☆゚Late night [ 11 ] ☆゚

28 2 0
                                    

Fiyya duduk termenung. Tak boleh tidur. Wawa dan Lya pula sedang menonton television di bilik hotel Lima bintang itu. Masing-masing tak bersedia nak kahwin. Lagi sehari je lagi. Baju pun belum Cuba. Malas tahu?

Lampu di bilik itu ditutup sebab diorang tengah layan cerita horror yang sedang ditayangkan di kaca tv. Padahal semua penakut.
Fiyya menghimpit Lya yang berada di tengah-tengah.

" Aku penatlah..korang dah berbincang ke dengan diorang pasal tu?" Fiyya menyoal sambil menunduk.

" Ye.. everything going well. Diorang setuju." Gadis itu mengangguk lega. Gila ke? Diorang tak boleh terima kehadiran para lelaki itu dalam hidup.

" Habislah..aku dah tak boleh keluar shopping lagi.." Wawa mencebik. Bunyi penghawa dingin memekakkan telinga. Suasana sunyi. " Kau nak takut apa? Keluar jelah.." Wawa menjeling sambil matanya tidak lari dari kaca television. Kusyuk.

" Kau tau tema apa majlis tu nanti? Fairycore!" Fiyya Cuba untuk bising. Namun Wawa dan Lya hanya angguk. Masing-masing berseluar pendek.

" Nak tahu satu tips tak?" Wawa tersenyum.

Masing-masing menoleh memandang dia. " Apadia?"
Dia mengesot agar lebih dekat.
" tips menggoda..okay gurau. Tips nak curi-curi keluar dari rumah senyap-senyap." Dia ketawa. Fiyya geleng kepala je. Diorang yakin diorang akan dipantau. Lagi-lagi bila puan Jazzlinda dapat tahu mereka sikit pun tak suka bakal husband masing-masing.

" Eh Fiyya..kenapa nama kau trending dekat Twitter? Kau tengok ni.." Lya menghulurkan telefonnya.
Kakak sulung mereka berkerut.
Kenapa trending pulak? Dia tak sempat nak bukak phone. Twitter lagilah tak sempat.

Wawa yang seperti baru tahu Mula memeriksa Twitter miliknya.
" Kenapa trending? Aku dah lama tak post." Fiyya berkerut.

" Oh. My. God. Look at this! Rayne punya pasal! Tengok dekat ig dia..
Dia ada up gambar kau dengan Reggie..eh kau pergi date ada dia sekali ke?" Wawa berdecit marah.
Lya berkerut sambil mulutnya terngaga. " Are you kidding me?"
Dia menyoal.

" Biarlah..buat apa keluar berdua dengan si eggie tu? Dia tag aku ke?" Mereka bedua angguk laju.
Masing-masing baca caption.

' when you have someone who was busy body and clingy. Follow everywhere you go. Rosak date!

" What the fuck?!" Fiyya merampas phone Wawa. Caption itu ditujukan pada Fiyya. Tercabar gadis itu.
Tujuannya apa? " Kenapa pula dia cakap macam tu? Semua netizen hentam kau...kau tak buka phone ke?" Lya menggeleng.

" Aku tak sempat pun. Dia yang menyibuk sebenarnya!" Fiyya menghempaskan badannya di Katil. Timbul idea jahat ni otaknya.
Dia Komen pada post terbaru itu.

' bukan ke you yang busy body?
@Fiyya.banedict bakal isteri
@Reggie.sassy kan?'

Lya tergelak baca Komen dari Wawa itu. Mereka tak sedar yang mereka dah cetuskan kontroversi kakak mereka sendiri. Fiyya sedang menekup mukanya dengan bantal. Stress dengan perangai childish si Rayne. Ugh.

                     .。*♡☕.。*♡

RAYNE POV

Ternganga mulut aku bila banyak request di Direct massage. Aku terus buka post yang aku baru post tadi. Siapa perempuan ni?
Followers banyak dari aku?! Biar betul!

Komen terbaru dibaca. Tersentap aku. Panas je. Sibuk Sia Minah ni.
Okay chill. Aku terus dm pemilik ig yang bernama @wawa.shoo itu.

' eh sorry you siapa ya nak sibuk apa yang I posted harini?'

