9 ; ℨ𝔞𝔣𝔯𝔢𝔩 𝔏𝔶𝔯𝔞

1K 70 2
                                    

Mataku terbuka perlahan, kabur. Rasa sejuk mulai terasa dan mengucup setiap inci tubuhku walaupun tubuh masih bertutup dengan selimut tebal berwarna hitam.

"Babydoll...?" suara serak-serak basah itu menegur aku tatkala mataku sepenuh terbuka walaupun masih kabur dan aku mengelipkan beberapa kali.

Perlahan-lahan aku menoleh ke tepi. Wajah Zafrel yang nampak letih itu aku pandang. Kenapa dengan dia? Walaupun wajahnya tampak letih aura badboy nya masih terserlah. Aku yang tersedar sesuatu terus duduk secara mengejut.

Apa yang aku mahu soal kepada Zafrel aku lupa. Bukan. Kejap aku lupa, kejap aku ingat. Jadi aku batalkan saja niat untuk menyoal itu. Aku menatap wajah Zafrel yang berdiri dan berjalan mendekati aku, dia tersenyum kepada aku.

"Babydoll, ok?" soalnya dengan suara lembut. Aku mengangkat kening lalu mengangguk saja, tidak betah memandang dan bercakap dengan dia seperti kawan lagi.

"Kau nak mandi?" soal Zafrel lalu mencapai tuala putih milik dia di tepi almari baju yang besar itu.

Aku berfikir seketika, takkan dia nak mandikan aku kut? "T-takkan awak nak mandi kan saya?"

Dia menoleh ke arah aku sambil tersenyum. "Apa salahnya, came babydoll." Zafrel terus mendukung aku gaya bayi dan di bawa ke bilik mandi. Aku tak tahu kenapa badan aku terlalu sakit dan tak mampu untuk melawan apa yang dia lakukan kepada aku.

Pasrah.

***

Sedang sibuk dia memandikan aku, aku hanya merenung syiling bilik air Zafrel yang berwarna hitam itu dengan renungan kosong. Saat sedang menatap syiling terasa kawasan dada ku dilumurkan sabun.

Aku pandang dia.

Bulu roma aku naik menegak. Gila.

"Awak..." tangan aku menahan tangan sasanya yang sedari tadi hanya mengosok sabun dikawasan itu sahaja. Agak terkedu aku dibuatnya.

Zafrel seperti baru tersedar sesuatu terus melepaskan kawasan itu. Aku nampak riak wajah Zafrel tadi agak lain sebelum aku menegurnya, apabila aku menegurnya berubah lagi.

Apa yang orang dewasa cakap kalau lelaki bersama perempuan? Hubungan intim ya? Aku menyoal diri sendiri. Tuhan. Gilanya aku overthingking tentang perkara yang tak sepatutnya. Hahaha. Gila kau Lyra.

"Maaf, babydoll."

Aku hanya mengangguk.

Dia menjirus aku dengan air bersih. Lalu di lapkan seluruh tubuhku yang semuanya terbuka ini dengan tuala. Segar rasa diri ini.

"Pergi lah masuk dulu, baju ada di atas katil. Pakai baju tu." arah Zafrel dengan suara yang seperti ditahan-tahan 'kerasnya sesuatu'.

Lyra! Nakalnya pemikiran kau sekarang.

Untuk arahan Zafrel tadi aku hanya mengangguk. Aku melangkah keluar.

Baju di atas katil aku pandang.

Entah apa yang aku rasa saat ini hanya kosong, rasa rindukan ibu? Tidak lagi kurasakan. Hanya rasa kosong memenuhi jiwa yang hampir mati ini.

Mungkin?

Setelah siap memakai baju aku dan aku keluar dari bilik, malas menunggu Zafrel. Saat itu aku melihat kawasan rumahnya dari tingkat atas sekali, aku terpegun seketika. Ya Tuhan cantik sungguh rumah ini bahkan di tingkat atas sekali ini juga mempunyai kolam. Cantik.

Luas.

Aku melangkah ke arah sliding door yang berada agak jauh sedikit dari bilik Zafrel ini. Sliding door itu berwarna hitam, langsir yang diikat cantik menampakkan lagi permandangan diluar sana. Sliding door nya aku buka. Angin sejuk terasa mengucup setiap inci wajah dan tubuhku yang terdedah. Tenang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 20, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

His Babydoll [ Hiatus ] Where stories live. Discover now