16

1.2K 47 13
                                    

6 bulan kemudian....

Kandungan Inara sudah mencecah 8 bulan.Kehidupan mereka semakin baik selepas kejadian bulan yang lepas. Tengku Ariesya dan Denzel masih di perhati oleh anak buah Rayyan untuk memastikan kejadian itu tidak akan berlaku lagi.

"Sayang oh sayang , awak dekat mana. Abang dah balik ni" Panggil Rayyan dengan suara yang lembut sambil itu mencari kelibat isterinya

"Iya sayang dekat sini" Sahut Inara apabila mendengar Rayyan memanggil namanya

"Ya Allah sayang eyy.Siapa suruh buat kerja berat,awak tu mengandung tau,dah sini saya buatkan" Kata Rayyan lalu mengambil batang mop itu ke tangan Inara dan menarik tangan isterinya untuk duduk di kerusi

"tapi sayang boleh buat.Inara bosan lah abang hm" Ujar Inara memuncungkan bibirnya ke hadapan. Rayyan tersenyum melihat reaksi muka isterinya itu

"Amboi pikir comel lah buat muncung. Rogol bibir tu kang baru tahu" Membulat mata Inara mendengar ayat yang keluar dari mulut Rayyan. Dia terus menepuk dada suaminya dengan kuat

"Abang ni menyempat eh,dah lahh ish. Merajuk camni !" Lalu Inara bangun dan menghentak kaki pendeknya itu.Baru sahaja Rayyan mahu memujuk Inara. Kedengaran bunyi loceng pintunya ditekan oleh seseorang dari luar,terus dia menuju ke pintu dan membukanya.Rayyan menutup balik pintu itu dengan muka menyampah . agak" siapa tuu ?

"Woi kurang ajar kau tutup pintu balik, mentang dah nak jadi bapak" Kata Ariq sambil menunjuk jari haaa...

"Apa urusan kau datang sini , semak lah asyik muka kau je" Kata Rayyan lalu mengambil sebatang rokok dari laici tv,alang - alang Inara dalam bilik boleh dia hisap rokok secara senyap

"Sebelum tu bukan aku nak...." Belum Ariq menghabiskan ayatnya terpotong apabila Jay datang dari belakangnya

"Hey bro , cantik tak gaya rambut aku ni , semart bodoh mesti ramai tergoda" Kata Jay sambil melihat cermin ruang tamu itu , lalu mengangkat kening sebelah kearah Ariq dan Rayyan

"Euw geli bodoh , apasal kau semak datang sini giler , aku baru nak bincang sesuatu dengan Ray ha" Kata Ariq dengan muka menyampah

"Suka hati aku lah.Dah kaki aku nak jejak dekat sini , sebok je" Jay menempatkan dirinya di sebelah Rayyan , lalu mengambil rokok yang berada di mulut Rayyan

"Sekarang aku dengan Luth tengah cari maklumat tentang Denzel dengan Ariesya , kau tak pelik ke ? macam mne diorang boleh sampai situ , yelah dengan keadaan serabut.Mesti ada orang dalam bantu mereka berdua.Sebab masa aku check balik cctv dekat jalan raya semua , aku nampak seorang perempuan dengan pakaian hitam, sambil melambai tangan dekat cctv . seram bodoh aku tengok" Kata Ariq sambil menghulurkan sekeping gambar kepada Rayyan . Lalu Rayyan mengambil dan melihat dengan teliti

'Kau memang cari nahas lah perempuan' Bisik Rayyan dengan muka yang tegang

Sedang mereka bertiga berbincang tentang masalah tersebut . Inara keluar dari bilik dengan jalannya seperti penguin . Dia melihat suaminya sedang bercakap sambil menghisap sebatang rokok . Inara berjalan dengan lebih laju lalu mencubit lemak belah kiri suaminya dengan kuat . Terkejut Rayyan dibuatnya , Ariq dan Jay tergelak melihatnya

"Aduh - aduh sakit sayang hm" Merengek Rayyan apabila dicubit oleh Inara sambil itu dia mengusap perlahan lemak kirinya itu

"Sakitkan ! apasal awak hisap rokok ha ?! Siapa ajar awak ni ? Mesti Ariq kan" Kata Inara. Ariq menujuk jarinya ke dirinya sendiri sambil membuat muka terkejut

"Aikk aku pulak kene , yelah semua salah aku !" Ujar Ariq sambil menjeling kan matanya

"Ceh. Ini sayang keluar bilik nak apa?" Soal Rayyan lalu menarik Inara untuk duduk di sofa

"Sayang teringin nak makan sabun lah hm" Kata Inara sambil membuat memek muka comel . Terbutang mata Rayyan dibuatnya . srsly bini aku ke ni ?!

