6

27K 2K 79
                                    

KAKI berjalan lemah longlai menuju ke ruang tamu dan badan terbaring lesu di atas sofa dengan mata terpejam rapat saat kelopak mata memberat. Penat masih tak hilang walaupun sudah membersihkan diri. Pulang saja dari tempat kerja, Arsel langsung naik ke bilik untuk membersihkan diri di bilik air, dan kemudian turun ke tingkat bawah. Bukan ingin makan bersama keluarganya, sebaliknya dia mencari sofa untuk berbaring. Pandangan kosong dilemparkan kepada ahli keluarga semasa melintasi dapur sebelum tubuhnya rebah di atas sofa.

"Anak mama penat ke?" Puan Azizah berjalan dari dapur ke ruang tamu bersama suami dan anak sulungnya, Naqeeb. Mereka bertiga baru saja selesai makan tengah hari. Bila dipanggil anak bongsu untuk makan, Arsel menolak. Katanya nak rehat.

"Baru balik kerja, ma." Dia bangun dari perbaringan dan bersandar tubuh di sofa. Memberi ruang kepada Puan Azizah duduk di sisi.

"Sinilah baring dekat mama."

Tak menunggu lama, kepala berlabuh di paha Puan Azizah. Reaksi wajah Naqeeb tidak dihiraukan. Cemburulah tu kerana dia dapat baring di atas paha Puan Azizah. Encik Zarif pula leka menonton televisyen tanpa memandang kerenah anak dan isterinya. Mata fokus melihat National Geographic yang menunjukkan sekelompok singa.

"Baru mandi ke? Basah je rambut ni." Rambut anaknya diusap lembut, beralih pula ke pipi.

"Tak payah nak manjakan dia sangat, ma. Budak tu dah besar, mengada je lebih. Dahlah tempat Naqeeb dia ambil." Cubaan untuk menolak Arsel jatuh dari sofa tak berjaya apabila perutnya ditepuk kuat. Sudahlah dia baru lepas makan. Dasar adik derhaka.

"Dari kecil sampai ke besar awak kacau. Cuba jangan usik sehari." Pening Puan Azizah melihat kelakuan Naqeeb yang selalu mengusik anak bongsunya. Pantang nampak dia manjakan Arsel, ada saja niat nakal untuk mengacau sehingga anak bongsunya ini naik rimas. Kuat betul menyakat.

"Dia kahwin nanti tak dapat nak menyakat dah."

"Naqeeb." Puan Azizah menggeleng supaya tidak membahaskan perkara ini. Mereka sekeluarga bukan tak tahu tentang pertunangan Arsel dan Ayla. Entah apa perkembangan hubungan mereka berdua, sama ada masih nak teruskan hubungan atau cuma berkawan.

Kelopak mata kembali dibuka apabila terasa badannya dihempap oleh seseorang. "Jangan peluk-peluk boleh tak? Geli aku." Pipi Naqeeb ditolak saat pipi mereka berlaga.

"Aku rindulah. Kau selalu sangat tak ada kat rumah. Kalau kau ada pun, aku tak ada. Bila aku ada, kau pula tak ada." Naqeeb mengerang kesakitan dicubit oleh Puan Azizah. Masam mencuka wajahnya kerana si mama menyebelahi Arsel. Otot di lengan Arsel dipicit-picit dan dipeluk erat.

"Sedap betul baring atas kau. Tangan pun berotot." Diusap perlahan lengan adiknya sambil tersengih.

"Aku dah lama tak bagi orang penampar Jepun. Nak rasa?" Geli sungguhlah dia dengan perangai manusia seorang ni, habis lengannya diusap dari tadi. Kalau tidak mengingatkan dia sedang baring di riba Puan Azizah, sudah lama dia pukul Naqeeb.

"Arsel dengan Ayla dah berbaik ke?" Bercakap tentang perkahwinan, baru Encik Zarif terdetik untuk bertanya kerana sebelum ini dia tak pernah masuk campur hubungan percintaan anaknya. Masing-masing dah besar, boleh fikir sendiri. Dia tak kuasa nak campur tangan dalam masalah mereka. Pandai-pandailah selesaikan sendiri.

"Dah." Sepatah dia membalas. Arsel tolak tubuh Naqeeb sehingga jatuh. Dia bangun dari perbaringan setelah teringatkan sesuatu. Ada perkara ingin diberitahu kepada keluarganya.

"Arsel nak minta izin kahwin dengan Ayla. Kita orang dah bincang dan Ayla setuju." Dia juga ada niat berjumpa dengan keluarga Ayla untuk memberitahu hasratnya yang satu itu.

Tangan Arsel dicapai untuk bersalaman. "Wah, selamat pengantin baru adikku. Kau memang langkah bonggol." Memang orang tak pernah bercinta nilah akan kahwin dulu. Contoh terdekat adalah Arsel sendiri. Lelaki itu mana pernah bercinta seumur hidup. Tahu-tahu jatuh cinta, bertunang dan putus tunang. Alhamdulillah bakal berkahwin tak lama lagi. Nasib baik dengan yang orang sama.

Secret Moon [TERBIT]Where stories live. Discover now