3 ; ℨ𝔞𝔣𝔯𝔢𝔩 𝔏𝔶𝔯𝔞

2K 101 0
                                    

Hari ini, genap seminggu aku disini. Menetap di rumah ini. Rumah besar ini. Genap juga aku menangis tiap kali mengingatkan ibu. Aku rindukan ibu. Sungguh. Jika Pak Madi tak wujud dalam hidup ibu dan aku, mesti aku tak akan berpisah dengan ibu.

"Babydoll fikir apa?"

Mata aku yang sibuk memandang ke arah luar jendela, terus menegak. Suara itu, lelaki yang pertama tidur bersama aku malam tadi. Suara dia... aku kenal walaupun kami jarang berborak.

"Huh?" Aku cuba memberanikan diri menoleh ke arah dia. Zafrel. Macam mana dia boleh tahu aku sedang 'berfikir'?

"Muka babydoll nampak macam fikirkan sesuatu..." kening Zafrel ternaik sebelah. "Are you okay?" soal Zafrel, dia memasukkan dua belah tangannya ke dalam poket seluar slacknya.

Aku tersenyum kecil. "Tak ada apa, saya fikir nak makan sesuatu saja." jawabku memberi dia. Bagi aku alasan itu sudah cukup kukuh untuk membuat dia percayai aku.

Dia berjalan mendekati aku yang duduk di tepi katil ini, lalu dia melabuhkan punggungnya disebelah aku.
"Babydoll nak makan apa? Hmm?"

Kalini giliran aku pula kening terangkat. Dia pandang aku. Tiada ekspresi di lekuk wajahnya yang tampak sungguh sempurna.

"Aku tanya kau nak makan apa, kenapa kau pandang aku macam tu?" suaranya berubah sedikit tegas. Aku sudah takut.

"Nasi lemak. Nasi lemak air tangan ibu saya. Sebab- saya dah lama tak rasa air tangan ibu..." Aku menjawab bersama sebab-sebabnya sekali.

Aku tampak riak Zafrel berubah kendur sedikit, lalu mengangguk. Matanya dipindahkan menoleh ke arah jendela yang aku pandang tadi.

"Kau rindu mak kau sebenarnya kan, babydoll?"

Aku mengangguk perlahan. Takut-takut mahu memandang ke arah dia.

"Ada mulut tu jawablah! Kau ingat aku tanya kau, nak aku pandang muka kau aje ke?!" suara dia naik seoktaf. Bahu aku terhinjut akibat terkejut.

"Ya, saya rindu ibu saya. Saya nak jumpa dia." jawabku.

Zafrel memandang ke arah aku. Pinggir bibir dia ternaik sedikit. "Goodgirl, babydoll...". Matanya makin dalam memandang ke arah aku, "Kau nak jumpa ibu kau?" soal dia bersama senyuman manis yang kurasakan penuh tipu muslihat. Aku rasakan itu. Dia lelaki yang susahku jangkakan.

"Ya."

"Kiss me first."

Aku pandang dia. "Huh?"

"Cium aku dulu, baru aku bagi kau jumpa ibu kau, babydoll..." senyuman sinis lagi. Demi mahu berjumpa ibu, aku menurut dengan mengangguk.

Baru aku mahu berura-ura ingin menciumnya dipipi, dia menahan bibirku. "Not there, babydoll..." Wajahku ditarik mendekati bibirnya. Aku terkelu seketika. "But here." Bibirku makin kuat dia tarik mendekati bibirnya. Demi ibu, aku pejamkan mata seerat mungkin.

Tarikan itu berhenti. "Open your eyes, I want you to see and feel the warmth of my lips. And I want to feel how your virgin lips are by looking at your beautiful round eyes." suaranya sungguh husky. Aku hanya mengangguk tanda faham.

Mataku berlawan dengan matanya, tatapan dia semakin hangat. Suara huskynya tadi bermain di kepala otak, berulang kali. Aku takut tapi terpaksa demi ibu. Aku nak jumpa ibu.

Bibir kami akhirnya bersatu. Rasa hangat bibirnya membuatkan aku terbuai dengan dosa, namun aku cuba juga untuk menghalang rasa nikmat dosa merasuk jiwaku. Hanya demi ibu. Ibu...

Nafas kami bersatu dan ciuman itu susah untuk aku dan dia lepaskan.

•••

Zafrel mengusap rambutnya sendiri. Kasar. Apa yang dia lakukan dengan Lyra tadi? Dia hampir terlanjur dengan gadis itu. Nasib saja, pengurusnya mengetuk pintu semasa dia hampir menanggal satu persatu pakaian Lyra. Sungguh. Dia- dia tak mampu menahan nafsunya apabila bersama gadis itu. Sentuhan bibir hangat gadis itu, tak mampu dia lupakan.

