12

1.3K 60 4
                                    

Malam hari. Jay,Ariq,Luth dan juga Rayden sudah berkumpul di tempat yang di tetapkan oleh Rayyan.Mereka sedang menunggu kedatangan Rayyan yang belum kelihatan lagi. Kedengaran bunyi ekzos kereta membuatkan mereka berempat mengalihkan pandangan ke arah kereta tersebut . Rayyan memberhentikan kereta Bugatti Divo miliknya di depan mereka

"so apa plan kita ? Anak buah Denzel terlalu ramai untuk kita hendap masuk" Soal Rayden sambil menyilangkan kedua tangannya

"Jay dengan Ariq akan jaga bawah , kau pula perhati dari jauh , kalau ada kecemasan ke Ariq akan bagitau kau" Kata Rayyan lalu mengeluarkan satu batang rokok dari koceknya

"Kau ? Tanya Rayden

"Aku ? urghh Denzel biar aku uruskan , korang ikut sahaja arahan yang aku berikan" Jawab Rayyan sambil menyalakan puting rokok itu . Mereka bertiga hanya mengangguk

"Woi kau bangun sekarang , tidur je tahu" Kata Denzel lalu menyepak pinggang ramping Inara membuatkan dia terasa sakit

"Aww sakit" mengeluh Inara lalu mengosok belakangnya dengan perlahan.

"Suami kau mane ni eh ? Ke dia taknak selamatkan kau ?" Soal Denzel lalu mencangkung di hadapan Inara yang lemah

Inara menghiraukan Denzel. Pinggang terasa sakit dan perutnya terasa lapar. Dia membangunkan dirinya dan mata memandang ke bawah

"Woi ! perempuan aku tanya kau ni , pekak ke bodoh" Tenking Denzel. Inara masih berdiam diri . Dia percaya suaminya akan datang menyelamatkan dirinya

"Boss boss markas kita kena serang !" Jerit salah satu anak buah Denzel sambil berlari ke arahnya

"Shitt!! Suruh semua sediakan senjata and panggil Ava suruh jaga betina ini" Kata Denzel berlalu pergi. Inara tersengih lalu tumbang kembali

"Puan muda bangun , kita kene lari sebelum Denzel kembali" Ujar Ava sambil membangunkan Inara yang lemah itu

"Mana suami saya Ava? Saya nak suami saya" Teresak esak Inara dibuatnya

"Tuan muda ada di luar sedang menunggu puan.Jangan sedih puan,saya ada disini selalu berkhidmat untuk puan" Kata Ava. Inara membangunkan dirinya lalu dipapah oleh Ava. Mereka berdua bergegas meninggalkan bilik itu

Banggg !
Banggg!
Banggg!

Semua anak buah Denzel mati ditembak oleh Ariq  , Luth dan Jay . Hanya sekali tembakan semua rebah sekelip mata .  Rayden hanya menunggu arahan dari Ariq dari jauh . Rayyan pula sedang mencari kelibat Denzel dan ayah tiri Inara

"Puan cepat bangun ! Sebelum Denzel datang lebih baik puan pergi ke Tuan muda sekarang" Ujar Ava. Hampir ke pintu keluar Inara terjatuh kerana dirinya tidak larat untuk berjalan lagi. Namun Ava paksa Inara untuk bangun dan secara tiba - tiba

Bangg!!
Bangg!!
Bangg!!

Langkah Inara terhenti apabila dia melihat Ava jatuh di depan matanya sendiri .Darah yang pekat membasahi lantai . Air mata jernih Inara mula mengalir . Orang yang setia sudah mati di depannya.Inara jatuh terduduk di depan mayat Ava .Dia mendekati namun apakah daya Denzel menarik kuat rambut Inara menyebabkan Inara teresak kuat

"Kau tengok ni HAHA , kesian dia mati depan kau kan ? Puas hati kau ? Woi perempuan aku cakap ni , puas tak bangsat !" Marah Denzel . Dia mengacukan pistol ke arah kepala Inara . Mahu sahaja menekan , tangannya berdarah terkena butir peluru milik Rayyan . Pistol yang di pegang oleh Denzel terpelanting jauh

"Sakit lah sial !" Jerit Denzel lalu mengelap darah yang keluar banyak dari tangannya yang terkena peluru Rayyan

"Abanggg" Sayu sahaja suara Inara memanggil Rayyan.

