5 ; ℨ𝔞𝔣𝔯𝔢𝔩 𝔏𝔶𝔯𝔞

2.2K 131 8
                                    

Senyuman dibibir Zafrel ukir. Sinis. Tajam.

Tubuh badan seseorang yang penuh dengan luka dia tenung dalam. Walaupun bilik hukuman ini sunyi sepi hanya ada dia dengan 'seseorang' itu namun tawaan dan sorakkan gembira dalam hatinya sangat kuat.

Dia. Suka. Menyeksa. Sampai. Mampos.

"Zyan... t-tolong lepaskan aku... sa-sakit..." mangsa yang tampak sudah nyawa-nyawa ikan itu bersuara perlahan. Dia betul-betul tak tahan dengan penyeksaan dari Zyan Zafrel ini. Dia tak mampu untuk melawan. Dia patut fikir panjang sebelum dia mengacau 'kawasan' Zyan Zafrel.

Zafrel tersenyum sinis.

Pisau besar seperti pemotong ayam, kawasan hadapan dan tajamnya dijilat membuatkan lidah Zafrel berdarah sedikit. Namun itu, bukan masalah bagi Zafrel. Dia sudah biasa.

"Kalau kau tak kacau tempat aku, dengan pura-pura kau anak buah aku dan minta mereka bayar cukai sebab nama aku... Kau salah, Rudy. Salah..." Zafrel mendekati Rudy.

Rudy di baringkan di atas lantai. Disebabkan dia sudah lemah, Zafrel tak perlu ikat dia lagi. Tangan sebelah kanan Rudy, Zafrel ambil lalu diletakkan di atas lantai.
Jari-jari Rudy ditenung dalam.

Pisau di angkat tinggi. Senyuman psikonya tertayang dihadapan Rudy. Dapat Rudy lihat, seksaan Zafrel dan psikonya Zafrel... ia sangat mengerikan.

Dia hanya mampu berserah. Tak mampu untuk menjerit lagi.

Pak!!

Air mata Rudy makin laju jatuh. Sakit!

Jari tengah Rudy, dipotong dahulu. "Ini. Jari ini, masa kau dapat lari kau tunjuk jari tengah ini pada aku! Dan ini! Balasannya!"

Pak!!

Empat jari Rudy yang tinggal itu dipotong serentak. Darah memercik ke wajah Zafrel. Dia masih lagi tersenyum. Puas.

Rudy sudah mengelupur menahan sakit. Jerit dia tidak mampu lagi. Dia manahan sakit dalam tangisan.

Lima jari Rudy itu, Zafrel pandang sinis.

Matanya jatuh pada wajah Rudy ditepinya. Senyuman psiko dicipta semula.

"Ini baru permulaan, Rudy..."

Zafrel terus bangun. Pisau di bawa bersama. Dia keluar dari bilik ini. Rudy pula hanya mampu mejerit dalam kebisuan.

Sakit!!

•••

Hari ini, satu hari suntuk aku tak nampak batang hidung Zafrel. Bukan rindu tapi terfikir mana dia pergi? Selalunya muka dia saja yang terjenggul dihadapan pintu bilik aku ini.

Aku hanya mengangkat bahu. Malas mahu memikirkan perihal lelaki jahat itu. Baik aku menulis atau melukis. Aku mengeluh perlahan, dia suruh aku tinggal disini tetapi satu barang gajet pun tidak beri kepada ku. Bosan!

Apa dia ingat akan telefon polis ke? Hmm kalau boleh kan, nak saja aku lari dari sini. Tapi susah. Tak mudah. Makin lama aku duduk sini, makin aku perasan bahawa di sini banyak mata-mata memerhatikan aku.

"Babydoll..." suara itu. Aku terus memandang ke arah pintu, di bawah pintu itu ada bayang-bayang kaki yang sedang berdiri di situ.

"Ya?" jawabku lalu aku berdiri di tepi katil dan melangkah ke arah pintu, saat aku buka... aku lihat Zafrel dan gadis yang lain sedang sibuk berasmara. Aku sedikit terkejut.

Mereka juga terkejut. Aku ingat, dia hanya memanggil aku seorang babydoll...

"Lyra..." Zafrel memandang aku lalu cuba untuk mencapai tanganku namun aku elak, lalu aku memandang ke arah perempuan itu. Dia menjeling aku sinis.

Aku menjeling dia kembali.

