Bab 30

111 1 0
                                    

Sᴇʙᴜᴀʜ Pᴇɴɢᴏʀʙᴀɴᴀɴ
[ Bᴀʜᴀɢɪᴀɴ 1 ]

Orang kampung berpusu-pusu berkumpul di rumah Laird apabila terdengar suara burung penyampai pesan daripada ketua kampung. Burung itu bercicip panjang dan menandakan ada berita buruk yang ingin ketua kampung sampaikan. Laird yang berada di anjung rumahnya menantikan kedatangan orang-orang kampung yang kelihatan semakin memenuhi pekarangan rumahnya.

Sesekali dia melihat ke arah Fionuala yang kelihatan susah hati itu. Sebelum kedatangan orang kampung, kerap kali juga gadis itu mundar-mandir kerana terlalu risau. Gadis itu kejap duduk dan kejap berdiri. Keluhan berat dilepaskan dan dia berasa simpati.

Setelah mendapat berita kematian sang ratu naga air, Galene, ibu Fionuala itu betapa terkejutnya dia bahawa yang membunuh ibunya itu adalah Draco Erebus. Kemunculan gadis itu di rumahnya yang bagaikan baru mendapat musibah membuatkan dirinya yang tua mula merasakan hal yang kurang menyenangkan perasaannya.

Kemunculan musuh ketat sang ratu membuatkan Laird sendiri risau. Bukannya dia tidak tahu kisah Draco Erebus. Susuk inilah yang yang membuatkan puak-puak naga di Dragonia ribuan tahun dahulu musnah hingga menyisakan tiga puak naga yang terkuat. Sekarang, sang ratu naga air sudah mati dan yang tinggal hanyalah keturunannya sahaja iaitu, Fionuala.

"Tok, semua orang sudah berkumpul."

Sira, salah seorang anak buahnya itu mematikan lamunan Laird apabila penduduk kampung sudah semuanya berkumpul. Suasana di pekarangan rumah Laird riuh dengan suara orang-orang kampung yang masih hangat berbicara tentang tujuan mereka dipanggil ke situ. Laird menarik nafas dengan dalam lalu menghembusnya perlahan.

Dia perlahan-lahan bangkit dari tempat duduknya lalu maju ke anjung rumah. Semua orang yang tadinya bising kini mulai diam apabila terlihat ketua kampung berdiri di anjung rumahnya. Semua orang fokus terhadapnya dan telinga sudah sedia untuk mendengar.

"Selamat petang semua. Maaf, kalau saya memanggil kalian ke sini saat kalian sedang beristirahat di rumah terutama bagi mereka yang bekerja mencari nafkah. Saya panggil kalian ke sini kerana saya mahu menyampaikan kepada kalian sebuah berita yang mendukacitakan." Laird berhenti seketika dan tunduk memandang tanah.

Orang kampung pula mula berbisik-bisik melihat tingkah laku ketua kampung mereka. Persoalan demi persoalan menyerbu di dalam benak fikiran mereka masing-masing. Tidak lama kemudian, Laird pun menyampaikan berita duka itu kepada mereka.

"Dukacita dimaklumkan bahawa sang ratu naga air, Galene sudah meninggalkan kita semua. Dia terkorban saat bertarung dengan musuh lamanya iaitu Draco Erebus sewaktu beliau menjalankan misi pencarian Dewi Air di Tanah Gersang Ethe. Fionuala berhasil selamat tapi berita buruknya, Draco Erebus sudah berhasil melengkapkan Unia Tripalia saat Galene menyampaikan telepati terakhirnya kepada Fionuala. Ini bermakna, dunia berada di ambang bahaya. Kita semua tahu bahawa Unia Tripalia merupakan senjata kuno yang terlarang dan paling berbahaya sewaktu para naga di Dragonia masih hidup ribuan tahun dahulu." usai sahaja Laird memaklumkan kepada mereka tentang kematian Galene, reaksi orang kampung mempamerkan rasa terkejut.

"Bagaimana semua ini boleh terjadi?"

"Bukankah Galene sudah mengunci kekuatan naganya?"

"Macam mana ini? Jika musuh sang ratu berada di Tanah Gersang Ethe, tidakkah nyawa Fionuala juga turut terancam? Jika dia berhasil menemukan anak sang ratu, bagaimana?"

"Tok, apa yang harus kita lakukan? Pelindung suku kita sudah tidak ada. Fionuala juga berada dalam bahaya. Kita bukanlah tandingan Draco Erebus."

"Kita juga turut diancam bahaya tok. Kita harus pergi dari kampung ni dan cari tempat yang lebih selamat. Tempat ini sudah tidak aman lagi. Draco Erebus bila-bila masa sahaja boleh sampai di kampung ini. Kita tidak punya masa! Arahkan penduduk kampung untuk segera beredar dari kampung ni sekarang juga tok."

Pahlawan TerpilihWhere stories live. Discover now