6

8.6K 43 0
                                    

PINTU bilik terdengar sudah dibuka. Aku bangkit dari tidur walaupun masih termamai-mamai. Aku yakin dia sudah keluar, pagi ini kalau nak sambung pun aku on je. Tak ada hal.

Aku gosok mataku laju-laju bagi mengusir kabur. Aku lihat Puteri sudah siap berkemas. Eh, ingatkan nak sambung yang semalam.

"Ermm... Selamat pagi Cik Puteri," sapaku dengan suara serak baru bangun tidur.

"Pagi, Harry. Terima kasih kerna tumpangkan I tidur. I minta diri dulu."

"Eh, Cik Puteri nak kemana?" Aku tahan dia tatkala dia sudah mahu bergerak pergi.

"I nak kena cari kereta I. Lepas tu nak terus balik."

"Balik KL?"

Puteri hanya angguk. Tapi air mukanya terlihat muram. Aku mula resah.

"Tunggu sekejap, saya nak cuci muka dulu. Nanti saya hantar Cik Puteri cari kereta tu."

"It's okay, Harry. I boleh cari sendiri. Maaf kerna telah menyusahkan you. I mintak diri."

Puteri lalu memusing langkahnya dan bergegas untuk segera keluar. Aku semakin rasa bersalah. Maka aku kejar dia dan aku larang untuk pergi.

"Tunggu sekejap, sini duduk dulu. Saya nak basuh muka dengan tukar baju je. Tunggu, tau!" Sungguh-sungguh aku berpesan pada dia supaya menunggu aku.

Aku pula telah bergerak pantas menuju bilik air untuk sekadar membersihkan muka dan menggosok gigi. Tak payah mandi sangat, beginipun sudah cukup membuat aku sedikit segar.

Aku segera kembali setelah aku selesai dengan urusanku. Huh, aku lega kerana Puteri masih ada di situ. Maka aku hampiri dia segera.

"Cik Puteri tak nak minum dulu ke?" pelawaku.

"No, thanks," ringkas sahutnya, tawar tanpa irama. Hati aku mula curiga.

Perempuan ni biasanya akan menggedik bila ada aku. Kalau boleh dia nak habiskan masa berlama-lama dengan aku. Samalah macam Ameena.

Tapi pagi ini, sikapnya sungguh berlainan. Puteri terlihat dingin dan enggan bercakap banyak dengan aku. Aku tak tahu kenapa.

Aku pula mula tak biasa dengan sikapnya ini. Ku harapkan sikap gediknya keluar kembali pagi ini seperti biasa. Namun aku silap sama sekali.

"Kenapa you tak pernah bagitahu yang you dah ada girlfirend?"

Aku toleh laju tatkala aku baru hendak ke dapur bagi membuat secawan kopi panas. Maka ku urungkan niatku itu dan kembali ke sofa.

"Apa dia?" soalku. Kini aku sudah berhadapan dengan Puteri.

"Gadis yang datang semalam tu, dia kekasih you, kan? Oh, I ada dengar apa dia sebut, bakal suami. Benarkah, Harry?"

Aku terkaku beberapa saat, tergamam dengan soalannya. Aku tak terfikir sama sekali pasal dia semalam. Aku cuma fikir tentang perasaan Ameena kalau dia melihat Puteri di rumah aku. Aku sama sekali tidak terfikir akan perasaan Puteri ketika Ameena datang.

"Jadi itu alasan you kenapa selama ini you acuh tak acuh dengan I?"

Aku diam tidak bersuara. Wajah aku tunduk ke bawah terasa segan mahu bersemuka.

"Untuk pengetahuan you, I tak suka kacau hak milik orang. Tunang orang, bahkan kekasih orang. I tak suka. I bermati-matian sangka you masih single. Kalau I tahu you dah ada kekasih, dah lama I surrender, Harry!" Puteri ungkapkan perasaannya di depan aku dengan nada yang mula bergetar. Aku tahu dia kecewa. Aku telah buat hati dia terluka.

"Cik Puteri, saya. Saya sebenarnya..."

"Sebenarnya you tak cukup dengan hanya seorang kekasih? Begitu ke?"

"Tak. Bukan macam tu. Saya..."

