𝐇𝐇𝐀 || 𝐁𝐀𝐁 8

1.5K 98 3
                                    

Kepala Faris diangkat memandang wajah lelaki yang sudah dimamah usia itu. Dia sudah bertekad, dia sudah bersedia. Air liur ditelan. "Izikan Faris jadikan Natasya sebagai isteri Faris." Serius dia melontarkan kata, ini adalah masa yang tepat untuk dia menjadi seorang suami kepada wanita yang dia cintai.

Dato' Michale yang sudah menduga terus mengoyak senyuman manis. "Faris dah sedia?"

"Lebih dari sedia Uncle, Faris dah lama simpan niat nak kahwin. Faris rasa sekarang, umur sekarang, Faris dah sedia untuk jadikan Tasya sebagai isteri." Ucapnya tanpa segan. Hanya tuhan yang tahu bagaimana rasa cintanya kepada perempuan itu. Padanya, Natasya tiada kekurangan. Dia sangat sempurna. Semua yang terjadi bukan kemahuannya melainkan takdir Allah.

"Uncle dah lama izinkan cuma tunggu masa saja untuk Faris sendiri meminta izin. Tiada orang yang lebih layak untuk jadi suami Tasya kecuali Faris, uncle kenal Faris macam mana." Penuh yakin Dato' Michale berkata. Memang dia yakin kerana dia sudah melihat dengan matanya sendiri kegigihan Faris kepada anaknya cuma dia yang buta dahulu, menyalah ertikan kebaikan anak muda itu.

"Terima kasih banyak uncle." Faris membentuk senyuman. Restu dari orang tua Natasya dia sudah memperolehi, tinggal persetujuan dari Natasya saja. Tidak henti-henti dia berdoa semoga Natasya menerima dirinya.

Daun pintu yang berada di hadapan mereka dikuak dari dalam, susuk tubuh Nurin mula kelihatan. "Eh uncle," ucapnya selepas berjaya keluar dari ruangan wad Natasya. Senyuman yang manis dia beri kepada Dato' Michale.

"Tasya dah tidur ya?" Soal Dato' Michale sambil mata menatap ke arah Nurin.

Kepala Nurin diangguk beberapa kali. "Baru aje tidur tu. Nurin harap sangat lepas bangun nanti dia kembali tenang." Wajah Nurin berubah mendung, dia tidak mahu melihat Natasya seperti itu lagi.

"Uncle pun harap macam tu, terima kasih Nurin sebab sudi beri Natasya semangat semula. Nurin kawan yang sangat baik," puji Dato' Michale bersama senyuman yang diukir sehabis baik.

Nurin menutup pintu wad itu semula, senyuman nipis terukir. "Itu tanggungjawab Nurin sebagai seorang kawan, ermm kalau tak ada apa lagi. Nurin pergi dulu ya?" pintanya yang sudah melihat jam tangan. Sekarang adalah waktu untuk dia membuat temujanji dengan pesakit yang lain.

Hanya anggukkan Dato' Michale beri sebelum Nurin dengan cepat melangkah pergi meninggalkan mereka berdua.

"Jom masuk Faris, kita lawat Rence sama-sama." Pintu itu ditolak dengan perlahan oleh Dato' Michale, tidak mahu menganggu lena anak perempuannya.

Faris turut melangkah masuk bersama senyuman yang sangat kelat. Dia tatap wajah itu lama. Mata itu sangat sebam, wajah Natasya sangat pucat. Tuhan... kasihannya dia melihat susuk tubuh ini.

"Faris yakin dengan niat Faris?" soal Dato' Michale yang sudah duduk di sofa yang tersedia di dalam ruangan itu. Keyakinannya tiba-tiba saja goyah, yalah... bila difikirkan balik. Lelaki seperti Faris ini pasti mahu menjadikan isterinya yang pertama disentuh olehnya dan dalam kata lain masih mempunyai dara. Tetapi tidak pada Natasya kerana dia sudah disentuh oleh lelaki yang tidak patut digelar manusia. Dia takut disebabkan itu, Faris mengsia-siakan anaknya nanti.

Faris melabuhkan punggungnya bersebelahan Dato' Michale. Dia tahu ayah Natasya sudah mula rasa takut melepaskan anaknya kepada dia. "Saya faham perasaan Uncle, tapi sungguh. Saya cintakan Tasya sepenuh hati saya. Semua yang jadi itu bukan dia minta. Saya tak mampu hilang dia lagi. Dia segalanya bagi saya, uncle." Mulutnya boleh dikatakan begitu manis melontarkan kata, tapi semuanya benar. Dia tidak main-main dengan setiap tutur katanya.

𝐇𝐢𝐬 𝐇𝐞𝐚𝐯𝐞𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 | SUWhere stories live. Discover now