2 ; ℨ𝔞𝔣𝔯𝔢𝔩 𝔏𝔶𝔯𝔞

2K 113 0
                                    

Kiri kanan Aku pandang, takut juga dalam keadaan gelap begini didalam bilik yang sangat besar ini, mereka yang menjaga aku tadi sudah balik ke bilik masing-masing atas arahan tuan mereka. Zyan Zafrel? Lelaki itu. Aku tak kenal wajahnya, aku hanya tahu namanya dari mulut-mulut perempuan-perempuan cantik yang menjaga aku tadi.

Kata mereka, sini tempat mereka tinggal sementara waktu sebelum mereka bakal dipindahkan ke Thailand. Aku? Aku bakal ke Thailand juga ke? Aku memejam mata erat seketika. Lukisan di siling bilik ini aku tenung dalam. Lukisan itu seperti, cantuman bintang yang bersinar terang. Pada setiap ukiran bintang-bintang itu ada acuan ukiran bintang, jadi cahaya bulan terang akan bersinar pada bintang-bintang palsu itu.

Lama-lama mata aku perlahan-lahan mahu tertutup sebelum bunyi pintu bilik terkuak luas. Mata aku terus terbeliak mencari siapa yang menbuka pintu bilik ini, dihadapan pintu itu, aku nampak seorang lelaki berbadan tegap melangkah masuk dibantu oleh cahaya diluar kamar. Penglihatan aku agak kabur namun aku cuba gosok mata banyak kali untuk hilangkan sedikit kabur itu.

"My Babydoll dah tidur?" suara garau itu membuatkan aku terkelu. Babydoll? "I thought you were sleeping." Dari cahaya bulan aku nampak matanya yang bersinar cantik akibat pantulan cahaya.

"Siapa awak?" Soalku dalam kegelapan malam.

"Tuan kau, babydoll..." terasa dia duduk di atas katil tepi aku. Aku mula rasa takut, jiwa aku meronta mahu pulang semula kepada ibu tetapi bau lelaki ini agak menyenangkan aku.

"Siapa nama awak?" soalku dengan nada mengigil. Aku takut dia mengapa-apakan aku. Itu saja. Pandangan dia sungguh menyeramkan.

"Zyan Zafrel."

Mata aku membulat terkejut. Zafrel? Nama yang mereka sebut-sebut siang tadi. Dia 'owner' aku? 'owner' mereka? Dia manusia yang beli aku! Aku memejam mata, Ya Tuhan mengapa dunia ini terlalu kejam kerana manusia? Aku berpisah dengan ibu aku sebab dia.

"Nama kau, Lyra Dania?"

Aku mengangguk, takut juga kalau aku tidak membalas soalannya, tak pasal-pasal kena jual ke Thailand. Aku takut, Tuhan. Tolong hambaMu ini Tuhan. Air mata aku hampir menitis membayangkan wajah ibu dan arwah bapa kandungku. Wajah Pak Madi yang jahat merosakkan ibu terbayang jua, lelaki tua itu... aku- aku akan balas dendam suatu hari nanti!

"Kau takut?" soal Zafrel.

Aku angguk lagi.

Aku tak tahu riaksi wajahnya bagaimana kerana aku hanya menunduk, takut untuk memandang wajahnya.

"Kenapa kau perlu takut? Aku takkan apa-apakan kau,"

"Awak akan hantar saya ke negara lain bukan?" soalku terus memandang wajahnya, tatkala itu riak wajahnya sedikit berubah sebelum kembali kepada asal.

"Itu tak betul, Lyra."

Jari-jemari sasa dan panjangnya naik menyentuh rambut aku yang panjang dan aku lepas saja. Tak ikat.
Aku merenung takut-takut jari-jemarinya itu. Kadang-kadang aku overthingking, Kalau tiba-tiba dia menarik rambut aku kuat-kuat hingga separuh rambut aku tertanggal dari kulit kepala?

Aku terus menjauhi dia lagi.

"Saya takut dengan awak." aku bersuara, nada suara aku kedengaran mengigil. Takut, aku takut dan teringat apa yang pak Madi buat pada ibu akan terjadi pada aku.

Zafrel mendekati aku. Pandangan dia lembut terhadap aku. Aku hampir cair tapi aku keras kan juga diri dengan letak pelbagai andaian buruk aku kepada dia.

"Biar aku teman kau..."

"Huh!!" Terkejut aku.

