PROLOG

1K 82 2
                                    

Kenangan yang paling terindah ketika kita masih kanak-kanak yang tidak kenal dunia yang kejam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kenangan yang paling terindah ketika kita masih kanak-kanak yang tidak kenal dunia yang kejam...

PADA suatu petang hari...

"Umi!"

Seorang wanita tersenyum memandang seorang kanak-kanak lelaki yang berlari ke arahnya sambil memegang satu kon aiskrim yang sudah hampir cair.

"Ya, Riz?"

"Umi, Riz tak nak makan eskrem, Riz nak main gelongsor." Kanak-kanak yang digelar Riz itu terus menyerahkan kon aiskrimnya kepada uminya.

"Okey, hati-hati main. Umi duduk di bangku sana."

"Baik, umi." Kanak-kanak lelaki yang berumur 6 tahun itu terus berlari ke arah sekumpulan rakan sebayanya kemudian bermain bersama-sama di taman permainan.

Riz memanjat anak tangga lalu mencari gelongsor yang agak tinggi. Setelah jumpa satu gelongsor yang jarang kanak-kanak lain bermain kerana ketinggian dan kegelapan terowong gelongsor tersebut, maka Riz ambil alih gelongsor itu.

"Satu... dua... tiga..." Mulut mula mengira sebelum menggelongsor turun ke bawah.

Dush!

"Auch!" Seorang kanak-kanak perempuan mengaduh kesakitan sebelum satu tangisan bergema kuat tanpa henti. Mereka berdua terus tergelongsor hingga ke bawah.

"Bondaaaaa!" Kanak-kanak perempuan itu berdiri kaku dengan tangisan terdesak-esak di hadapan gelongsor sambil memanggil bondanya. Riz yang berada di sisinya kelihatan beku dan langsung tidak rasa bersalah.

Seorang wanita yang bertudung ayu dengan penuh elegan cemas menghampiri kanak-kanak perempuan tersebut. Mungkin itulah bonda yang diseru oleh kanak-kanak perempuan tadi.

"Kenapa ni, Fhia?" Wanita itu memeluk anak perempuannya sambil menggosok belakang tubuh kanak-kanak perempuan itu. Memujuk agar berhenti dari dua meraung.

"Isk... isk... ddi... dia... ten... dang kepala Fhia... isk isk..." adu kanak-kanak perempuan tersebut sambil jari telunjuk kirinya menunjuk ke arah Riz yang masih tayang muka tidak bersalah tanpa secalit senyuman.

"Riz!"

"Umi."

"Kenapa ni? Apa jadi? Riz buli orang ke?"

"Mana ada. Riz main gelongsor. Mana Riz tahu ada budak ni tersangkut dalam gelongsor," ujar Riz selamba sambil mengerling ke arah kanak-kanak perempuan itu yang agak hmm... chubby?

"Maafkan saya, Puan. Anak saya ni memang nakal sikit. Saya minta maaf sangat bagi pihak dia." Umi Riz menunduk memohon maaf.

"Eh, tak mengapa. Saya faham. Biasa la budak-budak."

"Terima kasih, Puan. Riz, pergi minta maaf kat anak aunty tu."

"Tapi Riz tak salah."

"Riz, lupa apa pesanan umi? Salah kita atau tidak, kita kena minta maaf. Faham? Dan kali ni memang salah Riz, kannnn?" Terjungkit kening Umi Riz.

Seketika Riz mengeluh lemah. Mata Riz memandang kanak-kanak perempuan itu yang sudah berhenti menangis tetapi masih tersedu sedan. Lalu, wajah bonda kanak-kanak perempuan itu direnung lama. Cantik pula mak cik ni cuma anak dia agak chubby!

"Riz..."

"Riz minta maaf." Riz menundukkan kepalanya sebanyak 40 darjah tanda mohon maaf sebelum berlari ke arah uminya semula.

"Fhia maafkan Riz tak?"

Fhia hanya mengganggukkan kepalanya saja sebagai jawapan. Fhia mendekati Riz yang lebih tinggi darinya itu.

"Ka... wan?" Fhia menghulurkan tangannya dengan senyuman mesra. Perlahan-lahan dua lesung pipi lekuk di kedua-dua belah pipi Fhia.

Riz kerling huluran Fhia sekejap.

"Hmm... kawan." Riz sambut huluran Fhia lalu dilepaskan segera.

"Hah, bagus. Okey la, Puan. Driver saya dah sampai. Kami pulang dahulu, ya?" Bonda Fhia bersalam dengan Umi Riz lalu memimpin tangan Fhia dan membawa pergi dari taman permainan itu.

Fhia menoleh ke arah belakang memandang kanak-kanak lelaki yang menendang kepalanya dalam gelongsor pada beberapa minit yang lepas.

"Bye, abang Riz." Tangan dinaikkan lalu dilambaikan ke arah Riz yang masih kaku berdiri memandang dirinya yang sudah jauh dari pandangan.

To be continued

Just One Night | TERBITWhere stories live. Discover now