BAB 17: Nuha

69 7 1
                                    


"Assalamualaikum Nuha." Wajah Faris terpancul di depan pintu bilik. Di tangannya terdapat sejambak bunga ros bewarna putih.

Aku menjawab perlahan salamnya kemudian menghadiahkan senyuman manis untukknya.

Faris menyuakan bunga itu kepadaku. Faris tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.

Untuk aku ke?

Soalan itu tidak terluah.

"Tak sudi ke nak ambik? Atau...selera Nuha dah berubah untuk bunga?" soalnya ingin menarik semula bunga itu.

Aku terus menahan tangannya lalu ketawa kecil.

"Kau ingat lagi?" soalku lalu menyambut bunga itu.

"Mestilah aku ingat! Kau kalau pergi mana-mana kedai bunga mesti wajib beli bunga ros putih. Aku masih ingat lagi zaman sekolah dulu, kau pernah bagitahu aku dulu yang bunga ros putih boleh hilangkan kesedihan kau."

Aku terus tersenyum lebar.

Wajahku sedikit membahang. Malu. Tak sangka pula dia boleh ingat benda zaman sekolah sampai sekarang."

Terharu?

Ya, mungkin.

"Thank you," ucapku dengan ikhlas.

Faris menarik kerusi berdekatan dengan katil. Dia angkat kepala.

"My pleasure. Anything for you."

Aku tersipu malu.

"Macam mana kau tahu yang aku masuk hospital?" tanyaku sejurus dia duduk.

Faris nampak sedikit teragak-agak nak menjawab.

"Aku haritu ada datang ke rumah kau. Nak ajak kau keluar. Tapi mak kau cakap kau takda dekat rumah. Kau masuk hospital..." Suara Faris mengendur.

"Jadi kau dah tahu?" soalku.

Faris angguk. Matanya tetap memandang ke dalam anak mataku.

"Aku tahu kau kuat, Nuha. Aku tahu yang kau boleh lawan penyakit kau ni. Aku ada untuk kau. Kau kuat Nuha." Bersungguh-sungguh dia cuba memberikan kata semangat.

Terbit senyuman kecil di bibirku.

Terharu.

Terasa seperti disayangi.

"In shaa Allah. Kau tolong doakan aku tau."

"Aku sentiasa doakan kau Nuha."

Kami berdua saling berbalas pandangan sebelum aku tersedar dan berdehem. Sempat lagi eh kau Nuha?

"Sorry," katanya sambil menahan senyuman. Faris mengusap belakang tengkuknya. Aku tunduk dan mengulum senyuman. Aku tak tahu macam mana nak kawal diri daripada asyik tersenyum.

Untuk mengelakkan rasa janggal, aku berpura memperbetulkan scarf di atas kepala.

"By the way...kau memang sorang diri ke dekat sini?"

Aku geleng perlahan.

"Mak aku keluar sekejap. Dia kata nak beli barang sekejap."

"Aairul?" soalnya tiba-tiba.

"Pagi ni turn mak aku. Petang nanti baru turn dia untuk temankan aku dekat sini."

"Kau selesa? I mean, kau okay ke bila dia temankan kau? Dia takda buat apa-apa ke dekat kau?"

Aku kerut dahi. Berfikir sejenak. Setahu aku, sepanjang aku dekat sini, Aairul melakukan tugasnya sebagai abang dengan baik. Setakat ini, belum lagi pernah kami bertikam lidah atau lain-lain.

Aku geleng perlahan.

"Betul?" tanya lagi.

Aku terus menggangguk laju. Aku pasti. Takkan aku nak tipu pulak bagitahu benda yang tak berlaku.

Faris terus menyandar di kerusi. Dia menghela nafas berat.

"Aku nampak haritu masa kita berjumpa dekat mall... kau dan dia...nampak tak baik."

Otakku serta merta terus bekerja. Aku rasa depan Faris takda pulak aku dan si Aairul bergaduh. Setahu aku, kami berdua bergaduh dekat tempat parking. Takkanlah Faris pun ada sama dekat tempat parking? Mustahil.

"Aku nampak dekat tempat parking kau berdua bertekak."

Gulp! Aku telan air liur. Sah Faris nampak.

"Setakat mana yang kau dengar?' soalku.

"Semua."

Aku terus menghela nafas berat.

"Kau ada masalah ke dengan dia?" Faris menyoal.

Aku pandang Faris. Aku tak pasti ama ada patut tak aku meluahkan semuanya dekat Faris.

Tetapi, Faris berbeza dengan Aairul. Aku pasti Faris lebih memahami aku.

Aku angguk sedikit. Mengiyakan.

"Pasal kak Aaira?"

Aku angguk lagi.

"Pasal hubungan mereka? Dia masih tak bagitahu perkara sebenar lagi dekat kau ke? Berapa lama lagi dia nak sembunyikan kebenaran?"

Aku nampak Faris menggenggam penumbuk. Urat hijau nampak kelihatan.

"Kebenaran? Perkara apa? Kalau pasal hubungan, aku baru tahu. Ada apa-apa lagi ke yang aku tak tahu?" soalku dengan debaran di hati. Apalagi yang Aairul sembunyikan daripadaku?

Kebenaran apa pulak kali ini?

"Kalau dia boleh tipu kau pasal hubungan mereka, aku rasa dia mesti tak bagitahu lagi pasal apa yang dah terjadi sebelum ni. Kebenaran tentang perkara sebenar yang berlaku dua tahun yang lepas. Pasal kak Aaira. Kau tak bersalah pun dalam hal tu Nuha dan Aairul pun sedar tentang tu. Tapi disebabkan dia terlampau sayangkan kak Aaira dia tolak ketepi semua kebenaran dan dia letakkan semua kesalahan dekat kau, bukan?"

"Tapi...aku tak sangka pulak dia sampai sekarang masih sembunyikan perkara tu. Sudahlah perkara tu melibatkan maruah kau."

Aku terkedu.

"Maksud kau?" bibirku bergetar.

"Aairul tahu yang kau tak salah. Kata pak guard, Aairul sendiri yang pergi periksa rakaman CCTV dekat tepi kolam. Kak Aaira yang jatuh sendiri. Kau tak tolak pun dia. Sentuh pun tak apatah lagi nak tolak. Lepas itu, pak guard bagitahu yang Aairul suruh dia padamkan rakaman CCTV malam tu jugak."

Ya Allah.

Apa semua ni?'

Kepalaku terasa berdenyut kembali. Faris yang perasan akan perubahan air muka aku terus datang merapatiku.

"Kau okay tak?" soalnya risau.

Aku angguk. Bibirku ketap kuat.

"Aku rasa aku nak rehat dulu, Faris. Nanti-nantilah kau datang lagi ya?" Bukan niatku untuk menghalau Faris. Tapi cukuplah setakat ini apa yang aku dengar. Aku tak kuat.

Faris akur.

HIKAYAT TAK BERNAMA [COMPLETED✓]Where stories live. Discover now