5

56 3 0
                                    

"Untung lah kau, free-free je dapat kenal HAHAHAHA bukan senang tau nak kenal senior kita tu." Mawar dah boleh bayangkan macam mana reaksi Adena ni kalau dia dah sembuh dari deman influenza. Dia mesti menolak-nolak badan Mawar sehingga dia jatuh dari bangku kantin. Mesej yang Adena hantar menandakan dua tanda biru.

Mawar cuba menyembunyikan senyuman dia.

Telefon diletak atas meja belajar. Mawar bergegas ke ruang tamu. Langsir coklat itu diselak laju, ingin memastikan Ibu tersayang sudah sudah datang atau tidak.

"Adik-adik sekalian, sila pakai baju cepat pakai nanti lewat pergi sekolah!" Mawar bercekak sebelah pinggang melihat budak lelaki di hadapan nya.

Sabar je lah dapat adik macam ini.

"Aduh kak...pagi-pagi dah menjerit." Jawab adik lelaki aku.

"Akak dah cakap suruh cepat kan tadi...jangan lupa susun buku pula." Pesan Mawar sebelum kaki dia bergerak menuju ke tandas. Aduh, masa-masa ini lah nak buang kecil.

Pin. Pin.





Lengan baju diturun kan semula selepas mengambil air wuduk sebentar tadi. Segarnya satu badan Mawar sampai rasa nak nyanyi satu lagi sahaja. Bersinar muka Mawar pada petang itu. Awning tudung dibetulkan.

"Kau dah kenapa baiki tudung depan pintu ni? Haa keluar keluar." Zhafira menarik lengan Mawar. Pintu wuduk perempuan ditutup semula. Zhafira menoleh ke arah Mawar yang menyanyi kecil. Tergeleng-geleng kepala dia. Semangat lain macam dia hari ini. Tangan Mawar masih membetulkan awning tudung dia.

Senyum. Itu satu sedekah~

Mari...lah tersenyum bersamaku~

Lagi indah senyumanmu lalala~

Senyum, tak perlu dipaksa

Lagi bertambah pahala, oh...Mari lah

Tersenyum bersamaku~

Mawar menari sikit.Kaki melangkah menuju ke foyer untuk menunaikan solat zuhur.

"Tak boleh macam ni..." terhenti perbuatan Zhafira. Tangan naik menutup mulut dari mentertawakan kawan baik dia yang terlalu lama dalam dunia dia sendiri. Tidak jadi nak tegur Mawar.

"Lalala...lagi indah senyumanmu." Mawar berhenti menyanyi apabila dia melihat siapa di sebelah kanan nya. Mata Mawar bergerak ke kiri. Tangan Mawar bergetar. Terbulat mata gadis berkening tebal itu. Senior tersebut terpinga-pinga semasa menyaksikan telatah junior nya.

Aku fikir Zhafira ada kat belah kanan!

Rupanya crush aku, argh!

Mawar cuba mengawal muka. Tak nak nampak dia muka dia kemerahan lah tapi dia tahu dia tak boleh. Mawar pun apalagi? berlari seperti kelajuan taufan sambil tutup muka.

Kawan Mawar berlari mendapatkan Mawar yang tak tentu arah selepas bertentang mata dengan Amsyar.

"Elelelele suka lah tu dapat jumpa dengan Mr. A!" usik Zhafira. Lantas bahu kawan dia dipukul.

"Diam lah, kau asal tak tegur aku!" Ingin sahaja dia membalut muka dia dengan kain. Biar jadi mumia dekat sekolah. Malu punya pasal!

"Sejak bila dia berdiri dekat situ?" Soal Mawar, awal betul dia orang keluar sebab selalunya habis kita orang solat baru keluar.

"Masa kau tengah baiki awning tudung...aku pun mula-mula ingat siapa lah yang tak gerak dari tadi...crush kau rupanya dah lah dia terkejut lain macam eh HAHAHAHA!"

Selepas sahaja Fira bercakap begitu.Makin memerah lah dua-dua pipi Mawar. Dah lah esok sekolah lagi!









Aku terdiam seketika. Jejaka berpakaian baju pengawas siap pakai blazer lagi. Dia berjalan bersama tiga kawan dia. Dia tak mengenakan songkok hitam dah. Terdedah rambut dia. Entah datang dari mana muka dia bercahaya. Siap ada angin bertiup lembut lagi ketika dia tersenyum manis ke arah dua kawan dia. Suka betul, tengah berborak pasal apa lah tu.

Mawar nampak dia dari sisi muka dia yang berkulit sawo matang yang sedikit gelap.

Rentak jantung Mawar memainkan peranan penting.

Asal dia nampak lagi cute eh kalau tanggal songkok dia?

Mawar mengigit bibir dia. Mencuba untuk tidak menjerit gembira. Hilang terus rasa mengantuk dan letih sebentar tadi.

Aku rasa segar balik setelah jumpa...
My Vitamin A.

Spontan Mawar memukul bahu kawan nya, Zhafira memandang muka Mawar. Bersedia nak marah pun ada tapi tak jadi apabila aku tunjuk siapa yang membuatkan aku tersipu malu teruk.

Fira pandang Amni, dia pun faham. Riak muka dia orang seolah-olah mengatakan "ceh, jodoh Mawar tengah lalu!"

Kami pun teruskan perjalanan balik ikut laluan tangga crush mawar guna yang membawa kami pagar di bawah.

Tak lenguh Mawar memandang dia dari belakang. Mawar tersenyum manis di sebalik topeng mulut.

Weh aku tak boleh bernafas ni! Oksigen, Oksigen. Help meh!

"Eh Mawar, bukan ke kau selalunya jalan paling laju...kenapa sekarang makin slow pula?" Sengaja Zhafira menyoal seperti itu padahal dia dah tahu jawapannya.

"Aku tak jalan laju pun sebab ada lelaki kat depan, okay" jeling Mawar sambil melihat Fira yang berada belah kiri dia manakala Amni jalan belah kanan Mawar

Jadi...aku jalan di tengah-tengah mereka berdua lah.

"Amni, patut nya awak bagi Mawar jalan kat situ...biar dia dapat jalan belakang crush dia." Fira memberi cadangan yang agak bernas kepada Amni. Amni pun akur dan bertukar tempat dengan Mawar.

"Uuuuuu suka lah tu...kan Mawar?" Usik mereka berdua. Dan kali ke berapa dah aku tersengih malu. Beg dipegang hampir melayang ke muka dia orang akibat terlalu malu plus suka.

"Mawar, aku cabar kau pegang beg dia." Idea gila kawannya sudah mari.

"Eh tak nak aku, dah elok aku cuba jaga ikhtilat ni." Agak-agak lah engkau ni.

Mereka tergelak apabila berjaya buat aku blushing dah kali ke berapa tak.

Ish-ish kawan siapa lah ni...HAHAHAHA

-TBC-

࿐0507ᥫᩣ✔️[Editing]Where stories live. Discover now