1

58.4K 2.5K 552
                                    

REVAMP/NOT FULLY UPDATE




BADAN dibongkok mengutip plastik roti setelah terpandang sampah itu di atas rumput kering. Ayunan lengan membantu kakinya bergerak ke arah tong sampah yang berada di bawah pokok untuk dia buang sampah ke dalam tong sampah itu. Fuh, kalau hari-hari berjemur di bawah cahaya matahari panas begini, boleh melecur kulitnya. Masakan tidak, setiap hari dia berdiri di bawah cahaya matahari dari pukul 10 pagi hingga 4 petang.

Jam tangan dipandang sekilas sebelum telefon dikeluarkan. Ada satu mesej dan tiga panggilan daripada Ezra iaitu kawan perempuan sejak di bangku sekolah. Kawan? Entahlah. Dia bukan kenal sangat dengan gadis bernama Ezra, rapat pun tidak. Mereka berdua bertukar nombor telefon kerana kerap kali berjumpa di 7-Eleven, di mana tempat gadis itu bekerja. Arsel tenung lama nama tersebut dan matanya turun membaca mesej yang dihantar oleh Ezra.

Ezra

Nak jumpa you kat Coffee Bean.

Nasib baik jarak antara Petronas dengan Coffee Bean dekat. Kunci motor berjenama Modenas Kriss dikeluarkan sebelum dia bergerak menghampiri motor yang tersidai di bawah pokok. Topi di atas kepala dibetulkan sebelum enjin motor dihidupkan tanpa memberitahu Abdullah terlebih dahulu, iaitu rakan sekerja yang berbangsa Bangladesh. Tak menunggu lama, Arsel terus menunggang motor menuju ke tempat yang telah dikatakan oleh Ezra sebentar tadi melalui mesej WhatsApp.

Sampai sahaja di tempat yang dikatakan, Arsel mulai mengatur langkah masuk ke dalam kawasan Coffee Bean. Figura seorang gadis dicari.

"Muka elok tapi kerja macam ni."

Hina ke pekerjaan mengutip sampah sedangkan pekerjaan ini mulia dan halal dari segi rezeki. Kenapa masih ada segelintir manusia yang sempit otaknya sampaikan kata-kata seperti itu meluncur laju di bibir?

Susuk tubuh Ezra yang membelakangi dirinya dihampiri. Dia berdehem untuk menarik perhatian gadis itu yang sedang menunduk bermain telefon di tangan.

"Zayden, duduklah." Senyuman nipis dihadiahkan. Pakaian jejaka itu diperhatikan dari atas ke bawah berulang kali.

"You minum dulu, I dah pesankan air untuk you." Gelas kaca ditolak ke hadapan.

"Don't worry. I paid this coffee for you." Dia tahu lelaki itu tak mampu bayar, jadi apa salahnya dia belanja.

"Thanks," ucapnya sepatah.

"Kenapa nak jumpa?"

Ezra tersenyum lebar setelah ditanya. Telefon diletakkan di atas meja dan kaki panjangnya mulai bersilang sambil memerhati segenap wajah jejaka yang duduk di hadapannya ini.

"I have good news and bad news."

Dengan lafaz bismillah, air coffee disisip sedikit untuk menghilangkan rasa dahaga di tekak. Badan bersandar pada kerusi dan memandang tepat wajah gadis di hadapannya.

"You nak dengar yang mana satu dulu?" Senyuman tak lekang dari bibir dari tadi kerana teruja untuk memberitahu khabar berita.

"Suka hati."

"I bagitahu good news dulu."

Kepala dianggukkan.

"Sesi temuduga I diterima dan I bakal bekerja sebagai pramugari, tapi sebelum tu kena masuk kursus pramugari. Serius I tak sangka. I pernah beritahu you kan masa I kerja 7-Eleven dulu, I nak sangat kerja pramugari dan sekarang I dah dapat."

Secret Moon [TERBIT]Where stories live. Discover now