2

9.6K 65 5
                                    

KELUAR dari lif dengan perasaan biasa. Walaupun aku sedar ada seorang perempuan sedang mengekori langkahku, aku tetap tak rasa ada sesuatu yang janggal. Aku berjalan keluar seperti biasa tanpa menoleh padanya. Tapi aku tahu dia masih membuntuti aku.

Niat aku nak tolong aje kan. So tak nak aku lebih-lebih melayan dia. Karang dia jatuh perasan pulak nanti. Tak apalah, aku tumpangkan dia tidur di rumah aku malam ini. Itu je yang mampu aku lakukan untuk tolong dia sekarang ni. Aku sendiri pun dah kepenatan.

"Wei, Harry. Lambat balik!" tegur Aqif, jiran sebelah.

Rumah kami berada di tingkat 11, memilki balkoni yang menghadap view bandar. Jiran sekaligus member aku ni suka lepak malam-malam sambil main gitar dekat beranda dia. Kadang-kadang aku join kalau tak penat.

"Aah, ada hal sikit tadi," sahutku, biasa. Sambil ku mula membuka pintu rumah.

"Eeh, hal apa yang mustahak sangat tu?" Wan, housemate Aqif turut menyampuk bertanya padaku.

"Ada lah! oklah geng, aku masuk dulu. Tak dapat nak join korang. Penat sangat ni." Aku pun mula melangkah masuk.

"Pergh, kenyanglah malam ni oi... Baik punya lauk dibawak balik."

"Lauk macam ni ready to eat ni, tak perlu masak-masak dan diuli-uli."

Sekejap aku terganggu dengan usikan mereka kali ini. Aku pegunkan langkahku seketika dan ku toleh ke belakang.

Ah! Aku hampir lupa yang aku bawa pulang seorang gadis. Patutlah member-member aku mengejek semacam. Ish!

"Eh, apalah korang ni. Ni anak bos aku dulu. Dia tak dapat balik sebab dah lewat." Aku memberi alasan ringkas. Malas nak terangkan panjang lebar. Penat.

Aqif dan Wan macam sengaja membentuk O di mulut mereka tanpa suara. Tapi melihat dari reaksi mereka aku sudah tahu yang mereka sedang mengejek aku. Ish, lantaklah!

"Cik Puteri mari masuk. Banyak nyamuk dekat luar ni," kataku pada Puteri. Dia aku pimpin masuk segera.

"Nyamuk? mana?" Dia buat muka polos pulak.

Aku mengeluh. "Tu, dua ekor dekat sana tu." Aku tunjukkan isyarat mata melirik pada dua orang kawanku itu. Merekalah nyamuk miang yang aku maksudkan. Suka hati je gelar anak gadis orang lauklah, apalah. Dasar!

Puteri malah tersipu dan menuruti kata-kataku. Dia masuk ke rumah tanpa ragu-ragu.

Sekejap! Dan kenapa aku pulak yang mula ragu-ragu ni? Aku seakan mula sangsi dengan diriku sendiri bila tiba-tiba ada seorang penghuni baru masuk ke rumah sewa aku ini. Ditambah dengan usikan kawan-kawan aku tadi, aku jadi macam... Risau!

Namun ku tepis laju-laju perasaan itu. Aku abaikan angin yang menganggu. Kan niat aku hanya nak tolong dia saja. Tak lebih dari itu.

"Ehem. Cik Puteri. Awak boleh guna bilik saya malam ini. Bilik saya ada bilik air. Bilik lain tak ada." Aku offer dia untuk menghuni bilik aku untuk malam ini. Dia hanya senyum yang membawa maksud dia setuju. Dasar perempuan!

"Thanks, Harry! Oh ya, boleh tak I pinjam baju T-shirt you untuk I guna malam ini? I tak bawa baju," tanya dia.

Aku garu kepala sekejap. Boleh memang boleh, tapi... "Em, bolehlah. Mari saya tunjukkan."

Aku pun tak tahu kenapa dengan mudah aku menyanggupi. Aku bawa dia masuk ke bilik aku segera. Aku lalu tunjukkan padanya wardrobe aku kalau dia nak guna untuk tukar baju. Yelah, baju Tshirt jelah yang ada pun untuk dia pakai. Maaf sebab aku tak ada simpan baju kebaya!

"Menang Tshirt jelah yang ada pun, Cik Puteri. Seluar pun seluar jogging. Boleh ke?"

"I tak kesah. Asalkan boleh dipakai. I nak tumpang mandi sekali. Badan dah tak selesa."

Aku hanya mengangguk sekali sebelum aku meminta diri usai aku tunjukkan baju-baju yang hendak dia guna. Aku keluar dengan segera untuk memberi dia ruang privasi.

Huh, nampaknya aku kena tidur di bilik sebelah. Tapi, bilik sebelah tu bukan ada katil dan tilam pun. Jadi aku kena tidur di atas lantai beralaskan toto lah ya? Ah, leceh jugak. Sakit badan aku nanti.

Hurm, nanti-nantilah aku fikir pasal tempat tidur tu. Sekarang ni aku lapar. Satu perkara yang perlu aku lakukan agar nasib perut aku ini terbela. Iaitu mendapatkan makanan dengan segera.

Keluhan penat sekali lagi terbit di bibir aku sambil ku seret kaki membawa langkah menuju dapur. Ku gagau kabinet tempat menyimpan makanan segera. Ini adalah langkah terakhir aku lakukan setiap kali aku kelaparan di waktu malam. Maggi!

Jadilah asalkan perut aku terisi. Nak beli makanan di pasar malam tadi tak sempat. Huh!

Sambil aku menonton telivision sebagai peneman agar tidak sunyi, selesai satu mangkuk megi kari bersama telur dan cheese ku sental licin. Cukup mengenyangkan. Dapatlah aku tidur lena karang.

Aku menggeliat sepuas hati bila badanku terasa penat. Tapi aku kena bersihkan badan dulu sebelum masuk tidur. Kalau tak, penat ini tentu tak akan hilang.

Tanpa ragu aku langsung masuk ke bilik untuk mandi.  Sambil-sambil itu aku tanggalkan butang kemeja satu persatu lalu ku lurut keluar baju itu dari badan. Aku terpana!

Mungkin kerana keasyikan menikmati megi tadi sampai aku lupa yang rumah aku malam ini sedang ada tetamu. Dengan selamba aku masuk ke bilik yang tadi aku serahkan pada dia untuk diguna. Akibatnya, aku yang terkejut sendiri melihat penampakan dua benda di atas katil aku yang langsung terasa asing dan tak pernah aku ada sebelum ini.

Mata aku tidak mahu beralih dari memandangi dua buah benda tersebut. Cantik aje warna pink dan ada ropol-ropol sikit. Sementara di dalam bilik air sana sedang berbunyi percikan air yang menandakan seseorang sedang menggunakannya.

Ah, sudah! Otak tidak senonoh aku sudah mula bekerja dan mengimbas jauh. Pintu bilik air yang tertutup seakan lutsinar di mataku. Aku macam boleh nampak apa yang sedang dilakukan di dalam sana. Dengan pakaian kecik-keciknya ditinggalkan di sini, pasti perempuan itu sedang menggosok dan meramas dengan bebas bahagian-bahagian kerahasiaannya.

Oh, tidak!

Gelora Jiwa (COMPLETED) ✅✅✅Donde viven las historias. Descúbrelo ahora