BAB 2

308 27 0
                                    

MIA sudah hilang dari pandangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MIA sudah hilang dari pandangan. Alfhia masih setia di tempat duduknya. Peluh merenik di dahi. Tangan mula mengusap perut yang tiba-tiba rasa sebu.

"Aduh, sakit perut pula." Bibir bawahnya digigit menahan kesakitan yang dialami.

Alfhia membuang pandang ke arah rumah Ella yang riuh rendah. Elok dia berlari ke tandas sekarang. Baru saja dia mahu angkat kaki, namanya diseru Ella.

"Fhia, sini jap."

Alfhia memandang ke arah Ella yang bersama seorang lelaki yang dia tidak dikenali.

"Ella... nanti, eh?" Selepas itu, Alfhia melangkah dengan laju masuk ke dalam rumah. Tandas mula menjadi destinasi pertama. Sampai saja di hadapan pintu tandas, tombol pintu cuba dipulas namun dikunci.

"Ah, masa ni la ada orang. Lama lagi ke?"

Tangan menekan perut apabila rasa sakit semakin menyengat. Hampir terjerit namun sempat dia tahan dengan kemam bibir sekuat mungkin.

Apabila pintu tandas dibuka dari dalam, terus saja Alfhia terjah masuk apabila seorang perempuan keluar dari situ. Alfhia cuba tenangkan diri sebelum membuang.




DIA hampir hilang keseimbangan badan. Pergerakannya cuba dikawal tanpa menarik perhatian sesiapa. Pintu keluar dituju dengan langkah perlahan.

Rasa sakit perut seperti dipulas dengan kuat membuatkan tubuhnya semakin lemah. Keluar saja dari tandas tadi, dia tahu bahawa sakitnya datang kembali. Tak sempat bertemu dengan Ella dan yang lain namun dia harus pulang ke rumah dengan segera.

Wajahnya sudah dibasahi dengan peluh. Memandangkan tetamu pada malam ini ramai, dia parkir kereta agak jauh. Suasana di luar sangat sunyi berbanding keriuhan di rumah Ella.

"Sakitnyaaa!" raung Alfhia.

Apabila sudah tiba di keretanya, tangan menyeluk dalam beg tangan untuk mencari kunci kereta. Apabila sudah genggam dia keluarkan dari beg. Entah bagaimana, tiba-tiba tubuhnya hilang keseimbangan lalu jatuh terduduk di tepi kereta.

Sakit di perutnya seperti dicucuk-cucuk dengan pisau. Rasa sakit ini sama seperti yang dia pernah alami. "Argh, kenapa malam ni juga nak sakit?"

Sudah la dia tak bawa ubat. Minyak angin pun tidak ada.

Air mata mula menitis gara-gara sakit teramat dan membataskan pergerakannya untuk bangun. Alfhia tahu, dia tak boleh memandu dalam keadaanya seperti ini.

Tiba-tiba cahaya dari arah depan membuatkan pandangannya silau sehingga terpejam mata. Tak lama kemudian, muncul satu figura menghalang silauan cahaya dari lampu kereta di hadapannya.

"Awak okey?" Suara garau namun terselit prihatin menarik perhatian Alfhia.

Seorang lelaki duduk mencangkung di hadapannya. "Cik?"

"To... tolong... sssaakitt..."

"Cik sakit kat mana?" Lelaki itu cuba memeriksa keadaan Alfhia namun tidak seperti ditimpa kemalangan kerana tiada sebarang kecederaan pada tubuh Alfhia.

"Sa... sayaaa..." Penglihatan Alfhia semakin kabur. Sekerlip mata tubuhnya jatuh longlai dalam pelukan lelaki itu.

"Cik?! Allah."




TUBUH seorang gadis yang dia jumpa di tepi jalan digendong sambil berlari masuk ke dalam wad kecemasan di sebuah hospital. Mulutnya meminta tolong daripada doktor dan jururawat yang bertugas di wad kecemasan.

Tubuh gadis itu diletakkan atas sebuah katil kemudian seorang doktor dan dua orang jururawat memeriksa keadaan gadis itu.

Aariz duduk di tempat menunggu dengan keluhan panjang. Hal malam ini terpaksa dibatalkan gara-gara membawa seorang gadis yang tidak dikenali ke sebuah hospital.

Niatnya malam ini dia ingin ke rumah sepupunya kerana dijemput ke sebuah parti namun terjumpa seorang gadis dalam kesakitan di tepi jalan. Entah la, bagi Aariz hatinya seperti menyeru dia agar memberhentikan kereta untuk hulurkan bantuan kepada gadis itu.

"Encik."

Aariz mendongak. Seorang jururawat memanggilnya. Dia terus berdiri dan mendekati jururawat tersebut.

"Macam mana keadaan dia?"

"Sebelum tu, boleh saya tahu apa hubungan encik dengan pesakit?"

Hubungan? Mereka langsung tidak kenal satu sama lain.

"Errr... saya cuma terjumpa dia di tepi jalan. Kitaorang tak kenal."

Jururawat itu menggangguk faham. "Oh, baiklah kalau begitu. Nampaknya pihak hospital harus mencari dan hubungi keluarga pesakit."

"Kejap, nurse. Boleh saya tahu keadaan dia sekarang?"

"Maaf ya, doktor masih belum siap periksa keadaan pesakit lagi."

Anggukan daripada Aariz menujukkan dia mengerti akan kata-kata jururawat yang bertugas tersebut.

Apa-apa pun, dia mahu tunggu gadis itu sedar. Risau kerana ahli keluarga gadis itu belum tahu keberadaan anaknya sekarang.

Tapi, semasa dia jumpa gadis itu, penampilan gadis itu seperti pergi ke sebuah majlis. Aariz mengeluh lemah.

Telefon bergetar dalam poket dikeluarkan.

"Helo."

"Riz, kau kat mana?"

"Aku kat hospital."

"Hah?! Hospital? Kau sakit ke?"

"Bukan la. Aku tolong hantar orang jap. Kenapa?" balas Aariz.

Zafir di hujung talian mula rasa pelik. "Siapa?"

"Entah. Ada apa call aku?"

"Ni adik aku tanya bila kau nak sampai? Mama aku pun ada juga tanya pasal kau." tanya Zafir.

Aariz menggumam.

"Aku tak datang malam ni. Sampaikan salam aku kat keluarga kau."

"Pula? Ni kau kat hospital dengan siapa? Siapa sakit?"

"Banyak tanya la kau ni. Aku letak dulu."

"Oi, Riz!"

Tutttt!



To be continued

Just One Night | TERBITWhere stories live. Discover now