🥀BAB - 74

45.3K 1.1K 273
                                    

MANIK-MANIK peluh yang merinik pada dahi bersih Aisya, dikesat lembut menggunakan hujung lengan baju kurung yang dipakai oleh gadis itu.

Perlahan deru nafasnya yang mengah dan sesak cuba diatur semula.

Hampir satu jam dia berjalan tanpa henti membuatkan urat kakinya mula terasa kebas dan lenguh.

Lapisan baju kurung yang melindungi perut buncitnya diusap perlahan.

"Kita dah sampai, sayang. Kita dah boleh jumpa atuk dan nenek." Bibir merah delima yang munggil dan comel itu melakarkan sebuah senyuman yang cantik di saat kakinya memijak pada kawasan perkuburan di mana ibu dan ayahnya dikebumikan.

Lalu, pusara mereka yang terletak beberapa tapak dari dia berdiri dihampiri dengan langkah yang berhati-hati sambil tangan kecilnya setia menampung pada bahagian bawah perutnya.

Awan hitam serta bayu sejuk yang meniup lembut pada hari itu turut bersama menemani di setiap langkah kecil Aisya.

Setibanya di hadapan pusara yang menjadi rinduannya saban hari itu, dengan perlahan, Aisya melabuhkan duduk di dalam posisi yang bersimpuh.

Daun-daun kering serta rumput-rumput hijau yang menghiasi permukaan tanah kering itu mula mengundang tangisannya.

Sudah bertahun lamanya pusara ibu dan ayahnya dibiarkan sepi seperti ini.

Bersama air mata yang mengiringi doa, tangan kecil Aisya mula bergerak membersihkan pusara orang tuanya.

'Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku sewaktu kecil.'

"Assalamualaikum ibu, ayah. Aisya datang ni...Aisya rindu ibu dan ayah...ibu ayah rindukan Aisya tak? Aisya minta maaf sebab dah lama tak datang..." Mutiara jernih yang semakin deras menuruni wajahnya disapu lembut. Tetapi, semakin lebat ia mengalir tanpa ada tanda noktah.

"Aisya penat...Aisya penat sangat-sangat...Aisya dah tak kuat untuk hadap semua ni lagi ibu, ayah...Aisya dah tak sanggup lagi..."

Lembut tangannya mengusap sepasang batu nisan yang terukir akan nama ibu dan ayahnya.

Andai sahaja, membunuh diri bukanlah satu perbuatan yang dimurkai dan tidak diredhai di sisi-Nya, sudah pasti Aisya akan berbuat demikian semata-semata untuk menemui ibu dan ayahnya di sana. Namun, iman dan takwa yang kukuh terbina di dalam jiwa Aisya menjadi benteng pertahanan yang kuat buat gadis itu.

"Kenapa ibu dan ayah pergi? Dah tak ada siapa yang sayangkan Aisya lagi...semua orang bencikan Aisya sampaikan Pak long dan mak long pun dah buang Aisya...diorang pukul Aisya...dera Aisya...setiap hari Pak Long dan abang Is cuba nak rogol Aisya...Aisya takut...dan kalau ibu dan ayah nak tahu, diorang jual Aisya...diorang jual Aisya untuk bayar hutag Pak Long...Aisya merayu dekat Mak Long masa tu, tapi Mak Long tak nak kesiankan Aisya...diorang jadikan Aisya sebagai pelacur...tapi kenapa diorang buat Aisya macam ni? Apa salah Aisya?"

Wajahnya tertunduk ke bawah. Setitis air mata Aisya jatuh menimpa di atas pusara ibunya. Betapa, dia rapuh dan menangisi jalan hidupnya yang penuh derita ini.

"Ibu...ayah...Aisya dah kahwin...Aisya dah ada suami, nama dia Riyyadh Syahfiq Zayyhdith. Sedap kan nama suami Aisya? Tapi, dia pun selalu pukul Aisya macam Pak Long dan Mak Long buat...tapi Aisya tak pernah bencikan dia sebab dia suami Aisya, dia yang selamatkan Aisya, tumpangkan Aisya dan bagi Aisya makan minum. Aisya cuma ada dia saja untuk berlindung, tapi apa yang dia dah buat dekat Aisya sukar untuk Aisya maafkan...dia dera Aisya, setiap hari Aisya dipaksa untuk layan nafsu dia...dan kalau Aisya tak nak nanti dia pukul Aisya...sekalipun Aisya tak pernah dianggap sebagai seorang isteri, sebab Aisya ni hanyalah tempat untuk dia lepaskan nafsu dan amarah..."

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now