2

36.2K 2.4K 354
                                    

PINTU kereta dibuka saat tiba di rumah. Ayla keluar dari perut kereta setelah terpandang susuk tubuh pasangan suami isteri yang dianggap sebagai orang tuanya walaupun mereka berdua ialah ibu dan bapa saudaranya.

"Ayla beli ayam yang Mak Uda pesan, tak?" soal bapa saudaranya iaitu Encik Iskandar.

"Beli." But kereta dibuka untuk mengeluarkan semua barang yang dia letakkan di situ.

"Berapa ekor?"

"Dua ekor. Seekor lagi, Ayla suruh pekerja tu potong ayam 8 bahagian."

Sementara itu, Puan Hawa mendekati anak saudaranya yang bersusah payah mengangkat semua barang sekaligus. Plastik putih berisi barang basah diambil di tangan Ayla lalu dibawa masuk ke dalam rumah.

"Tok Abah dengan Tok Umi dah sampai ke?"

"Masih dalam perjalanan. Kita tak masak lagi. Lekas Ayla, nanti dia orang semua sampai."

Besar langkah Ayla masuk ke dalam rumah mengikut Mak Uda dari belakang. Maklumlah, datuk dan neneknya dari utara datang melawat anak, menantu dan cucu.

"Nasi baru siap masak. Kita tinggal buat chicken kabsa."

Plastik rempah ratus diletakkan di atas meja lalu Ayla melipat lengan baju sehingga ke siku untuk membantu ibu saudaranya menyiapkan resepi kabsa.

"Nanti tukar baju. Jangan pakai T-shirt, pergi pakai abaya yang Ayla selalu pakai."

"Baik, Mak Uda. Lepas dah siap tolong, Ayla tukar baju." Bukan tak tahu, Tok Abah tak berapa berkenan tengok orang perempuan pakai baju T-shirt dengan jeans. Katanya tak sopan.

Beberapa biji bawang besar diambil untuk dipotong. Lincah tangan membuat kerja, sepertinya dia tidak kekok berada di dapur dan tahu bahan-bahan masakan.

"Sebenarnya kan Mak Uda, Ayla tak cukup duit nak beli barang-barang yang Mak Uda pesan. Bukan tu je, Ayla salah masuk kaunter. Kaunter yang Ayla masuk tu mesin rosak, kena guna cash."

Puan Hawa berhenti memotong buah tomato. "Ayla bayar guna apa kalau duit tak cukup? Habis tu, barang-barang ni tak bayar lagi ke macam mana?"

"Ada sorang lelaki tolong bayarkan semua barang yang Ayla beli," beritahu dia kepada Mak Uda. Nak sebut nama tuan badan, dia pula tak selesa. Risau jikalau isu ini berpanjangan.

"Ayla bayar semula tak duit dia?" Puan Hawa menyoal sambil tangan membuat kerja.

"Nak bayar macam mana, Mak Uda. Dia tak nak Ayla bayar. Ayla minta nombor akaun dia tadi, tapi dia cakap tak payah bayar."

"Lepas itu?"

Bahan-bahan yang telah dipotong dimasukkan ke dalam periuk besar. "Dia tolong tolak troli, lepas tu teman hantar barang sampai ke kereta."

"Baiknya budak tu. Ada cakap terima kasih?" puji Puan Hawa.

"Mestilah ada. Orang dah tolong bayar dan bawakan barang sampai kereta, takkan kita nak pergi macam itu je." Rempah ratus dimasukkan ke dalam periuk besar itu dan diletakkan sedikit air ke dalam periuk tersebut.

"Pergi tukar baju sana, lagi setengah jam Tok Abah nak sampai. Baik Ayla pergi bersiap cepat."

Dibawa kaki mendekati sink untuk membasuh tangan sehingga bersih. Tangan dilap pada kain bersih yang tergantung di dinding. Baru beberapa tapak dia melangkah, soalan Puan Hawa membuatkan dirinya kaku tidak bergerak.

"Ayla, Mak Uda tanya ni, bukan suruh berdiri macam patung cendana."

"Apa dia Mak Uda? Tak dengar tadi."

Secret Moon [TERBIT]Where stories live. Discover now