Bab 44

110 4 0
                                    

       Sinar mentari pada pagi itu memancar terus ke wajah kacak milik lelaki itu menjadikannya terbangun dari segala tidurnya. Dia membuka matanya perlahan untuk melihat dengan lebih jelas. Cahaya yang terbias menjadikan sepasang mata coklat istimewanya bersinar dengan cantiknya.

Dia menutup mata kembali sambil mengiring ke kanannya bersama tangan yang dilunjurkan ke sebelah sebelum dia meraba tempat kosong di sebelahnya. Matanya terbuka luas.

"Nav??," panggil Evran bersama suara bangun tidurnya. Dia duduk sebelum memerhati sekeliling. Kosong umpama gadis itu tidak pernah menjejakkan kaki di hotel itu.

"Princess??," panggilnya lagi. Kali ini dia bangun lalu bergerak ke bilik air di penjuru. Dibuka lalu dikelilingnya. Kosong juga.

"Fuck! " laungnya kuat.





       Sportbike yang dibawanya laju membelah jalan raya ingin menuju ke sesuatu tempat. Perutnya yang masih kejang tidak dipeduli sama sekali. Disebalik helmet hitam itu terdapat air mata yang laju membasahi mukanya.

"God please...." rintihnya bersama tangan yang menggigil sambil menunggang kenderaan itu.

Rumah agamnya yang dahulu kini betul-betul berada di hadapan matanya.

Ssreett!!

Malangnya belum sempat dia ingin berhenti, kenderaan beroda dua itu terpeleset dan jatuh tergelincir akibat cecair merah di serata jalan ke rumahnya.

April serta anak buahnya yang lain berlari ke luar rumah tatkala mendengar bunyi kemalangan ringan yang berlaku di hadapan rumah.

"Kim!!," jerit April seraya berlari ke arah Navier yang terlantar di atas jalan tar itu.

"Auch..." Navier mengerang sakit sebelum memperlihatkan lengannya yang tercalar itu. April membantunya untuk duduk lalu membantu membuka helmetnya.

Maka terserlah wajahnya yang kusut dengan air mata itu.

"Kim..." tegur April sayu melihat ketuanya sebegini rupa.

"Ap... mana dia?..." tanya Navier di celah tangisan. Darah yang mengalir di lengannya sama sekali tidak diambil peduli.

"Felix tengah keluarkan peluru kat badan dia. Kau berdarah teruk ni," kata April.

"A-aku sayang dia... kenapa dia yang kena? D-dia tak salah..." rintih gadis itu sebelum dia berhenti apabila perutnya bagai dicucuk dengan sesuatu yang tajam. Mungkin cramp...

"Kenapa?? Are you okay?? Bawak dia masuk!," arah April kepada anak buah Navier yang berdiri tegak di depan pintu itu. Dasar...

April berlari mengambil beberapa alat balutan sementara mereka yang lain sedang membantu Navier untuk dibawa masuk.

"Here," arah April lagi sambil menunjuk ke sofa panjang yang sudah berlubang akibat kesan tembakan itu.

Navier dibaringkan sebelum gadis yang dikenali sebagai doktor scientist itu laju melakukan kerjanya.

"Aku nak tengok dia..." kata Navier meskipun keadaannya boleh dikatakan teruk dimana-mana.

"No... kita tak boleh kacau Felix,"

Wajah Navier yang tadinya lemah kini berubah tegang dan mencerlung tajam gadis doktor itu. "I did not ask for your opinion. Take me to him now. This is an order!," laung Navier akibat terlalu marah. Emosinya menjadi kusut dan serabut.

April terdiam sebentar sebelum dia mengangguk tanda menyerah. "Fine."




Tuk! Tuk!

"What?," sahut lelaki yang jelas sibuk dengan kerjanya di dalam.

"Kim nak jumpa dia," balas April lalu merenung ke arah muka tegang yang tiada secalit senyuman itu. Cuma air mata yang menjelaskan segalanya.

Felix menghentikan segala kerjanya sebelum dia mengeluh berat. Dia tidak gemar kerja dia kena kacau tapi kalau ketua dia sendiri yang berkeras kepala, dia akan menurut segala perintah gadis itu.

Krak!

"Hm." Felix awalnya ingin menutup pandangan Navier tetapi gadis itu setanding kuat dengannya mengakibatkan dirinya tertolak ke tepi olehnya.

"Kami tunggu luar," kata April lemah sebelum menutup pintu.

Navier tidak membalas apa-apa. Sebaliknya, dia mengambil langkah perlahan menuju ke meja besar yang menempatkan sekujur badan berbulu yang tidak menyedarkan diri itu.

"H-hey my baby...." tegur Navier lembut sambil tangan gigilnya mengusap telinga sejuk milik singa itu.

Ya. Dia yang menjadi mangsa tembakan seorang manusia kejam adalah King, seekor singa kesayangan milik gadis bernama Navier Kim itu.

King yang menyedari kehadiran tuannya itu hanya mampu mengaum lemah. Hanya sekadar kedengaran di telinga gadis itu. Tiada kudrat lagi untuk menyahut panggilan tuannya seperti sebelum ini.

Navier menilik satu badan King yang dipenuhi dengan darah dan beberapa bekas torehan itu. Dua lubang yang terhasil pada badannya membuatkan Navier mengalirkan air mata laju.

"H-how dare they..." bisik Navier sendiri. Dia beralih melihat muka comel yang berubah pucat itu. Mata singa itu yang tadi kering itu kini sedang mengalirkan setitik air mata ke tepi.

"It hurts... right?," bisik Navier lembut lalu dibalas dengan ngauman yang sudah tiada suaranya. Navier mengulum senyum pahit.

"...t-then... rest... f-forever..." ucapan itu akhirnya dilepaskan Navier meskipun hatinya meraung inginkan kesayangannya itu setia bersamanya. Tetapi dia tidak mampu dan tidak boleh menyeksa haiwan yang telah diamanahkan kepadanya sewaktu dia masih muda.

King merupakan 'hadiah' yang dia temui pada suatu ketika dahulu di salah sebuah tempat keseronokan manusia yang telah lama dipinggirkan. King tiada ibu dan ayah bersamanya dan hanya dikurung kelaparan di dalam sebuah sangkar besi yang sempit.

Evran pernah menghalang dirinya untuk membela seekor singa tetapi Navier bersikeras mahu menjaganya.

King akhirnya menghembus nafas terakhir panjang dan mengena halus rambut Navier. Justeru gadis itu hilang keseimbangan akibat kepalanya yang diserang sakit yang mencucuk seperti sebelum ini.

Pintu dikuak kasar dari luar sebelum lelaki itu pantas menyambut Navier yang lemah tidak sedarkan diri itu.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now