BAB 11: Nuha

72 8 3
                                    

Mak masih lagi mendiamkan diri. Aku mula pelik. Tak senang hati dengan reaksi mak.

"Kenapa mak diam? Ada apa-apa yang Nuha tak tahu ke mak?"

Mak geleng.

"Dahtu?" Aku masih lagi tak putus asa. Baik mak bagitahu sebelum aku buat hipotesis sendiri lagi. Lagi sekali diingatkan buat para pembaca. Saya pakar overthinking.

"Mak bekerja dengan mereka dahulu pun bukannya atas dasar suka-suka macam tu." Mak akhirnya bersuara.

"Habitsu?" soalku. Aku dah tak sabar nak tahu.

"Mak bekerja dengan mereka disebabkan uncle Faizul yang minta mak untuk jadi pengasuh Aairul. Aunty Rossa kamu tu pula kawan mak masa sekolah menengah dahulu. Jadi, mak dengan aunty Rossa kamu tu boleh dikira dah lama kenal tapi tak rapat. Sebab dulu mak kelas belakang, aunty Rosaa tu pula kelas depan. Tapi mak tak menafikan yang walaupun dia tu budak kelas depan, dia tetap humble. Sudahlah cantik, manis orangnya dan suka bantu orang pulak tu." Mak senyum nipis.

Aku angguk tidak mencelah. Sedikit kagum.

"Mak jumpa balik aunty Rossa masa itu Aairul baru sahaja berusia 8 bulan. Aunty Rossa kamu lepas melahirkan anak, doktor bagitahu kat papa Aairul yang keadaan dia tak baik. Bila mak dapat tahu yang keadaan dia tak mengizinkan, jadi mak buat keputusan untuk terima tawaran uncle Faizul, papa nya Aairul."

"Maksud mak?" Aku mencelah sedikit.

"Yang itu mak tak berani nak bukak cerita. Kalau kamu nak tahu lebih lanjut, lebih baik kamu tanya sendiri dekat Aairul.

"Lah...kenapa mak sendiri yang taknak bagitahu?"

"Mak tak berani nak buka cerita pasal hidup orang lain, Nuha. Mak takut nanti jatuh fitnah pulak."

Aku kerut dahi.

"Fitnah?"

Mak angguk lalu tersenyum. Tangan aku dipegang tiba-tiba.

"Waktu kamu kecil dulu, Aairul yang banyak habiskan masa bermain dengan kamu. Apa yang kamu makan, dia makan. Apa yang kamu main, dia ikut sama main. Kamu nak main buaian, dia pun ikut jugak. Kalau kamu tidur, dia pun taknak kalah jugak ikut sama baring di sebelah kamu. Sedikit pun dia taknak berenggang dengan kamu tau. Sampaikan orang fikir kamu berdua ni adik beradik kandung. Padahal bukan," kaatanya mak panjang lebar. Tanganku digenggam.

"Kalau kamu sakit, dialah orang paling tak tentu arah. Mak masih ingat lagi masa tu dia tingkatan 2. Kamu masih sekolah rendah. Balik dari sekolah kamu terus demam. Punyalah gelabah si Aairul sampaikan dia tertidur dekat meja belajar kamu semaata-mata nak jaga kamu sampailah kamu sihat. Dia risau kot-kot tengah malam kamu nak muntah."

Aku pandang mak tak berkelip. Sampai macam tu sekali eh? Apasal aku tak ingat langsung? Pelik betul satu benda aku tak ingat. Kepalaku terasa sakit tiba-tiba. Inilah padahnya kalau otak terlalu terlampau bekerja. Aku senyum pada mak untuk menyembunyikan rasa sakit.

"Pernah sekali tu, kamu kena sengat tebuan masa tengah main dekat taman bunga belakang perumahan sana. Mak tahu kamu tak ingat sebab masa tu kamu masih kecik lagi. Tapi, kalau tak disebabkan Aairul mungkin mak dah kehilangan kamu, Nuha." Suara mak mengendur di penghujung ayat.

"Apa yang dah jadi? Maksud mak?"

"Aairul yang keluarkan racun tu dari tubuh kamu. Dia pergi hisap tempat kamu kena sengat tu."

Aku terkedu.

Tak tahu nak bagi reaksi macam mana.

Terharu?

Banyak sangat perkara yang aku tak ingat. Dan banyak sangat perkara yang aku dah lalui bersama dengan lelaki itu.

"Sebab tu mak tak pernah anggap Aairul tu orang luar. Bagi mak, dia anak mak jugak. Sekurang-kurangnya dapatlah mak merasa ada anak lelaki jugak dan kamu pun dapat jugak peluang rasa kasih sayang seorang abang."

Aku tayang muka sengih depan mak. Abang? Waktu kecik kemain baik, sekarang dah besar perangai macam lahanat. Mulut kemain puaka. Small small not die, big big become trouble. Hashtag, jangankecam.

"Tapikan mak...kenapa uncle Faizul kawin lain kalau mak cakap aunty Rossa tu cantik?"

Mak pandang aku semacam. Dia kemam bibir. Aku tahu ada sesuatu yang mak sembunyikan.

"Kalau kamu tanya mak... mak pun takda jawapan, Nuha. Apa yang mak tahu, encik Faizul buat keputusan tu demi kebaikan mereka semua. Mak taknak cakap lebih-lebih sebab mak tak duduk dekat tempat mereka. Mak ni orang luar. Tak layak nak cakap pasal mereka."

Lagi sekali aku angguk walaupun jauh dari sudut hatiku, aku yakin ada sesuatu yang mak sembunyikan.









"ABANG buat apa dekat sini?" soalku sejurus melihat kelibat Aairul di dalam rumah. Awal-awal pagi dah datang rumah orang, dah kenapa pulak?

Aairul pandang aku atas bawah lalu dia menjongketkan kening.

"Abang dah kenapa?" soalku geram. Sakit hati dengan cara dia memandangku.

"Cantik baju." Aairul senyum senget.

Gulp. Baru aku teringat. Aku tak mandi lagi dan AKU TENGAH PAKAI BAJU TIDUR HELLO KITTY WARNA PINK DI DEPAN DIA!

HIKAYAT TAK BERNAMA [COMPLETED✓]Where stories live. Discover now