Bab 39

38 1 0
                                    

Mɪsɪ Pᴇɴᴄᴀʀɪᴀɴ Bᴀᴛᴜ Rᴜɴᴇ III :
Rᴇɴᴄᴀɴᴀ Pᴇʟᴀʀɪᴀɴ

"Bebaskan anak - anak saya dulu baru saya bagi tahu di mana suami saya letak harta yang awak cari."

"Heh kau ingat aku perca-!"

"Saya baru teringat sesuatu. Bebaskan anak - anak saya dulu baru saya buka mulut. Jangan apa - apakan mereka. Anak - anak saya tidak tahu tentang harta itu kalau awak bunuh saya. Awak akan rugi kalau bunuh saya."

Teri terdiam sejenak memikirkan kata - kata Elmina. Setelah berdiam diri, dia pun berkata.

"Baiklah. Kalau kau bohong, kau mati. Anak - anak kau juga mati. Faham?"

Elmina mengangguk lalu menjawab,

"Faham. Sebelum kamu bebaskan mereka, biarkan saya berbicara dengan mereka terlebih dahulu." kata Elmina meminta satu permohonan.

Permohonan yang mungkin menjadi terakhir kali buat dirinya. Elmina menyedari bahawa permintaannya mahu berbicara dengan anak - anaknya boleh saja membawa risiko yang besar bagi mereka semua. Namun, pada masa yang sama juga Elmina berfikir mungkin saja ini adalah kesempatan yang baik untuk merencanakan strategi pelarian salah satu anaknya.

Elmina duduk dengan tegang di tepi tempat tidurnya. Di dalam bilik itu dia dikawal oleh tiga orang anggota Lucretia yang masing - masing dengan hal mereka. Di dalam ketegangan itu, Elmina mengambil waktunya yang sangat terbatas untuk berfikir sementara menunggu anak - anaknya dibawa ke bilik tidur. Dalam keheningan yang begitu mendebarkan, fikiran Elmina berputar dengan cepat. Dia sedang berfikir dan mencari celah untuk anaknya agar dengan mudah dapat meloloskan diri.

Teri pula, setelah dia memberi peluang Elmina bertemu dengan anak - anaknya dan memberi waktu singkat, dia langsung keluar melihat dan memantau anggota Lucretia yang lain. Dia tidak mahu ada yang bermalas - malasan saat dia sedang sibuk menguruskan perkara yang lebih penting. Apabila anak - anak Elmina sudah dibawa ke tingkat atas iaitu bilik tidur orang tua mereka, anak - anaknya langsung berlari mendapatkan Elmina dan memeluknya dengan erat. Terlalu takut sampai menangis teresak - esak.

Dua daripada tiga orang adik - beradik itu menangis dalam ketakutan dan satu daripada mereka pula terlihat bingung dengan kejadian yang berlaku di rumah mereka. Elmina terus menenangkan anak - anaknya yang ketakutan.

"Mama di sini..sst." kata Elmina dengan lembut sambil membelai rambut kedua orang anaknya itu.

"Mama saya takut." anak tengah Elmina berkata penuh dengan rasa takut dan tubuhnya juga menggigil.

"Jangan takut, mama ada di sini lindungi kamu semua." pujuk Elmina cuba menenangkan anak tengahnya itu.

Anak bongsu Elmina pula hanya menangis teresak - esak. Hanya air mata sajalah yang menjadi jawapan kepada Elmina betapa anak bongsunya itu sangat takut. Dia dengan lembut mengucup kepala anak bongsunya sambil berkata,

"Mama di sini sayang, sst..." ujarnya dengan lembut dan mengeratkan lagi pelukannya.

"Mama kenapa orang- orang Lucretia datang? Apa salah kita?" anak sulung Elmina terlihat bingung.

Dari luar anak sulungnya itu terlihat  tenang daripada adik - adiknya tapi Elmina tahu di dalam diri anaknya itu ada ketakutan yang tersembunyi. Tidak mungkin ada kanak - kanak yang tidak berasa takut apabila kejadian buruk menimpa keluarga mereka. Hanya saja anak sulungnya ini pandai mengawal emosi takutnya sebab itulah dia terlihat tenang di pengamatan Elmina.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 03 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pahlawan TerpilihWhere stories live. Discover now