Prolog

69.2K 1.9K 103
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Cast:

Male Lead
Arsel Zayden

Female Lead:
Scarlet Ayla

——

ANGIN sepoi-sepoi bahasa pada malam itu menampar lembut tubuh Ayla hingga hujung tudungnya berkibar ditiup angin malam.

Tatapan matanya kosong walaupun ekor mata menangkap ke arah beberapa orang lelaki yang sedang berlari. Fikirannya melayang memikirkan perkara silam yang tak ingin dikenang kembali. Dia toleh kepala ke sisi saat tapak kasut seseorang kedengaran di telinga, lantas dirinya mengesot ke tepi, memberi ruang kepada kawannya duduk di atas kerusi panjang yang diperbuat dari kayu jati.

“Jauh termenung. Kenapa?” Raut wajah Ayla direnung.

“Tak ada apa. Aku tak tahu nak buat apa sebab itu aku termenung panjang.” Keluhan dihela oleh Ayla seolah-olah ada sesuatu perkara yang berat bermain di dalam fikiran.

“Jarang kau nak termenung macam ni. Biasanya kau malas nak fikir kalau ada masalah. Cuba cerita kat aku, kenapa?” Qasya bertanya prihatin. Jarang sekali dia melihat Ayla termenung panjang. Entah apa di fikiran wanita itu sehingga helaan nafas kedengaran di cuping telinga.

“Patah hati ke?” Selagi tak dicerita, selagi itu dia akan tanya untuk mengorek rahsia yang kawannya ini sembunyikan.Punggung diangkat dari kerusi.

“Nanti jelah aku beritahu.” Bibir mencebik. Kedekut, hatinya berkata. Nak suruh bercerita pun Ayla tak nak.

“Esok kau balik Selangor, kan?” Setahunya, Ayla akan bergerak ke Selangor atas arahan orang atasan memandangkan kerjanya di sini sudah selesai.

“Haah. Esok pagi aku gerak dengan kawan aku, Farha.” Qasya senyum.

“Selamat menempuh alam pekerjaan dengan suasana yang baru, orang baru, kawan baru. Aku harap kau okey kat sana.” Dia turut bangun dari duduk dan menyenggol lengan Ayla sambil mengangkat sebelah kening.

“Macamlah aku tak balik sini. Kerja aku selesai, aku balik sini juga.” Kamera digital berjenama Canon di atas kerusi panjang diambil olehnya.

“Mana tahu kau jumpa jodoh terus tak nak balik.”

“Jangan mengarutlah, Qasya. Aku pergi sana sebab nak cari kerja,” nafinya dari membiarkan kawannya ini berfikir yang bukan-bukan tentangnya.

“Aku cakap aje. Orang kata, sambil menyelam minum air. Kau datang sini dengan hati yang terluka, mana tahu pergi sana luka kau dah sembuh.” Tawanya pecah ke udara setelah melihat reaksi di wajah Ayla. Jelas bahawa Ayla tak berapa suka dengan jenakanya.

“Malas aku layan kau.”Kamera digital di tangan Ayla dipandangnya sekilas sambil tersenyum nipis.

Congratulations, photographer Ayla,” ucap Qasya yang tak lekang daripada senyuman sejak tadi.

“Congratulations, photographer Ayla,” ucap Qasya yang tak lekang daripada senyuman sejak tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Start: 13 mac 2022
End: 25 December 2022

Secret Moon [TERBIT]Where stories live. Discover now