Aku send mesej aku. Nak gaduh meh. Sweater pemberian buah hati tersarung di badan. Reggie ni kenapa tak back up aku? Ish.
' TING!'  laju aku buka mesej tu.
Minah ni!

' sorry..tak payah ambil tahu I ni siapa..you fikir you artis boleh buat apa yang you suka ke? Delete jelah post tu.'

Aku gigit jari. Eh kenapa perempuan ni? Aku bangun daripada baring. Burung parrot yang berwarna biru berdecit. Seolah-olah dia dapat rasa apa yang aku rasa. Mari malas balik.

' eh hello..I nak post apa I punya suka..dah siapa suruh dia terhegeh dengan lelaki tu?'

Haaa confirm aku menang.
Aku tersenyum sinis. Sebenarnya saja aku buat caption begitu. Nak cari pasal dengan si Fiyya. Sebab dia tu sendu sangat dekat media sosial. Sendu pun banyak followers dari aku. Bermilion. ' TING!'

' eh lelaki tu bakal abang ipar I juga..you tu yang hegeh! Jangan lupa datang khamis ni. Nanti you kenal la siapa I'

Aku berkerut. Abang ipar? Oh so sekarang ni dia hantar adik dia untuk serang aku lah? Mana aci main macam ni. So sekarang semua tengah tanya, betul ke hubungan cinta aku tengah disondol orang ketiga? Lawak lah.

' dah lah malas I nak cakap dengan you!'

Aku jeling. Sakit pulak hati aku. Dekat post tu, Reggie tak comment or like pun! Ish! Tak suka lah macam ni! Telefon di campak ke tepi. Aku teringat sesuatu, dress biru yang simple Reggie belikan untuk aku pakai hari khamis ni.

Bibir aku mengukir senyum.
Walaupun ke sana untuk saksikan boyfriend sendiri kahwin..aku tak berapa nak kisah sebab Fiyya dah cakap tak kisah kalau aku nak jumpa lelaki itu. Memang tak lah aku nak bagi diorang berdua-duaan malam tu!

                     .。*♡🐓.。*♡

Rambo sedang mematuk tanah di luar rumah. Mana taknya, diorang tinggal dia seekor di rumah yang besar tu. Seram! Sambil berkokok dia berjalan sekeliling rumah. Harini dah masuk sepuluh round dia pusing.

Kesian. Hari sudah larut malam.
Rambo tak mengantuk. Dia terlepas dari sangkar. Tuannya tak tahu macam Mana dia boleh keluar. Tolonglah..ni ayam bekas peliharaan tom cruise lah!

Terdengar suara kokokan yang tidak jauh dari dia. Rambo terus pandang suara yang menggoda itu. Perlahan-lahan dia berjalan dengan dua kakinya menuju ke halaman belakang. Terlihat seeskor ayam betina di situ. Sesat agaknya. Rambo mulalah sesi mengorat!

                    .。*♡☕ .。*♡

Sebastian yang tidak berbaju itu sedang bermain-main dengan rantainya. Dia tengah berbalas mesej dengan bakal isterinya. Pukul 2 pagi. Ya 2 pagi. Reggie dah tidur sambil meniarap. Darren pula sedap tidur beralaskan punggung abang sulungnya.

Tinggallah dia si bongsu. Meremang bila teringatkan apa yang jadi di tandas. Dia lebih meremang apabila teringat betapa kejapnya pelukan si gadis. Merah pinggangnya. Sebastian sempat mengirim satu gambar yang dia ambil tadi kepada gadis itu.

Kawan kan? Kena Mula berbaik.
Sesekali Darren menggaru perut.
Dua ekor tu dah hanyut ke alam mimpi dah. Si galah aja yang tak dapat tidur. Sempat dia kerling mesej yang dihantar oleh Wawa.

' dah la muak saya tengok. Nanti padam juga.'

Lelaki itu mencebik. Disebabkan kecewa tidak mendapat pujian, dia menarik selimut. Sempat dia mengurut perutnya yang bersixpack itu. Kuat ke gym mamat tu. Bukan dia sorang. Sama je tiga ekor tu. Sekor lipas, sekor alpaca, sekor lagi belalang.

                       ° ° ° ° °

P/s= korang suka yang mana satu?
         Lipas ke belalang ke alpaca?

comment comment 💖

.*・。゚ WHAT? MOTHER IN LAW?! .*・。゚Where stories live. Discover now