Aaira Hani - 1

9.6K 377 16
                                    

“ALAMAK!”

Sepantas kilat dia bangun dari katil dan terus bergegas ke kamar mandi sebaik saja tuala dicapainya. Jam yang sudah hampir angka 7 pagi itu membuatkan paginya sedikit kelam kabut.

Solat subuh dihujung waktu tetap ditunaikan dengan penuh kusyuk dan tertib. Sebaik saja dia memberi salam kanan dan kiri, nafas lega dan syukur diucapkan dalam hati. Lega kerana dia masih sempat dan tak terburu-buru. Setelah menyimpan sejadah serta telekungnya, kemeja rona biru muda dan seluar slacks dicapai lalu dikenakan. Wajah segarnya hanya disolek nipis.

Setelah berpuas hati dengan penampilan diri, dia mencapai beg tangan serta briefcase seraya berlalu dari kamar. Sambil menuruni anak tangga, tangan kanannya pula sibuk mengenakan jam tangan Chanel di pergelangan tangan kiri.

“Good morning.” ucapnya ceria seraya menarik kerusi dan berlabuh di kerusi meja makan. Briefcase diletak di kerusi sebelah.

“Lewat anak mama ni turun. Bangun lambat lagi?” tegur si ibu sambil meletak teko ke atas meja makan sebelum duduk.

Dia hanya tersengih, menayang gigi.

“Betullah tu. Dah beberapa kali kamu lewat macam ni. Jam jalan tu nanti nak ke ofis.” Si mama mula membebel.

“Apa yang nak dihairankan kalau dia selalu lambat ke ofis... dia kan bos, kan Cik Aaira Hani.” Tiba-tiba ada suara yang mencelah dari ruang tamu.

“Bos pun mestilah kena ada etika dan disiplin yang baik dan tinggi. Kalau tak, macam mana staf bawah nak hormat kita sebagai majikan kalau kita sendiri tunjuk etika yang tak baik?” ujar si mama dengan penuh nasihat.

“Sudahlah tu, Yasmin... anak-anak awak ni dah besar, dah pandai bawa diri dan berfikir. Pandai-pandailah diorang ni fikir kalau masih mahu menjadi bos dan dihormati orang lain. Sebelum tu kenalah hormati masa.” celah si bapa yang sedang melangkah ke meja makan.

“Saya bukannya apa, abang... saya risau.” luah Datin Yasmin.

“Tak payah risau. Diorang dah besar. Kalau diorang tak nak sakit sebab jatuh, diorang dah mula fikir kesannya daripada sekarang. Bukannya terus dengan sikap yang sama tu dan harus berazam kamu takkan ulangi kesilapan yang sama. Tu azam orang yang nak berjaya. Jangan ingat kamu dah belajar hingga ke menara gading, kamu dah berjaya... tak, silap tu. Kejayaan bukannya terletak pada pelajaran, tapi pada diri kamu dan juga penggunaan masa kamu. Sia-sia pelajaran kamu jika kamu sendiri tak pandai untuk menghargai masa.”

Hani terus kemam bibir. Pagi-pagi lagi dah kena ceramah. Terpaksalah dia menadah telinga sambil terkebil-kebil sendiri.

“Dan, kamu Zaim... papa bukan tujukan kata-kata tu pada adik kamu sorang aje, tapi juga pada kamu. Lupa ke siapa kamu tu? Jangan nak ketawakan adik kamu sangat kalau kamu sendiri pun masih tak pandai urus dan hargai masa. Papa serahkan Nik Holding dibawah bimbingan kamu bukan untuk kamu berlagak, sombong atau bangga diri tapi untuk kamu belajar untuk menjadi seorang manusia yang menghargai masa dan kudrat manusia. Papa tak suruh kamu goyang kaki tunggu duit masuk dan hanya arahkan staf buat kerja... kamu juga harus berkerja keras.”

Buk! Sebiji Zaim terkena. Serta-merta bibirnya yang tersenyum pada Hani mati. Kini Hani pula yang senyum mengejek kepadanya.

“Aaira, kalau dia jatuh... staf dia sikit dan dia pun akan rugi sikit aje. Tapi, kamu tu... amanah yang papa serahkan tu sangat besar dan kamu sedang memberi makan ratusan anak-anak staf di luar sana. Jika Nik Holding jatuh, mereka juga akan turut jatuh dan jadi pengganggur.” Sambung Dato' Nik Mursyid.

“Terima kasih, pa... atas nasihat papa. Aaira masih bertatih dalam bidang ni dan Aaira juga masih perlukan teguran dari papa dalam dunia ni. Kalau boleh Aaira nak berjaya hanya dengan sekali cubaan.” ucap Hani. Akan diambil kata-kata itu sebagai semangatnya.

My Queen Aaira Hani (✓)Where stories live. Discover now