"That's enough, Harry! I'm really upset. Not to you, but myself. I jatuh hati pada kekasih orang yang sudah mengikat janji mahu hidup bersama, bahkan I ada perasaan mahu menyerahkan segala-galanya untuk you. Segala-galanya, Harry. Kita dah hampir jauh melangkah. Mujur masih sekerat jalan. Then suddenly kekasih you datang and open my eyes. Baru I sedar yang I jatuh cinta pada orang yang salah. I malu sangat-sangat."

"Puteri..."

Puteri sudah menangis di hadapan aku meluahkan rasa kecewanya. Tidakku sangka ternyata dia menginginkan aku begitu sekali. Sekarang ni, apa cara aku untuk memujuk dia? Aku ni mudah jatuh kesihan. Walaupun dia buat hal dulu sampai aku kena buang kerja, tapi aku masih menyimpan simpati padanya. Dan mungkin rasa itu kini mulai bercambah menjadi rasa kasih.

"Awak betul-betul cintakan saya?" Aku hampiri dan duduk di depannya. Tepatnya, aku sedang bertinggung di lantai sementara dia duduk di sofa. Aku genggam kedua tangannya.

"Not anymore. Rasa itu I dah buang jauh-jauh," sahut Puteri sambil tersenggut-senggut.

"Tak, awak tipu. Awak masih cintakan saya, kan?"

"Buat apa I cintakan you, sedangkan you bukannya sukakan I. Selama ini you layan I pun nak tak nak. Lagipun you dah ada kekasih hati yang dah sedia hidup bersama you. Buat apa lagi I dekat sini?"

"Tak, awak salah. Saya sukakan awak, percayalah. Saya sukakan awak sejak dulu lagi. Tapi saya pendam perasaan itu kerna, macam awak cakap, saya masih ada hubungan dengan Ameena. Tapi Puteri..."

Dia tarik tangannya dari genggaman aku ketika nama Ameena aku sebut di hadapannya. Dia buang muka lalu mengesat air mata. Aku sentuh pipinya dan ku tarik perlahan-lahan. Dengan keadaan wajahnya basah seperti ini, sumpah bibir dia sungguh menggoda.

Aku tidak banyak bicara lantas aku sambar bibirnya dengan mulutku. Geram! Dia tolak aku dan mengelak dari ciumanku. Aku peluk tubuhnya segera supaya dia tidak dapat mengelak lagi. Aku bertuah sebab dia diam tidak melawan.

"Kita dah hampir jauh berjalan. Saya dah sentuh sebahgian dari tubuh awak. Sikit je lagi kita akan menyatu. Masakan awak sanggup membiarkannya tergantung begitu?" bisikku pada telinganya.

Tiada sahutan ku dengari melainkan hanya suara esakan kecil yang tersenggut-senggut manja. Aku yakin dia dah mula lentok semula.

Lalu ku longgarkan pelukan aku kerna dia tidak lagi melawan. Tangan aku mula menjalar meraba lengan dia lalu naik ke bahu. Dia diam dan malah meletakkan kepalanya di bahu aku dengan masih teresak-esak manja. Semakin jauh tangan aku meneroka sehingga aku menyentuh dadanya. Di situlah tangan aku berhenti lalu mula menggosok-gosoknya.

"Saya belum puas menjamu selera semalam. Boleh kita sambung sekarang?" Aku bisik padanya lagi.

Puteri merengek, seakan tidak mahu tetapi mahu. Senyum di bibir aku mengembang yakin. Maka aku sambung mengusap payudaranya perlahan-lahan penuh kelembutan. Puteri mulai mendesah dan kemudian membalas rangkulan pada tubuhku.

"Harry, stop! We cannot do this," rengeknya.

"Kenapa? Semalam awak berani je, kenapa hari ini takut pula?"

"I tak mahu bercinta dengan kekasih orang."

"Ala, kekasih je. Orang lain siap bercinta dengan suami orang lagi, okey je."

"I bukan mereka. I tak mahu jadi macam mereka."

"Jadi apa awak nak sekarang? Awak nak saya, kan? Saya dah ada untuk awak. Buatlah apa saja yang awak mahu pada saya sesuka hati, saya gerenti awak pasti happy."

"No, Harry... Aaahh..."

Gelora Jiwa (COMPLETED) ✅✅✅Donde viven las historias. Descúbrelo ahora