Belum sempat aku cakap apa-apa dia terus baring disebelah aku, aku cuba lagi menjauhi dia. Al-maklumlah, katil ini besar. Aku rasa tak tenang, aku terus bergerak untuk turun dari katil tapi tak sempat turun dari katil aku rasa tubuh aku terus melayang ke arah badan sasa tadi.

Bau haruman tubuhnya membuatkan aku terdiam seketika.

"Kau lari lagi dari aku, siap aku kerjakan kau." bisik suara itu sensual tapi berbaur amaran. Badan aku terus kejung. Terasa sukar untuk bernafas. Dia- memeluk aku kuat. Tubuh aku bagaikan tenggelam ke dalam tubuhnya, dagunya berada di atas kepala aku, manakala kepala aku menghadap dadanya.

"Tidur babydoll, esok banyak kerja kau kena buat. Rehatlah secukupnya, my doll." aku menyepi. Kerja apa yang aku kena buat?

Tangan sasanya yang satu itu turun ke tepi punggung aku, mata aku membulat, terkejut. Baru aku melawan dia, tangan sasa dia itu menepuk-nepuk tepi punggungku gaya menyuruh aku untuk tidur.

Aku memejam mata erat, terasa aku dicabul pula. Tapi nampak gaya dia tidak seperti mahu mengapa-apakan aku. Aku cuba sedapkan hati bahawa dia bnar-benar mahu tidurkan aku.

***

Pagi itu, aku tersedar aku lihat Zafrel sudah tiada aku lihat pakaian aku pula, aku menghembus nafas lega apabila baju masih tersarung di tubuh aku.

"Goodmorning, babydoll. Lena kau tidur lepas aku dodoikan, babydoll." suara itu menarik perhatian aku untuk memandang depan pintu bilik air. Zafrel sedang bertuala paras pinggang hingga lutut bersama tuala kecil di tengkuknya.

Aku menelan liur, menatap suasana indah dan seksi ini. Hampir terkelu aku melihat kesempurnaan, Zafrel.

"Woi woi, rilek-rilek nanti kau dapat juga, jangan lah terbeliak sangat biji mata itu." Zafrel tersenyum kepada aku.

Terasa pipi aku memanas. Aku malu. 'Apa kau tengok ni, Lyra?' hatiku berbisik. 'Manalah aku tahu!' otak aku menjawab pula. 'Ehek! Tak tahu kepala bapak kau!' hati aku melawan. 'Kita satu bapak.' otak aku melawan lagi.

"Diamlah!" aku cakap secara berbisik pada otak dan hati sendiri. Nasib Zafrel tak dengar, dia melangkah ke dalam bilik yang dipenuhi baju. Patutlah, semalam aku sampai ke sini aku nampak banyak baju lelaki, rupanya itu semua bajunya.

"Pergi mandi, kejap lagi bibik-bibik aku datang dan mereka akan siapkan kau, pakai-pakaian mana yang sesuai, make up juga, jangan melawan. Kalau aku dapat tahu dari mereka yang kau melawan siap kau!" setelah dia memberi arahan Zafrel masuk semula ke dalam bilik baju itu.

Aku menelan air liur yang terasa kesat.

"Tapi saya tak ada baju!" jerit aku sedikit kuat takut ia tak mendengarkan aku.

"Baju kau banyak, semua aku dah beli! Kau jangan risau!"

Janganlah pakaikan aku pakaian yang seksi-seksi sangat. Ia sangat menakutkan.

Akhirnya, aku buang semua rasa overthingking aku dan berlalu ke dalam bilik air untuk mandi. Bilik ini semua aku sudah menjelajah semalam selepas aku sedar dari pengsan. Mereka yang menjaga aku membawa aku berjalan-jalan didalam bilik besar dan gah ini.

Masuk saja ke dalam bilik air, aku membuka pakaian aku, pintu aku tutup dan kunci rapat. Bilik air ini semua berwarna hitam bersama lampu-lampu hiasan berwarna jingga. Sangat tampak mahal.

Baru aku mahu masuk ke dalam tab mandi, pintu yang telah aku kunci di buka. Saat itu, yang aku fikir hanya cepat-cepat masuk ke tab mandi. Malu! Aku menghendap dia di tepi tab yang besar itu. Nasib sudah ditadahi air dan diletakkan sabun, taklah nampak sangat tubuh aku yang tidak bertutup surat benang pun ini.

Zafrel berdiri dihadapan pintu sambil merenung aku gatal. "Cantik babydoll aku ni..." Zafrel mengenyitkan mata sebelum mengantup pintu kembali.

His Babydoll [ Hiatus ] Where stories live. Discover now