Bab 17

151 11 0
                                    

Sekujur tubuhnya terasa kejung. Renik peluh mula membasahi dahi. Nafas diambil tersekat-sekat. Dia cuba untuk bangun namun hampa. Bukan setakat mencuba untuk menggerakkan diri malah dia mencuba untuk bangun dari tidurnya.

Sakit. Ini kali pertama Navier hadapi situasi begini. Dia. Takut.

Gadis itu sedar bahawa dirinya masih dibuai mimpi namun dia tidak mampu untuk menyedarkan diri.

Di dalam mimpi itu, Navier berada di dalam satu bilik yang diterangi dengan satu cahaya berwarna merah.

Navier meliarkan pandangan ke kiri dan ke kanan. Kosong. Cuma dia sahaja yang berada di dalam bilik tersebut.

Di belakang tubuhnya terdapat satu pintu yang tiada tombolnya. Navier meraba pintu tersebut dengan tangan yang terketar-ketar. Cuba mencari jalan mahupun sebarang pertolongan.

Tap... tap...

Bunyi derapan kaki mula kedengaran di belakang. Badannya mula menggigil laju. Takut untuk memaling ke belakang kerana dia kenal. Dia kenal dengan bunyi derapan tersebut. Yang sememangnya bukan daripada derapan kasut biasa.

Bunyi loceng... bunyi kasut kanak-kanak..

Air matanya yang ditahan gugur jua akhirnya. Otaknya tidak berfikir dengan waras. Kakinya bagai terpasak di bumi.

Air matanya gugur lagi tatkala bayang-bayang yang terhasil di hadapannya semakin lama semakin besar dan gelap.

Rupa yang terhasil... bukan rupa manusia biasa..

Makhluk di belakangnya ialah...

Seekor badut.

Langkah tersebut terhenti. Bayang-bayang tersebut masih wujud dan kerana itu Navier tidak berani mahu memalingkan tubuh. Setitik demi setitik air mata yang gugur ke bumi tanpa diseka.

"Navier....." suara itu memanggil. Serta-merta bayang tersebut hilang dalam sekelip mata.

Mata gadis itu terbelik besar. Suara itu...

Suara bekas kekasihnya. Suara Evran.Dia seperti mahu bersorak riang sekarang ini. Laju dia menoleh ke belakang.

Namun di hadapannya sekarang ini berdirinya seekor badut dengan tubuh yang sangat besar. Giginya besar, matanya tajam, dahinya luas, dan ditangannya terdapat belon berwarna merah.

Navier terduduk lemah sambil mata yang tak lari dari memandang badut tersebut. Tak... dia dipaksa untuk menatapnya. Dirinya bagai dikawal sepenuhnya. Air mata laju membasahi pipi.

Badut hodoh itu tersenyum. Sungguh seram dimata Navier.

Tangan diangkat tinggi sambil memegang sesuatu. Mata Navier terbuntang. Kepala mahu memberi respon namun hampa.

"MATIII!!," pisau dijatuhkan ke arahnya.

"Arghh!!," nafas tercungap-cungap. Badannya menggigil kuat. Pipi yang basah diseka dengan tangan yang menggeletar.

"Awh!!," tangan yang naik menyeka pipinya terjatuh. Tidak mampu digerakkan.

Navier mencari nafas lagi. Sungguh perit yang dia rasakan sekarang ini. Air mata tak henti gugur akibat cemas. Sekujur tubuhnya kejung mengejut. Dia seperti lumpuh dan membuatnha menangis teresak-esak.

"E-Evran... s-sakit...."

Maka disitulah dia. Terkulai seperti mayat hidup sambil memanggil-manggil nama lelaki itu.

Evran mencelikkan mata. Dia bangun dari perbaringannya laju. Tangan naik mencengkam dada apabila perasaan tidak enak menyelubungi hati.

"Pahal dengan aku ni?," bisiknya.

Kepala diurut perlahan. Pening akibat bangun mengejut sebentar tadi. Pandangan yang gelap semakin lama semakin jelas.

Jam dikerling lalu terpapar nombor 03:47. Sekali lagi dia mengurutkan dahi.

Telefon dicapai sebelum membelek aplikasi whatsapp. Kotak peti mesej dan panggilan kosong bermakna tiada siapa yang menghubunginya.

Nombor Navier di cari. Akibat terlalu lama mereka tidak saling menghubungi, nombor tersebut berada di bahagian paling bawah sekali. Segera Evran pinned nombor tersebut.

"Sayang kita ni..." bisiknya dengan suara baru bangun tidur.

___________________________________

~MY QUEEN❤️

you good sayang?
✔️

___________________________________

Dahinya berkerut. One tick?

"Phone mati ke?," bisiknya sambil menjuihkan bibir. Baru nak otp.

BAM!

"What the-"

Pak!

"Aduh!," telefon tadi jatuh atas muka kacaknya. Sakitnya tuh disini~

Arden dan Hael menapak masuk ke dalam bilik dengan selambanya. Tubuh dihempas atas katil.

"Eh eh apahal ni? Sejak bila pulak rumah ni ada satu bilik je?," soalnya pelik. Soalan tersbeut dibiarkan sepi.

Pak!
Pak!

"Awh!," desis mereka berdua serentak sambil mengusap pipi yang baru ditampar.

"Ada yang aku selit bontot dia dengan muncung sniper aku nanti kang," ujar Evran geram.

"Nak tidur sini...." kata Hael dengan mamainya.

"Boleh tapi tidur kat tandas aku tu. Sekali pakej aku siram dengan air panas nanti," kata Evran senada.

"Nak tidur....." Arden pula bersuara mamai.

Sudahnya dua-dua hanyut dibuai mimpi. Evran sekadar mengeluh berat. Dikerling Arden di sebelah kanannya manakal Hael di sebelah kirinya. Dia di tengah memeluk tubuh.

Tahulah bilik aku wangi, korang punya tak. Semak.

Mesej tadi diperiksa semula. Masih satu tick.

Sejujurnya, dia masih berasa tidak sedap hati. Fikirannya buntu. Apa puncanya?

Sudahnya dia mengatup mata dan menganggap perasaannya sahaja tadi.

Tapi kalau puncanya sebab Navier?

Navier dalam bahaya?

Tak mustahil sebab Navier tak pernah one tick mesej darinya. Tetapi mereka sudah lama tidak berhubung jadi mahu kata sedemikian seperti tidak kena dengan situasi.

Navier tidak pernah off kan telefon sebab setiap saat maklumat rahsia daripada Madam akan masuk.

Ada yang cuba nak bunuh dia ke?

Ataupun Navier tengah seronok tidur dengan lelaki lain?

Mata dicelikkan laju. Tangan naik mengurut kepala. Kenyataan terakhir tadi merunsingkan dirinya. Tapi Navier tak akan buat macam tu. Dia kenal perempuan tu.

Nafas dihela berat. Ya... dia kenal. Kan..?

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now