17

4.2K 33 4
                                    

"APA?" Aku terkesima. Sukar untuk aku menghadam kata-kata Ameena.

Untuk beberapa saat aku kekal tercengang, sehinggalah Ameena mengulangi kata-katanya.

"Benar, Harry. Meena mengandung," kata dia. Aku gelengkan kepala.

"Tapi, macam mana? Saya tak faham."

"Harry dah lupa peristiwa itu?"

"Peristiwa? Apa ni? Tak fahamlah!"

Sumpah aku blur. Puas aku cuba cungkil ingatan akan peristiwa yang Ameena katakan itu, tapi aku benar-benar tak ingat apa-apa.

"Kau jangan nak pura-pura ya, Harry. Kau dah rosakkan anak aku, lepas tu kau nak buat-buat muka tak tahu apa-apa pulak." Haji Salim menyampuk menengking aku. Automatik pandangan aku langsung tertuju padanya. Aku pandang orang tua ni kecik besar, kecik besar je!

"Ameena. Apa benda ni? Sumpah saya tak faham."

Aku ubah semula pandanganku pada Ameena untuk menagih menjelasan. Harap-harap dia beritahu aku agar buntu ini dapat terungkai.

"Harry dah lupa ke. Waktu itu Meena datang ke sini, dan kita..."

Pang!

"Aah..."

Selibas tamparan deras terus mendarat di wajah Ameena. Haji Salim benar-benar sudah hilang kesabarannya.

"Kau pun satu. Jadi perempuan kenapa murahan sangat. Yang kau pergi datang ke rumah orang jantan ni buat apa? Memang saja nak bagi badan ke apa?" tengkingnya. Ameena sudah teresak-esak merunduk memegang pipi.

"Tuan Haji. Kalau iya pun tak payahlah sampai nak pukul-pukul dia. Benda boleh bincang kan."

Aku memang tak boleh tengok orang berkasar dengan perempuan. Walaupun bapak dia sendiri, tapi perlu menghalang.

Aku tarik Ameena ke sisiku kerna bimbang Haji Salim akan memukulnya lagi. Kini Haji Salim memandangi kami dengan nafas berombaknya.

"Perbuatan kau orang berdua ni, dah menconteng arang di muka aku. Anak perempuan satu-satunya yang aku harapkan, aku tatang macam minyak yang penuh, akhirnya bunting sebelum menikah. Kau ni pun, Harry. Sebab aku tak restu kau nak kahwin dengan anak aku, cara licik ini yang rupanya kau gunakan. Bedebah kau orang berdua ni."

Ameena tidak berhenti menangis di sisiku saat menyaksikan amuk marah ayahnya yang melahar petang ini.

Aku jadi serba salah. Walaupun aku masih tak ingat apa yang terjadi di antara kami, tapi rasa simpati aku timbul bila melihat keadaan Ameena ini.

"Jadi sekarang Tuan Haji nak saya buat apa? Cakap, apa yang boleh buatkan Tuan Haji puas hati," aku mula berkata tegas.

Haji Salim melotot tepat ke muka aku. "Dah jadi macam gini kau masih tanya aku nak apa? Kahwini dia segera. Aku tak mahu tahu," kata putusnya, membuatku terpana sekali lagi.

"Harry..." Ameena membisik namaku. Aku menoleh padanya. "Benar kan apa yang Meena cakap. Ayah pasti izinkan kita berkahwin."

"Jadi kau sendiri yang datang serah badan dekat jantan ni supaya aku benarkan kau orang kahwin ke, Ameena?"

Haji Salim menengking Ameena kembali. Mungkin Ameena sangka ayahnya tidak dengar apa yang dia kata pada aku. Silap besar kalau dia berfikir begitu. Akibatnya, kemarahan orang tua ini meletup kembali.

"Anak tak guna!"

Ameena terus ditarik rambutnya dan diheret hingga depan pintu. Ameena lalu ditampar beberapa kali di muka. Aku hanya dengar suara rintihan Ameena merayu meminta ampun. Namun Haji Salim yang sedang dirasuk marah tidak mengindahkan rayuan anaknya itu.

Gelora Jiwa (COMPLETED) ✅✅✅Where stories live. Discover now