"aaa sabun mana boleh makan lah sayang , kita beli makanan lain ye" Ujar Rayyan. Ariq dan Jay menjadi binggung

"K fine !" Lalu Inara menghempas pintu bilik dengan kuat . Kalau boleh biar tercabut pintu tu . Rayyan mengeleng kepalanya , risau makin lama makin pelik bini dia mengidam

"Lain macam sial selera bini kau ni , dah lah aku nak balik pape aku roro" Kata Ariq lalu membangunkan dirinya

"ha aku pun , chaw lu" Jay turut mengikuti Ariq dari belakang

'Bahagia betul kau ye Rayyan haha , tunggu nasib kau lepasni , aku akan hancurkan kebahagian kau , macam mana kau hancurkan kebahagian aku !' Kata perempuan itu lalu menutup kepalanya dengan cap dan beredar dari semak halaman rumah Rayyan

"Sayang,merajuk ke dengan abang" Kata Rayyan sambil mengetuk pintu bilik itu

"Tak merajuk pun. Saya nak juga makan sabun ! Tak kira nak juga !" Suara Inara menjadi tinggi. Rayyan menghembus nafas

"Sayang,sabun tu tak boleh makan. Kesian dekat anak kita nanti. Sayang minta lah makanan lain" Kata Rayyan. Dia mengetuk pintu bilik hingga Inara membuka pintu itu

"Hmm...saya nak makan lobster boleh" Kata Inara sambil menundukkan wajahnya kebawah

"Boleh sayang. Awak pergi siap kita pergi makan lobster okey" Ujar Rayyan. Inara mengangguk lalu memeluk tubuh Rayyan.

Inara mengenakan abaya hitam. Mudah dan cepat untuk dirinya bersiap. Sejak mengandung twin Inara semakin malas untuk bersiap berlebihan. Dia menuruni anak tangga satu persatu sambil memegang perut yang boroi itu. Terlihat sosok tubuh Rayyan yang sedang menatap telefon bimbit sambil tersenyum seperti kerang busuk.

"Tengok perempuan lain lah tu" Kata Inara. Rayyan tersentak akan perkataan yang dikeluarkan oleh mulut isterinya.

"Eh menuduh abang pulak. Abang tengok video yang Ariq hantar dekat abang. Apalah sayang ni" Ujar Rayyan sambil menunjukan video tersebut kepada Inara.

"Hm iyelah" Rayyan menghampiri isterinya dan mengambil tas tersebut lalu menarik tangan Inara untuk pergi ke parking kereta

"Sayang masuk. Mesti dah lapar kan?jom kita pergi cari lobster sayang" Kata Rayyan. Inara mengangguk

Keesokan harinya. Perut Inara secara tiba mengeras. Dia menahan kesakitan menyebabkan dirinya tidak menahan lagi. Rayyan mempapah Inara masuk ke dalam kereta. Rayyan menekan minyak dengan laju hingga tiba di hospital. Inara dimasukkan ke dalam wad untuk sementara waktu. Selang berapa jam, Doktor Wahida keluar dari ruangan tersebut.

"Kandungan Puan Inara tiada apa berlaku. Itu perkara biasa bagi ibu mengandung. Puan Inara boleh check out petang ini.kalau tiada soalan saya pergi dulu ye" Kata Puan Wahida. Rayyan menggeleng kepala dan doktor Wahida itu berlalu pergi.

"Tok tok tok"

Rayyan menolak pintu itu dengan perlahan dan terlihat Inara sedang tersenyum kearahnya. "Sayang okey?" "Ada sakit apa - apa lagi" "sayang nak makan apa".

"Sayang tak nak makan tapi nak pelukkan dari abang boleh"Ujar Inara. Lalu Rayyan memeluk erat tubuh isterinya itu

MR RAYYAN ANAQIDonde viven las historias. Descúbrelo ahora