5

29K 2K 171
                                    

SEBAIK saja turun dari motor kapcai yang selalu digunakan, terasa ada tangan seseorang melingkar di lehernya. Arsel tegakkan badan. Dahi tak payah cakaplah, kalau boleh nak berkerut serupa makan jeruk basi.

"Saya rindu sama Zayden!" kata Abdullah dengan nada penuh ceria.

"Saya hari-hari tunggu kamu datang sini! Tapi kenapa kamu tak datang kerja?" Bersungguh Abdullah bercakap dengan Arsel yang tidak selesa kerana lehernya dipeluk erat.

"Lepaslah. Kau ingat aku ni gay ke?" marahnya.

Lingkaran lengan Abdullah yang berada di lehernya cuba dilepaskan, tetapi semakin kuat Abdullah memeluk sehingga kepalanya melekat di dada Abdullah. Mereka berdua bergelut di tepi Petronas. Seorang cuba lepaskan diri, seorang lagi peluk tak nak lepas.

"Kamu rindu sama saya tak Zayden?" Abdullah menyoal dengan sengihan. Sengaja mengusik kerana dia rindu dengan kehadiran jejaka ini.

"Tak. Lepaskan aku, Abdullah! Kau tak malu ke orang tengok?" Arsel pejam mata apabila wajahnya bertemu dengan dada Abdullah. Ya Allah. Tolong...

"Buat apa saya nak malu? Bukan saya tak pakai baju," jawabnya dengan slang Bangladesh yang masih pekat.

"Saya tak kasi lepas kalau Zayden tak rindu sama saya."

"Let go of me Abdullah!" Sesak nafas.

"Saya tak mau lepaskan. Saya rindu sama kamu."

"Ya Allah lepaskan aku Abdullah! Ketiak kau busuk. Bau bawang. Papa tolong..." pintanya. Badan Abdullah ditolak kasar supaya menjauh. Terhuyung-hayang Arsel setelah lepas daripada dakapan Abdullah. Dengar lelaki warga Bangladesh itu ketawa, membuatkan dirinya rasa tak puas hati.

"Kau buat lagi macam tu lagi memang aku tampar gigi kau. Biar rongak semua." Amaran keras diberikan.

"Rongak tu apa?" tanya Abdullah sambil tersengih seperti kerang busuk.

Arsel menjeling. Dibawa langkah menuju ke tandas lelaki untuk membasuh muka. Lemas dalam bau bawang. Ya Allah, mimpi ngeri. Bau ketiak Abdullah umpama berada dalam kegelapan. Gelap masa depan.

Paip singki dibuka dan Arsel menunduk membasuh mukanya beberapa kali. Kepala diangkat. Bahu terangkat dek kerana terkejut dengan kehadiran Abdullah di sisi.

"Boleh tak jangan buat terkejut aku?" marahnya.

Abdullah sengih. "Zayden, boleh tak kamu buat kerja dulu? Saya mau mandi." Tuala yang digenggam olehnya diangkat sedikit untuk ditunjukkan di hadapan Arsel.

"Pergilah kau mandi. Berapa hari kau tak mandi?"

"Sudah empat hari saya tak mandi." Jujur Abdullah. Dengan rasa tak bersalahnya Abdullah menjawab soalan Arsel. Memang betul dia tak mandi empat hari, kerana ketiadaan bekalan air di rumah. Hari ini barulah nak mandi, kerana ditegur ketiak bau bawang.

"Kau tak mandi empat hari, lepas tu kau peluk aku?"

"Itu tanda sayang saya sama Zayden. Kita kan kawan, jadi apa salahnya Zayden cium wangian baju saya."

Tak tahu sama ada nak menangis ataupun terharu dengan luahan hati Abdullah. Tertekannya hidup begini. Lagi tertekan berada dengan Abdullah berbanding dengan tunang sendiri. Dengan muka tembok, cakap tak ada rasa bersalah dan sengih kambing Abdullah cukup membuatkan hati membara. Terus dia melangkah keluar dari tandas lelaki.

Langkah kaki terhenti seketika di saat mata terarah kepada seorang lelaki tua separuh abad. Tan Sri Ayub. Kelihatan lelaki itu seperti sedang menunggu seseorang dengan penuh rasa gelisah. Di tangannya pula terdapat sebuah beg berwarna hitam digenggam erat oleh Tan Sri Ayub. Walkie talkie dikeluarkan untuk berhubung dengan unit siasatan jenayah.

Secret Moon [TERBIT]Where stories live. Discover now