"Hello Rayyan , haha datang juga eh kau , sayang betul kau dekat anak aku ni" Kata Dato Mayuhdin lalu berjalan menghampiri Inara

"You touch my wife , i will kill you !" Tegas Rayyan lalu mengeluarkan pistol dan menghalakan ke arah Dato Mayuhdin

"ergh srs nak bunuh aku? Kalau berani tembak lah tapi kena tembak anak aku sekali. boleh ?" Ujar Dato Mayuhdin menarik lengan Inara kasar lalu memeluk Inara dengan ketat

"Lepaskan Inara,ayah. Inara tak kuat dah" Sayu Inara untuk dilepaskan

"Kau diam lah bangsat memekak je lah" lalu Dato Mayuhdin turut mengeluarkan revolver dan mengacukan ke arah Rayyan. Rayyan tersengih dengan sekali tembakan terkena bahu Inara terus tebus ke bahu Dato Mayuhdin

Inara merasakan kesakitan di bahagian bahu kanan miliknya . Cecair darah Inara mengalir dengan cepat lalu Inara memegang kuat bahunya itu . Dato Mayuhdin melepaskan Inara dan cuba untuk melarikan diri tetapi tidak berjaya . Kali kedua tembakan oleh Rayyan dari belakang terkena tebus ke jantung Dato Mayuhdin lalu rebah ke lantai

"Berani kau bunuh boss aku ! Nak Inara langkah mayat aku lah sial !" Marah Denzel terlihat boss kesayangannya mati di depan mata

"lebih baik kau pergi Denzel aku dah malas nak layan kau ni" Kata Rayyan dengan tenang . Matanya hanya terfokus pada isterinya yang sedang menahan kesakitan

"aku taknak lah sial! Ke kau takut haha ? Rayyan Anaqi tak sangka pengecut ye" Gelak Denzel lalu mendekati Rayyan . Tibe - tibe Ariq tidak sengaja terbaling asid ke wajah Denzel di sebelah kiri

"Opss sorry ! Tak "ter" sengaja hm" Ujar Ariq lalu menjatuhkan bekas asid itu ke lantai

Bukan Ariq lah kalau selalu buat masalah

"arghh muka aku lah sial ! Bodoh punya Ariq , kau memang nak mati ke babi !" Meraung Denzel dalam kesakitan

"Sakit ? haha kau ini lebih baik blahh lahh semak bodoh" Ujar Ariq sambil menyilangkan kedua - dua tangan nya itu

"Kau tunggu Rayyan ! Satu hari nanti sampai sahaja hari aku , kau akan mati ditangan aku !" Cepat - cepat Denzel melarikan diri dengan mukanya yang dah hampir separuh hancur

"Abang...to..tolong Inara.." Inara akhirnya rebah di atas lantai . Rayyan dekat pantas menangkap tubuh isterinya yang lemah . Muka Inara kelihatan pucat . Ini membuatkan Rayyan menitis air mata jantannya ke muka Inara

"Sayanggg bangun jangan tinggalkan abang please. Ariq cepat bagi isyarat dekat Rayden sekarang!!" Tegas Rayyan sambil mengusap ubun - ubun di kepala Inara yang berdarah itu.

"Abang...Inara takut..kenapa abang lambat datang" Kata Inara sambil memegang muka Rayyan

"Maafkan abang sayang. Abang lambat selamatkan sayang. Inara tahan ye kita pergi hospital" Kata Rayyan lalu memeluk Inara dan mengucup dahi isterinya itu berkali - kali

"Abang..." Tangan Inara jatuh ke lantai. Mata menutup rapat. Darah tidak henti - henti mengalir membasahi baju Inara. Rayyan mengerakkan tubuh Inara namun tiada respon diberikan

"Sayangggggggg,bangun sayangg. Suruh Rayden cepat sial ! Sayang bangun jangan tinggalkan abang! Sayang bangun !" Meronta - ronta Rayyan melihat isterinya tidak bermaya lagi.

"Rayden cepat Inara perlu ke hospital dengan segera" Ujar Ariq. Rayden mengangguk lalu menekan minyak dan membawa dengan cepat.Rayyan memegang tangan Inara dengan erat dan mengucup dahi isterinya itu

MR RAYYAN ANAQIWhere stories live. Discover now