Aaira Hani - 45

6.3K 302 50
                                    

DALAM diam Zafran memerhati Hani yang kelihatan begitu berselera menikmati sate ayam serta nasi impit yang dipesannya sehingga dia duduk di hadapan mata wanita muda itu pun tidak dipelawa makan sekali. Tubuhnya yang tegak sejak tadi terus disandar santai sambil mencapai teh ais yang dipesannya lalu disedut perlahan. Gelas itu kembali diletak ke atas meja. 

Suasana malam di gerai pinggir jalan besar itu dipandang penuh minat. Dia tak hairan melihat anak muda suka melepak di sini. Segalanya lengkap. Ada gerai yang menjual air, makanan western, burger, masakan kampung mahupun makanan segera.

Dan, tak hairan juga Hani mengidam mahu makan di sini. Selama ini dia tak pernah tahu kewujudan tempat yang begitu santai begini. Penuh dengan kemeriahan malam minggu. Barulah dia terasa esok hari hujung minggu dan dia juga cuti. Lepas ni akan dia ajak Mustaqim melepak di sini sambil menonton bola!

“Awak tak nak makan ke, Zafran?” Baru Hani menegur apabila sudah separuh dimakannya seorang diri.

Zafran kembali memandang Hani. Lalu, pinggan nasi impit turut dipandang.

“Dah habis separuh baru kau pelawa aku makan sama. Eloklah tu.” kata Zafran senada.

Hani gigit bibir. Rasa bersalah pula kerana langsung tak pelawa Zafran bersama. Kenyang dia seorang saja. Sudahlah dia yang mengajak dan merayu Zafran bawanya ke sini. Sudahnya dia tak pelawa sekali. Aduh!

“Makanlah kau sorang.” ujar Zafran kemudiannya. Teh aisnya disedut lagi sambil matanya terus memandang Hani.

Hani geleng kepala. Nasi impit yang masih bersisa dalam bungkusan itu dibuka lalu dimasukkan ke dalam piring bersama kuah kacang. Dan, dikacau sebelum menolaknya kepada Zafran.

“Nah, untuk awak.” ujar Hani.

“Tak payah. Kau je habiskan.” Zafran kembali menolak ke arah Hani semula.

Sorry la, kalau awak terasa. Saya tak terfikir benda lain langsung selain nak makan nasi impit ni. Sampai awak pun saya lupa.” akui Hani. Dia benar-benar terlupa Zafran berada bersamanya tika tadi.

Zafran merenung Hani seketika sebelum dia menarik kembali piring itu. Seketul nasi impit yang dah dihiris itu disuap ke mulut. Lapar juga perutnya.

“Meh aku suap kau.” ujar Zafran lalu menyua garpu yang dicucuk nasi impit itu kepada Hani.

“Hah?” Hani tersentak.

“Makanlah. Aku tahu kau suka nasi impit. Sebab tu aku tak kacau kau. Nah, makanlah... aku suap kau.” ujar Zafran ikhlas.

Sedikit tersentuh hati Hani kerana terasa dirinya difahami Zafran. Pantas suapan itu diterima dan kunyah-kunyah dengan senyuman. Sedapnya bila suami sendiri suap. Mengada!

Zafran tersenyum kecil melihat wajah Hani yang kembali ceria semula. Tidak lagi muram seperti dia menegur sebentar tadi.

“Nak makan apa lagi?” tanya Zafran sambil menyuap nasi impit ke mulutnya semula. Lalu, Hani kembali. Dan bergilir-gilir.

“Boleh ke?” tanya Hani sudah teruja. Pucuk dipinta ulam mendatang.

“Minta ajelah. Aku teman kau.”

“Okey, kalau macam tu... saya nak burger ayam special tapi, saya tak nak sayur. Nak mayonis lebih.” pinta Hani.

“Tunggu sini, aku pergi order.” Zafran bingkas bangun dan menuju ke kios yang menjual burger pula. Sebiji burger yang dipinta Hani terus dipesan.

Hani pula yang memerhati ke arah Zafran yang sedang memesan makanan di kios burger. Dari jauh dia lihat penampilan Zafran. Cukup santai mengenakan kain pelekat dengan t-shirt hitam. Dia tak sangka Zafran sesantai itu.

My Queen Aaira Hani (✓)Where stories live. Discover now