4

64 3 0
                                    

-20/21 July 2022

Habis sahaja kelas pendidikan jasmani, Mereka tak nak naik kelas sebaliknya duduk dekat tangga padang sekolah. Sebelah makmal sains. Betul-betul belakang makmal sains dan juga jenguk je melalui tingkap kelas kita orang, dah nampak padang hijau!

Lagipun hari ni ada perlawanan bola sepak. Kawan lelaki dari kelas Mawar ada main sekali. Hehe dapat tengok free ni kau ada?
Sekolah kita orang lawan dengan sekolah siapa, aku tak nak ambil tahu. Yang pasti tak belajar hehe.

Jangan ditiru perangai si Mawar ini ya kalau tak nak tangguh kebodohan sendiri nanti.

Mawar dan Fira mengambil tempat di tangga padang, sebelah kiri. Dia duduk belah kiri aku lah. Zhafira berganjak ke kiri sedikit mengikut arahan Mawar. Padahal ada banyak lagi rumah dekat tangga tu, nak je duduk berhimpit. Bak kata cikgu penasihat, nanti kubur asing-asing juga.

"Haa kiri lagi kiri lagi ha brek, brek!"

"Kau ingat aku ni kereta ke nak main brek, brek?" Mawar tersengih tak bersalah.
Tergeleng-geleng kepala Zhafira menyaksikan telatah kawan baiknya. Macam mana lah aku boleh jadi kawan kau?

Zhafira memerhati kaki kecil Mawar menyepak daun pokok pisang, di sebelah tangga ini. Ada dendam ke apa budak ni?

"Siapa lah buang merata-rata daun besar yang dah kering ni. Kerja kau lah ni, pokok pisang!" Tuduh Mawar, tba-tiba daun besar jatuh di hadapan kaki Mawar. Terjerit besar Mawar dibuatnya. Pokok pisang itu seolah-olah tengah mengatakan "Eh. Kau diam budak, aku balut kau jadi pengat pisang, baru tahu."

"Ha nah, makan daun ni...meow meow!" Ditadahnya tangan Mawar yang penuh dengan daun kering.

"Hmm... dia meow kan si kambing pula."

Kemudian, perlawanan bola sepak pun bermula. Mawar merehatkan kepala dia di atas lutut sambil bersorak bersama-sama dengan kawan-kawan sekelas dia, jadi penonton setia.

"Weh, aku ingatkan dia orang pakai skirt!" Terlepas tawa Zhafira mendengar komen Mawar.

"BHAHAHAHA kau dah kenapa, Mawar!" Mawar kembali tersengih penuh malu. Nasib pelajar lelaki itu tidak memandang ke arah Mawar melainkan hanya meneruskan perjalanan menuju ke padang besarn

"Rupanya pakai seluar pendek. Sebaik dia orang pakai stokin panjang...hehe sorry semua sebab salah faham!" Kesal Mawar bersuara. Aduh, aku tak patut cakap macam tu. Kang dia orang kecil hati pula. Tak apa, nanti aku tolong besar kan hati dia orang.

Apabila cahaya matahari makin kelihatan dan terasa haba panas nya, kita orang bertukar posisi duduk. Zhafira nak duduk dekat tangga belah kanan dan Mawar? Duduk kat tengah-tengah tangga. Bertuah punya budak.

"Weh, aku rasa aku dah jatuh cinta dekat senior tu lah..." Mawar berbisik perlahan. Menunduk malu. Dua belah kaki dah bergoyang-goyang.

"Uish, serius lah kau ni? Tu lah kau, mulut cakap tak suka...hati kata suka dia."

Mawar menggaru telapak tangan dia.
Zhafira tiba-tiba tersenyum makna. Aku dah naik pelik. "Apa eh nama senior tu...haa Amsyar!" Mawar mengangkat tangan memberi amaran.

"Hoi, tak payah lah cakap kuat-kuat." Suara amarah ditahan.