"Maaf, menganggu korang berasmara."

Aku terus menutup pintu. Kunci.

Kaki aku bawa ke katil.

Sedikit terkilan. Aku ingat dia hanya memanggil aku sebagai babydoll dia. Bunyi pintu diketuk.

"Babydoll..." suara dia lagi.

Aku menggulingkan biji mata ke atas. Menyampah!

Semua babydoll, pale bana dia.

"Bukalah pintu ni... kau jangan sampai aku yang buka pintu ni." Terdengar kunci.

Lagi sekali aku menggulingkan biji mata ke atas. Aku malas mahu layan, tubuh aku baringkan di atas katil, selimut aku capai. Lalu-

Werk...

Bunyi pintu di buka, aku hanya terus memejam mata. Bunyi dia meletakkan kunci bilikku di atas almari kecil ditepi pintu. Bunyi tapak kakinya mendekati katil, lalu terasa dia baring di sebelah aku.

Bau dia segar. Dia baru lepas mandi mungkin.

"Babydoll... aku tahu kau tak tidur lagi,"

Tubuhku dipeluk dari belakang. Tubuhku bagaikan tenggelam dalam tubuh sasanya.

"Saya nak tidur lah..."

Aku menolak tangan sasanya dari memeluk tubuhku. Aku tak selesa, tangan dia sudahlah bawah dada aku. Tadi sebelum dia ketuk pintu kali pertama itu aku fikirkan dia tak datang bilik ini, jadi aku buka lah pakaian dalam ku, eh tup tup ketuk pintu kali kedua pula, tak sempat pula mahu pakai.

Ahh!

Tangan dia makin aku tolak makin ketat pula dia memeluk aku, makin ke atas pula tangan dia. Aku hanya mampu memejam mata serapatnya.

"Jangan sampai aku balun kau, biar kau tak boleh berjalan esok, babydoll..." dia berbisik halus tapi suaranya keras. Mataku terus terbuka. "Aku peluk, kau tolak, aku peluk, kau tolak... ingat sikit, sayangku Lyra... aku lagi kuat dari kau, aku lelaki kau perempuan..."

Tiba-tiba leherku dicekik dari belakang. Aku terdongak sedikit. Dia mencekik tapi tak kuat, cuma mampu membuat aku mendongak ke atas.

"Jangan melawan sayang..."

Tepi telingaku di jilatnya, rambutku dikucupnya perlahan. Ibu jarinya yang mencekik leherku tadi, dimasukkan ke dalam mulutku, aku rasa jarinya di dalam mulutku.

"Remember something dear... you are always my property. I treat other girls as well, not the same way I treat you babydoll... You are mine."

Terasa dadaku dipegangnya. Perlahan. Bulu roma aku terus berdiri tegak. Belakang leherku dicium lalu dijilat tanpa aku sedar, dia mengigit belakang leherku. Lama. Aku memejam mata menahan perih.

Tangan dia mula turun ke bawah. Perlahan dan perlahan sebelum aku menahan. "Ya, saya janji tak melawan awak, tapi tolong... ini terlalu awal..."

Terdengar Zafrel ketawa dari belakang.

"Goodgirl," punggung ku ditepuknya beberapa kali. Tak kuat.

Dia melepaskan aku.

Aku menghela nafas lega. Takut aku.

"Tadi yang kau nampak tu bukan aku,"

Aku menoleh ke arah dia.

"Habis siapa?"

"Adik aku. Zayn Zairel."

Eh jap jap! Macam mana dia boleh tahu aku ingat tu dia?

"Adik aku suruh aku datang sini tadi, dia cakap kau nampak macam salah faham dan cemburu. Mungkin kau ingat tu aku kut, Hahaha. Not me, babydoll. Aku hanya panggil kau seorang je babydoll..."

Tepi rambutku yang menutupi wajah dia selak dan diletakkan di belakang telinga aku. Dia merenung aku dalam.

"Aku tak gila lagi nak sakitkan hati kau."

"Awak tak pernah bagitahu pun awak ada adik..."

"Malas. Dia tak penting pun. Hahaha."

Aku tergelak kecil. Tak lawak, akan tetapi aku suka dengar dia gelak walaupun tak beberapa ikhlas. Hahahaha.






Komen lah, vote sekali, bagilah I semangat untuk menulis lagi.

His Babydoll [ Hiatus ] Where stories live. Discover now