1 ; ℨ𝔞𝔣𝔯𝔢𝔩 𝔏𝔶𝔯𝔞

3.5K 137 1
                                    

"Dasar anak beban! Sejak kau lahir kau memang suka menyusahkan aku ke?" bengis wajah ibu memandang aku. Wajahnya yang cengkung dan tak terurus itu membuatkan aku rindu dia yang dulu. Kalau dia tak berkahwin dengan Madi, duda kampung yang kononnya kaya itu pasti hidup dia takkan jadi begini. Dulu dia bukan penagih dadah tapi sekarang-

Pak Madi memandang aku dari jauh sambil tersenyum sinis saja, dia suka kalau nampak ibu aku marah atau memukuli aku. Ya, dia tak boleh pukul aku selagi ibu aku ada. Ibu aku akan marah dia, dia tak ada hak untuk pukul aku selain ibu aku.

Ibu-

Lyra rindu ibu...

Aku merintih memandang ibu yang sibuk membebel memarahi aku, aku sudah tak peduli kalau dia mahu marah aku, aku cuma mahu dia balik seperti masa lalu. Kalau dia tak berkahwin dengan Pak Madi, hidupnya takkan jadi begini. Mungkin kami akan lebih bahagia.

Ibu...  Lyra rindu ibu...

Aku menatap mata ibu bersama mata aku yang dikaburi dek air mata. Ibu berhenti daripada memarahi aku seketika, sebelum dia terus berpaling ke arah lain.

"Ibu nak kau keluar dari rumah ini. Ibu tak nak tengok muka kau lagi!" Jerkah ibu.

Aku terkedu. "Ibu?" panggilku, adakah ini keputusan ibu? Air mata aku bertakung dikolam mata. Sampai hati ibu...

"Ya, aku nak kau keluar dari rumah ini. Aku dah jual kau, RM 3 juta. Aku nak kau berambus dari sini." Seiringan dengan akhir katanya, bunyi pintu rumah di ketuk beberapa kali. Ibu menunduk, tidak memandang aku.

"Pergilah, Lyra... ibu tak nak kau hidup dengan penagih macam ibu..." Ibu mencapai tangan aku yang berada dihadapan dia. Dia terus menatap aku, lama.

"Ibu nak selamatkan kau dari Madi, nak. Ibu mohon kat kamu dengar cakap ibu." Ibu berbisik sambil memeluk aku. Lama. "Ibu sayang kan puteri ibu, Lyra Dania. Jaga diri sayang, ingat walaupun ibu macam ni ibu masih ingat anak ibu... ibu tak salahkan takdir tapi ini takdir ibu... ibu nak lari dari Madi pun tak mampu sayang, ibu cuma nak anak ibu je dari... jauh, jauh dari Madi. Ibu sayang sangat dekat, Lyra." Terasa ubun-ubun aku dikucup.

Air mata aku makin laju mengalir jatuh. Pelukkan ibu aku balas. Setelah sekian lama tidak dapat memeluk dia, akhirnya aku dapat semula. "Lyra pun sayang sangat kat ibu..."

Krak.

Madi menguak pintu yang diketuk tadi. Dua lelaki berpakaian baju hitam masuk ke dalam. Mereka berdua memandang aku sebelum memandang ke arah Madi semula. "Mana budaknya?" Suara mereka dingin menyoal Pak Madi.

Pak Madi menunjuk ke arah aku yang sedang duduk berhadapan ibu. "Jaga diri ya, sayang..."

Dua orang lelaki itu tanpa membuka kasut terus melangkah ke arah aku, aku memandang ibu lalu aku menggeleng laju. "Tak nak ibu! Lyra nak duduk dengan ibu!!!" Aku menjerit kuat, tak sempat mahu memeluk ibu terasa tubuh aku didukung oleh salah seorang dari mereka.

"Ibu!!!"

Aku nampak ibu menangis teresak-esak menatap aku yang berada dibahu salah seorang lelaki tegap ini, mereka mengangkat aku seperti mereka mengangkat guni.

"Lyra nak ibu!!!"

Mereka terus bawa aku jauh dari rumah. Aku tak mampu melawan, tenaga dia terlalu kuat. Aku memukul belakang badan dia kuat-kuat pun sedikit pun dia tak berganjak atau pegangan yang erat pada aku itu longgar.