"Lah betul lah kan kau suka dekat, Amsyar!"
Aip-Aip, jangan marahkan dia. Biasalah bergurau antara aku dengan orang yang tak pernah jatuh cinta dengan manusia sebenar. Nak nampak dia ada crush susah sungguh!

Bestfriend forever! Mawar ini macam nak bagi satu padang ni dengar je. Mawar suruh lah dia perlahan kan suara tu. Geram weh dapat kawan macam ni. Tapi... kawan macam ni lah kita paling takut kehilangan mereka.

Dalam beberapa saat, muka Zhafira seperti cuak semacam. Dia asyik pandang kat belakang Mawar. Asal dia ni? Tadi melebih sangat dalam percakapan lepas itu sekarang pucat semacam. Fuh, sabar...sabar.

"Kau pandang apa dari tadi..." Mawar tercengang tatkala dia menoleh ke arah tempat Zhafira pandang. Seakan-akan masa terhenti. Mulut hampir ternganga. Dua kepala tersebut laju memusing, memandang ke hadapan semula.

Hampir menjerit, nasib Mawar sempat mengawal bibir dia. Bibir dikemam kemas.
Mata Mawar tidak sengaja tertembung dengan mata milik lelaki yang dia sukai. Mana Mawar tak terkejut nya. Sudah lah senior itu tiba-tiba terduduk sopan di belakang kita orang berdua. Tak tahu lah dia dah berapa lama duduk dekat situ. Dalam selang tiga anak tangga rasa nya dari anak tangga aku duduk.

Terbulat mata dia! HAHAHAHA comel.
Mawar cepat-cepat pandang depan balik dan pakai topeng mulut balik. Aku sedar muka  hampir memerah lepas tu, aku pandang belakang sekejap.

Oh, dia dah nak beredar tapi sebelum tu dia sempat kata sesuatu. Mawar cekap menangkap.

"Tak sia-sia aku cakap kat cikgu yang aku pergi tandas." kata Amsyar kepada kawan tidak sebaya dia yang turut berada di situ untuk menonton perlawan bola sepak.

Mawar tergelak kecil. Ponteng kelas lah tu. Habis sahaja perlawanan sengit tadi. Terus
Zhafira nak meminta maaf kepada Mawar atas perbuatan dia tadi. Serius dia tak sengaja. Tak sangka pula senior tu betul-betul datang apabila dia seru. Mawar maafkan kesalahan dia. Alaa...it's okay lah. Semua manusia pernah buat kesalahan, kalau tak pernah...itu  bukan manusia namanya dan kita bukannya malaikat.












"Fariha! Bangun solat subuh!"
Mawar bangkit dari katil. Muka dia jadi masam mencuka sahaja. Aku melihat tirai yang dikibar oleh bayu angin. Hmm... gelap lagi dekat luar homestay. Sekarang kami sekeluarga berada di...Negeri Terengganu.

"Nanti lepas solat, aku nak pergi pantai lah. Aku paling suka tengok sunrise!" Putus Mawar kepada diri sendiri seraya itu dia berjalan laju memasuki tandas untuk mengambil wuduk lalu menunaikan solat, kewajiban semua umat Islam. Jangan malas nak solat lima waktu, kalau tak nak kena campak dalam api neraka!

Mawar melabuhkan punggung dibaluti kain labuh berwarna offwhite. Pasir yang melekat pada tangan aku di sapu.

"Dulu...aku minat ex crush aku tu tak pernah pun berjumpa dekat luar sekolah...kalau senior kaki terseliuh tu? mustahil gila nak jumpa. Yelah kawasan ni kan luas gila. Awak kat mana ha Amsyar!!" Jerit aku lepaskan geram dekat pantai pulau redang ni.

"Aku ada je kat sini"

Automatik aku pandang belakang.

Tiada sesiapa...

Aku tersenyum sendiri.

Aku...rindu sangat kot kat dia sampai kan terdengar suara dia?

Haha. Gila!

-TBC-


Sorry hambar ><

࿐0507ᥫᩣ✔️[Editing]Where stories live. Discover now