Bab 22

30 4 5
                                    

Iɴɢᴀᴛᴀɴ Yᴀɴɢ Tɪᴅᴀᴋ Rᴇʟᴀ Dɪʙᴜᴀɴɢ

Di sebuah penjara nun jauh di ruang bawah tanah istana, terlihat seorang gadis terjaga dari tidurnya saat seorang pengawal penjara datang melemparkan makanan ke arahnya. Hanya sebuku roti tanpa inti dan tiada air diberikan. Gadis malang yang digari kedua belah kaki dan tangannya itu terkebil-kebil seketika.

Entah sudah berapa lama dia tertidur di dalam sel tahanan itu yang berbau busuk lagikan kotor. Ulat dari bangkai banduan di kurungan hadapannya yang tidak punya rupa itu langsung menusuk ke rongga hidungnya. Mahu sahaja dia muntah namun ditahannya sahaja. Dia tidak berselera sama sekali melihat roti tanpa inti itu sudah mengenai kotoran yang menjijikkan di sebelahnya. Dia sanggup berlapar dan haus daripada makan makanan yang sudah dicemari.

"Tuanku?"

Dia perlahan-lahan memalingkan wajahnya ke arah susuk tubuh seorang lelaki tua di kurungan sebelah kanannya. Lelaki tua itu kelihatan kurus dan tidak bermaya. Wajahnya juga kelihatan cengkung dan bibirnya merekah dan kering.

"Tuanku, bolehkah berikan roti itu kepada saya? Maafkan saya yang tidak sopan ini tapi saya terlalu lapar. Sudah lama saya tidak diberi makan. Kasihanilah saya, tuanku." lelaki tua itu merayu ke arahnya dengan panggilan yang hormat. Siapakah dia yang digelar 'tuanku'?

Si gadis yang dipanggil 'tuanku' oleh si lelaki tua itu mula berasa kasihan. Tetapi dia tidak sampai hati memberikan lelaki tua itu makanan yang sudah tercemar lebih-lebih lagi roti itu sudah terkena bangkai tikus yang sudah membusuk.

"Tapi roti itu sudah kotor wahai manusia." ujarnya perlahan.

"Berikan sahaja roti itu tuanku. Bahagian bawah roti sahaja yang kelihatan kotor. Bahagian atas roti masih bersih. Saya hanya makan di bahagian atasnya sahaja. Sekurang-kurangnya saya dapat menjamah makanan walaupun sedikit dan sudah tercemar." rayu lelaki tua itu.

Dia teringin hendak makan. Tidak sedikit pun dia rasa jijik melihat roti itu yang sudah terkena bangkai tikus. Yang dia fikir pada saat itu adalah makan. Dia terlalu lapar dan haus.

"Tidakkah kamu berasa jijik makan makanan yang sudah tercemar? Jikalau kamu sakit perut bagaimana? Janganlah menambahkan lagi kesengsaraan kamu itu. Kamu sudah cukup terseksa begini. Jika ada pengawal yang lalu di kawasan kita, beta akan usahakan meminta makanan lagi. Mereka pasti akan mendengarkan beta." kata gadis itu dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak mahu lelaki tua itu makan makanan yang sudah tercemar.

"Mungkin tuanku berasa jijik melihat makanan itu tapi bagi saya tidak. Biarlah roti itu sudah tercemar asalkan perut ini terisi. Sakit perut itu sudah sebati dengan kehidupan saya yang malang ini. Sudah lama saya tidak menjamah makanan. Saya juga rasa haus. Kasihanilah saya yang sudah tua ini, tuanku. Berikanlah saya roti itu." rayu lelaki tua itu lagi.

Gadis itu mula rasa bersalah. Dia yang sesungguhnya mengasihani lelaki tua itu terpaksa mengalah jua. Dia tidak sampai hati hendak membiarkan lelaki tua itu terus berlapar. Dengan rasa berat hati, dia mengengsot sedikit mendekati roti itu lalu mengambilnya. Sesudah itu, dia mencari secarik kain yang dirasakannya memang ada di sel tahanannya itu.

Apabila dia terlihat secarik kain merah yang sudah pudar warnanya di sudut belakang sel tahanan itu, dia pun merangkak ke arah sudut belakang dan mengambilnya. Dia pun segera membersihkan kotoran pada roti itu dengan perasaan yang sedih. Dia sedih mengenangkan nasib lelaki tua itu melebihi dirinya yang sudah lama terkurung di tempat itu.

Lelaki tua itu pula hanya perhatikan dia yang sedang membersihkan roti itu dari kotoran. Setelah dia selesai, dia pun merangkak ke arah lelaki tua itu seraya menahan sakit di pergelangan kaki dan tangannya yang digari besi yang sudah berkarat. Bunyi besi berlaga dengan simen yang sejuk itu kedengaran di ruangan yang samar dengan cahaya obor.

Pahlawan TerpilihWhere stories live. Discover now