"Lyra nak ibu..."

Lemah. Itu kata-kata terakhir aku sebelum pandangan aku menjadi gelap.

***

"Jaga dia. Jangan bagi dia pengsan terlalu lama. Aku nak berkenalan dengan dia." Zafrel memandang beberapa orang perempuan yang sedang menjaga gadis yang baru dibelinya itu dengan pandangan tegas. 

"Baiklah, Tuan." Mereka bertiga mengangguk laju, faham. Zafrel dan dua orang anak buah dia keluar dari bilik yang disediakan untuk gadis itu.

"Macam mana keluarga dia?" soal Zafrel pada kedua-dua anak buahnya. Mereka berjalan melepasi beberapa buah pintu bilik, tempat simpanan gadis-gadis Zafrel.

"Ibu dia menangis, bapa dia rilek saja." Jawab Adriyel anak buah dia yang pertama dan paling dia percayai. Zafrel mengangguk dari arah depan. Walaupun dia  tak memandang wajah anak buahnya.

"Madi tu bila Tuan nak bunuh?"soal anak buah dia yang kedua bersuara dingin. Wajah juga dingin. Dizryel, abang Adriyel. Mereka berdua adik beradik kembar seiras.

Dari depan Zafrel tersenyum sinis. "Aku nak bagi dia terseksa dulu." Kepala otak Zafrel terus teringal apa yang pernah Madi itu lakukan pada dia. Dendamnya belum terbalas dan ianya bakal terbalas.

"Budak tu?"

"Kalau perempuan lain, Tuan dah puas guna, Tuan hantar mereka ke Thailand kalau dia? Lyra Dania?" soal Adriyel, menyibuk. Tapi itu bakal jadi tugasan dia. 

"Dia fresh. Aku nak simpan dia selama mana Wina belum balik Malaysia. Bila Wina dah balik Malaysia, aku nak engkorang bawa dia ke Appartment aku." tegas Zafrel menjawab.

"Baik!" jawab mereka berdua serentak.

Sampai saja di pintu utama banglo tiga tingkat milik Zafrel mereka semua terus memandang orang ramai yang sibuk dengan party. Mujur ini masih pukul 9:30 malam. Masih ada beberapa jam sebelum Zafrel akan menghalau mereka pulang, ini semua kerana adik lelakinya yang sibuk membawa kawan-kawan makan-makan didalam kawasan rumahnya.

"Cari mana, Zayn Zairel!" Arah Zafrel kepada dua anak buahnya. Geram jadinya pada adiknya ini. Suasana di kawasan kolam itu sunyi. Adriyel dan Dizryel terus mencari.

Beberapa mini kemudian...

"Ya, abangku..."

Zafrel menoleh ke arah belakang. Wajah adiknya yang penuh dengan lipstik bersama baju yang sedikit terbutang itu membuatkan Zafrel memegang kepala lalu menggeleng.

"Suruh kawan-kawan kau balik. Kau pergi mandi."

Zayn mengangguk sambil tersenyum. "Baik, abangku yang handsome!" Zafrel menggeleng kepala saja.

"Adriyel tolong Zairel cakap kat kawan-kawan dia suruh balik. Diz, kau ikut aku."

Mereka berdua hanya mengangguk. Faham.

***

Perlahan-lahan aku membuka mataku, kepalaku agak sakit. Leherku agak lenguh, tatkala ini pandangan aku jatuh pada ruangan ini. Lidahku terkelu. Aku dimana ini?

"Hi, Lyra Dania..." suara ayu seseorang dari arah tepi membuatkan aku agak terkejut lalu laju aku menoleh ke arah tepi. "Hi! Nama saya, Mikayla! Kawan awak disini!"

Eh eh, entah mana-mana datang mengaku kawan aku pula. Tapi senyuman mesra aku beri juga pada dia.

"Hi, Mikayla."

"Auww, comelnya suara awak! Patutlah Tuan Zafrel nak beli awak!" Aku mengerutkan kening. Zafrel?

"Siapa tu?" Soalku penuh kekeliruan.

"Owner kita." Jawab Mikayla tersenyum manis lagi.

"Hah?! Owner?!" macam nak pengsan rasanya. Aku? Ada owner?!

His Babydoll [ Hiatus ] Where stories live. Discover now