Masih terasa-rasa kehangatan itu dalam kucupan dia. Indah. Sungguh indah. Hangat bersama dosa.

"Awal kau buat kerja, Zaf?" Adriyel tiba-tiba muncul. Tatapan sinis dihadiahkan kepada Zafrel yang sibuk menuang wine ke dalam cawan. "Best dapat cium anak dara?"

Zafrel memandang Adriyel tajam, tapi senyuman jahat terhias dipinggir bibirnya. "Best, rasa betul-betul virgin. Dan dia perempuan pertama dara yang aku jumpa. Aku tak rasa nak jual dia ke Thailand..." gelas wine ditangannya digoyangkan kiri dan kanan.

Kening Adriyel terangkat.

"Habis Wina? Dia isteri kau. Kau lupa ke?"

"Tak. Aku takkan pernah lupa dia. Dia perempuan pertama dan terakhir aku cintai. Dia segalanya bagi aku, kalau dia balik aku akan jadikan Lyra sebagai orang gaji. Don't worry about that."

Adriyel berfikir sejenak. Logik juga kalau Zafrel buat begitu kepada Lyra Dania apabila isteri Zafrel, Wina Mahdeya pulang nanti.

Akan tetap kesihan juga dia terhadap gadis malang itu. Sudah lah bersama keluarganya, dia hanya keseorangan, dipukul oleh ibu dan bapa tirinya selalu, takkan dengan Zafrel pun hidup dia bakal terseksa juga?

'Ahh! Kenapa aku perlu fikirkan tentang perempuan yang tiada kaitan sedikitpun dengan aku?' getus hati Adriyel perlahan.

"By the way, petang ni ikut aku pergi ke rumah ibu dia. Bawa dia sekali."

"Why?"

"Dia rindu ibu dia. Aku tahu bagaimana terseksanya rindukan seorang ibu, aku ni memang lah jahat tapi tak lah jahat sangat tapi boleh tahan juga jahat aku ni. Haihh... entahlah nak. Bawa je, tak payah banyak soal." Tegas Zafrel memberi arahan bebaur ayat merepek dia.

Adriyel menahan gelak.

Pening juga dengan lelaki ini.

Gila agaknya.

●●●

Aku memejam mata erat. Apa yang terjadi petang tadi berulang tayang di kotak ingatan. Aku- aku rasa itu... itu kali pertama aku ada hubungan intim dengan seorang lelaki. Sangat rapat hingga kami hampir terjerumus lebih dalam lagi.

Mujur anak buahnya mengetuk pintu bilik kalau tak pasti kami pergi jauh. Jauh ke dalam lubuk dosa. Allah... kenapa ni? Jantung aku pasti berdegup kencang setiap kali mengingatkan momen itu.

Aku yang elok baring ini bangkit berdiri dipinggir katil. Otakku tiba-tiba terfikir aku mahu lari dari rumah ini, tapi aku tak boleh pulang semula ke rumah ibu dalam beberapa bulan. Mungkin...

Takut Pak Madi bagitahu Zafrel nanti jika aku lari. Kalau aku lari pasti dia takkan perasan, kerana disini ramai perempuan cantik. Terlalu ramai.

Baru saja aku mahu membuka tingkap bunyi pintu dikuak.

Wajah Adriyel menghiasi pintu. Hahaha.

Dia sedikit terkejut melihat aku membuka tingkap. "Bersiap ya, Lyra. Tuan Zafrel akan bawa awak keluar sekejap saja lagi." dia berjalan mendekati aku. Mood formal tadi bertukar menjadi lain apabila tali lehernya yang dipakai kemas sedikit dilonggarkan.

"dan jangan cuba untuk larikan diri, Cik Lyra sayang... awak takkan dan takkan pernah untuk terlepas."

Jantungku semakin laju mengepam pembuluh darah. Dia tahu ke aku nak lari tadi?

"Saya. Saya Adriyel pembantu Tuan Zafrel hafal semua muka dan nama wanita disini sebelum di jual ke Thailand. Kalau salah seorang tiada, saya sendiri yang akan cari sampai lubang cacing sekalipun..."

Tatapan mata dan setiap perkataan yang diperkataan dia berbaur amaran. Aku terkebelakang. Belakang tubuhku tersandar pada jendela tingkap.

Dia- sungguh rapat.

"Ingat ya, Cik Lyra... Zafrel's Babydoll..." dia tersenyum kecil. Kepala ku diusap lalu beredar.

Jantungku laju mengepam. Darahku naik ke wajah. Terasa bahang, bahang malu!

Mana pula, Zafrel nak bawak aku ni?

His Babydoll [ Hiatus ] Where stories live. Discover now