last chapter

191 25 3
                                    

“Our story didn’t turn out the way we’d hoped but I’m glad I got to spend my last few chapters with you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Our story didn’t turn out the way we’d hoped but I’m glad I got to spend my last few chapters with you.”
__________

     "Nur Sarah Ailana Binti Mohd Amir
Waktu kematian 15:03 , 13 september 2020
Punca kematian, kehilangan banyak darah sebelum sempat diselamatkan"

   Langit yang diramal cerah semalam, kini kedengaran guruh berdentum bergantian. Hujan meteor yang di hebohkan semalam, seakan akan tidak akan muncul. Semesta menangis, hilangnya hamba Allah yang taat.

   Suara teriakkan kesakitan bergema hebat. Tangisan berganti ganti memenuhi ruang atmosfera hospital itu. Doktor yang bertugas, menyelamatkan memohon ampun berkali kali. Dia bukan tuhan, tugasnya hanya berusaha menyelamatkan. Hidup mati pesakitnya, hanya berada ditangan Allah. Namun tetap rasa bersalahnya menguasai diri.

   Sorang perempuan dengan panggilan ummi menghampiri mayat anaknya yang terbaring kaku. Mengharap dia akan bangun dan berkata dia baik baik sahaja walaupun sebernarnya dia juga hancur di dalam. Dia anak kuat, sudah sampai masanya dia berehat.

   Seorang lagi perempuan yang digelar adik menghampiri kakaknya. Tangan beku itu dipegang, dicium berkali kali. Dulu saat dia ada rumah itu tidak pernah sunyi. Suara gelak tawanya, bahagianya dia seakan akan tiada satu masalah pun boleh menyentuhnya. Kini dia sudah penat, kirim salam abah ya?

    "Assalamualaikum Ailana, nak tau tak hari ni kan Farez datang tengok hang " Luqman separa berbisik dengan air mata yang terus mengalir. Liana mengetuk kepala Luqman.

   "Ape masalah hang ni "

   "Dia tak nak kita sedih macam ni, nanti dia pun sedih nak pergi " Luqman mengelap air matanya.

   "Bukan, maksud aku mana Fareznya? Dia sampai perempuan ni mati pun dia tak hargai "

   "Mulut tu tak baik tau! "

   "Sorry Lana nanti aku suruh dia lawat kubur hang ya? "

   "Macam la dia nak, "

   "Ish hang ni "

   Tiada yang berubah untuk mereka berdua.

__________

   "Wey Farez nak ikut tak?"

   "Pergi mana? "

   "Hang tak tau ke? "

   "Tau ape?"

   "Ailana dah meninggal semalam"

   "Ouh, aku tak pergi kut "

   "Okay, kami pergi dulu. "

   Sudah lapan tahun, sejak kematian Ailana. Semua orang memulakan hidup baru. Luqman, sudah berkahwin dan memiliki 2 orang anak. Liana pula sudah membuka syarikatnya sendiri. Adiknya, Afifah berkahwin dan menjaga ibunya di rumah suaminya. Beruntung suaminya orang baik baik. Betullah kata orang 'orang baik baik akan bertemu orang baik baik. '

   Cuma, Farez masih disini. Di kubur perempuan yang mencintainya dengan sepenuh hati. Orang yang setulus itu tak datang dua kali dan kini dia mengerti maksudnya.

   "Assalamualaikum Ailana, aku datang lagi ni, hang pernah cakap yang hang tak suka orang menangis bila hang pergi, tapi tak hargai kehardiran hang kan? Aku minta maaf. Aku tak sedar selama ni aku cintakan hang"

    "Ingat tak time satu kelas hang tengok aku tu, lepas tu aku blah? Tu sebab aku tak suka. Aku tak suka hang tau semua bende pasal Luqman. "

   "Time hang gaduh dengan Amirul tu kan aku nak keluar kejar hang, tapi Luqman dah buat dulu. "

   "Time hang confess untuk kali yang kedua tu, aku nak cakap ya. Tapi Amirul ade kat situ jugak"

   "Banyak sangat bende salah yang aku buat hang"

   "Assalamualaikum, Farez ya? " seorang perempuan tua menegur Farez yang sedang menangis teresak-esak.

   "Ya Saya Farez, mak cik. Mak cik mak Ailana? " Farez mengelap air matanya lalu memberi ruang untuk mak cik itu duduk.

   "Panggil ummi je " Lalu duduk di ruang yang diberikan.

   "Patut la Ailana cintakan kamu sangat. Maaf ummi terdengar apa Farez cakap tadi"

   "Tak pe ummi"

   "Tapi ini dah lapan tahun, kamu berhak cari bahagia kamu sendiri. Kalau Ailana masih hidup dia akan marah dengan keputusan kamu tau. Kawan kawan Ailana yang lain move on bukan bererti mereka melupakan Ailana. Dia masih ada dihati mereka. Ummi selalu je tengok diorang menangis teresak-esak masa datang sini. Kamu kene belajar maafkan diri sendiri. "

   "Saya tak pernah cuba ummi. "

   "Cuba lah. Ummi yakin, Ailana akan bahagia kalau kamu bahagia. "

   "Saya pun harap dia bahagia disana"

   "Maka dia juga mengharapkan kamu bahagia"

   "Maka dia juga mengharapkan kamu bahagia"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
awan dan langitWhere stories live. Discover now