Bab 45

110 4 0
                                    

        "Siapa call dia pagi tadi?," soal Evran dingin kepada dua orang kanan setia perempuannya itu. April dan Felix sekadar mengunci mulut.

"Choose to ignoring me and i'll take you to hell," kata Evran dengan nada yang terketap-ketap. Navier yang terbaring di sofa itu ditatapnya.

"Ehem," Felix berdehem setelah sekian lama mendiamkan diri. Evran menilik wajah Felix lama serupa ingin menelan lelaki itu hidup-hidup.

"Look, King was dying a moment ago. And she need to know," kata Felix lagi ingin menjelaskan situasi mereka. Evran mendengar bersama riak yang tegang dan bengang.

April mengerling Felix disebelahnya walaupun yang dia nampak sekarang ini cuma bahu lelaki itu dek kerana ketinggian mereka yang tidak sejajar itu. Dalam diam dia mencuit lembut lengan sasa itu.

Felix yang mendapat tangkap itu terus berpaling pada gadis itu. Kening sebelah ternaik.

"Tanyalah..." bisik April antara mereka sahaja.

"Nope." itu sahaja balasan daripada jejaka itu. April mendengus geram.

"Bisik bisik apa?," celah Evran dengan kasar. Sebelah tangannya ralit mengusap lembut rambut perang milik gadis itu.

"Kim dia... err..."

"Apa?,"

"Dia..."

"What?!,"

"Mengandung ke?!," April terus tutup mulutnya menggunakan kedua belah tangan. Terkejut ada rasa bersalah pun ada. Felix sekadar diam di tepi.

Evran mengerut dahi selepas mendengar itu namun sesaat dia mengukir senyum yang menyeramkan pada mereka berdua.

"What do you think?," soal Evran sinis. Sengaja.

"You make her pregnant?!," Felix melaung tanda tidak percaya. Mukanya sudah merah padam. Mamat ni marah ke?

"Cut the nonsense..." celah satu suara lemah. Navier telah lama mendengar perbualan mereka sejak Evran dan April saling bertekak sesaat tadi.

Evran mengulum senyum lembut. "Hey... dah bangun?," katanya sambil mengusap wajah putih gadis itu.

"Hm..." gumam Navier dengar tak dengar. Dibiarkan sahaja lelaki itu mengusap lembut wajahnya.

"Mana dia?," tanya Navier lemah.

"Diorang biar kat dalam dulu. We're waiting for you actually," ujar Evran separa berbisik seraya membantu gadis itu untuk duduk. Felix dan April mengangguk laju serentak.

"Just do it. Aku nak selesaikan satu benda dulu," ujar gadis itu sebelum dia berdiri dalam keadaan yang tidak seimbang.

Evran pantas membantunya tetapi dihalang oleh gadis itu sendiri sehinggalah dia tiba di hadapan pintu besarnya.

"Settle it down. Aku nak teman dia," arah Evran mandatar kepada mereka sebelum dia mengejar gadis itu. Kawasan rumah itu sudah tidak terurus dengan baik. Jalan utama penuh dengan lopakan darah manusia akibat mencari nahas menentang seekor singa jantan milik gadis itu. Malangnya tewas dengan beberapa peluru tajam yang menembusi badan tegapnya.

"Stop," Evran merentap lengan Navier agar gadis itu berhenti melangkah.

"Where are you going?,"

"What are you doing here?," soalan lelaki itu dibalas dengan soalan daripada gadis itu. Masing-masing menayang riak tidak puas hati.

"Kejar orang yang lesap dalam bilik tiba-tiba. Now answer my questions," Evran berkata dingin sambil tangan yang tidak lekang dari merentap lengan itu.

"Aku tahu ni kerja Lucas," kata Navier mendatar. Lengannya dibolos kasar.

"Kau tak boleh lawan diorang Nav. He found your weakness." tempelak lelaki itu kembali. Lama mereka mengunci mulut dek saling menikam anak mata masing-masing.

"I don't fucking care..." Navier berjalan melepasi lelaki itu namun tidak semudah itu kerana Evran bertindak menarik tubuh itu lalu dibawa masuk ke dalam kereta miliknya tetapi Navier enggan dan terus melawan jejaka itu.

Mereka yang sepatutnya menjadi pasangan berdamai kini berubah ganas dan saling menyerang satu sama lain.

Sampai satu masa Evran menolak kuat tubuh Navier ke sit belakang sehinggalah mereka sama-sama terbaring dalam posisi Evran menindih tubuh Navier. Kedua belah tangan gadis itu digenggam kemas supaya tidak semudah itu bolos.

Navier tidak berhenti di situ sahaja. Dia bertindak ingin menendang lelaki itu tetapi Evran lebih pantas menahan menggunakan tangannya.

Navier jadi kaku. Kedudukan mereka ini membuat dirinya diselubungi perasaan yang bercampur baur. Dia meneguk liurnya payah.

Mereka sama-sama kepayahan dalam mengambil nafas sehinggalah nafas mereka hampir bersatu.

Evran menguatkan lagi cengkaman tangan mereka. Sebelah tangan yang berada di peha kiri gadis itu benar-benar sedang menguji nafsunya.

"Do you... want to make your preggy real baby?," bisik Evran nakal.

"Ev let me go...." Navier berkata dingin tetapi Evran dapat dengar nada yang dikeluarkan sedikit menggeletar. Mungkin takut dan mungkin juga sedang mengawal dirinya.

Evran menghela nafas panjang ingin membuang segala perasaan nakal yang menyelubungi dirinya sebentar tadi. Dia kemudian melepaskan cengkaman dan bergerak jauh sehinggalah dia kini berdiri di luar kereta.

Navier masih lagi di dalam kereta tetapi kini berubah duduk.

"Come with me. I'll help you," Evran menghulur tangan kepada gadis itu. Navier sekadar melihat tapak tangan itu sebelum dia menyambut huluran itu.

Pintu bahagian penumpang dibuka semerta Navier memboloskan diri ke dalam. Dari ekor mata Navier dia dapat melihat satu tangan Evran berada di atas kepalanya ingin melindungi dirinya.

Evran turut memboloskan diri ke dalam perut kereta lalu mendekatkan wajah mereka tiba-tiba. Navier jadi terpinga-pinga melawan tatapan.

"You owe me R15 princess," kata Evran sebelum tergelak melihat wajah cuak gadis itu tadi.

"Ish!," satu penumbuk selamat mendarat di bahagian lengan sasa itu. Evran masih lagi dengan sisa tawanya sebelum dia mengambil tangan kanan berbalut gadis itu. Diusap lembut sebelum dia menyatukan jemari mereka.

'At least kau dah tak semurung tadi...'

Pemergian kereta Audi silver itu dihantar dengan dua pasang mata yang dari tadi tidak berkelip melihat drama mereka.

"I'm too single and too innocent for this," kata Felix mendatar.

"They're too... sweet," kata April pula.

"Aren't she pregnant?," soal Felix buat kali keberapa untuk hari ni. April menjeling lelaki itu tajam.

"Aah dia mengandung. Dah 7 bulan 7 minggu," balas April malas mahu bercakap dengan orang benak.

"But her belly seems like not that big," kata Felix masih lagi dengan otaknya yang tak pernah dengar joke orang mengandung.

"Lantak kaulah jamal," ujar April perlahan.

LDV | THE MAD KILLERTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang