedia untuk menikah

"Alah kau ni rilek lah ,aku kan ada.dah tak payah nervous. Kesian Rayyan tunggu kau kat luar" kata Raisya yang ingin tenangkan Inara

"Hm jom" Lalu mereka berdua pun keluar dari bilik

"Pengantin perempuan dah ada jadi rasanya dah boleh kita mulakan majlis akad nikah . Pengantin lelaki dah bersedia?" Soal Tok Kadi sambil memandang kearah Rayyan . Lelaki itu membalas dengan angukkan lalu menghulur tangannya untuk berjabat tangan dengan Tok Kadi

"Bismillahirrahmanirrahim . Muhammad Rayyan Anaqi Bin Dato rosman."

"Ye saya."

"Aku nikahkan dikau dan aku kahwinkan dikau dengan Inara Sofeya Binti Mohd Afiq dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai."

"Aku terima nikah Inara Sofeya Binti Mohd Afiq dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai."

Sah ?
Sah , sah , sah
Alhamdulillah .

"Pengantin lelaki boleh sarungkan cincin kepada pengantin perempuan , silakan" kata Tok kadi . Datin layla menghulurkan sebentuk cincin permata yang di perbuat dari emas kepada Rayyan

"Assalamualaikum bidadari  abang , cantik kau harini" bisik Rayyan pada telinga kanan Inara . Muka Inara mula kemerahan membuatkan Rayyan tersenyum melihatnya . Lalu Rayyan menyarungkan cincin itu pada jari manis Inara dan mencium dahi licin milik isterinya.Akhirnya Inara menjadi separuh nyawa dari hidupnya dan menjadi tanggungjawab semuanya
                               
Setelah akad nikah , mereka berdua mengadakan majlis di dewan besar . Inara sibuk melayan tetamu yang hadir ke majlis perkahwinannya manakala Rayyan hilang entah kemana selepas habis sahaja makan di meja beradab . Sedang melayan tetamu Inara di tegur oleh seorang lelaki yang tidak di kenalinya.

"Hi Inara , saya nak ucapkan selamat pengantin baru untuk awak dan Rayyan" Kata lelaki itu sambil senyum ke arah Inara

"Hi terima kasih , boleh saya tahu awak ini siapa iya ?" Tanya Inara , ye lah mana dia tahu sangat kawan - kawan Rayyan ni

MR RAYYAN ANAQIWo Geschichten leben. Entdecke jetzt