☆゚ Bye Noah [ 77 ] ☆゚

23 2 0
                                    

Seluruh isi rumahnya ditenung.
Terasa hening dan terlalu sunyi.
Semua rasa gembiranya seolah-olah dibawa pergi bersama mendiang ibunya. Masih dia ingat di hari pengebumian, banyak juga orang yang datang.

Dia berterima kasih dengan Reggie. Sedih memang sedih. Kehilangan ibu tak sama macam kehilangan orang lain. Ibu tempat dia bermanja, tempat dia luahkan segala-galanya. Tapi, kini semuanya sudah tak ada lagi.

Keseluruhan perabot  di dalam rumah sudah dia tutup dengan kain putih. Ya, dia mahu pindah keluar. Noah cuma bawa pakaian dan barang-barang ibunya sahaja.
Rumah tu dia mahu jual. Dia mahu cipta nama di negara lain.

Di sini sudah tak ada apa-apa lagi. Walaupun pembantu peribadinya tak izinkan dia berbuat begitu, namun dia sudah nekad. Tak mungkin dia terus tinggal disini.
Tak. Dua beg dibawa ke kereta Bugatti miliknya.

Patut ke dia bagitahu Fiyya tentang berita ni? Rambut diraup perlahan.
Telefon dicapai lalu segera dia mendial nombor gadis itu. Gadis yang pernah bertandang di hatinya. Masih sayang? Ya, masih. Tak pernah luntur kasih sayang terhadap Fiyya.

Bodoh? Biarlah orang cakap dia bodoh. Noah tetap Noah. Cinta kadang-kadang mampu buat kita Gila kan?

" Hello? Fiyya, saya nak bagitahu awak sesuatu." Ujarnya sambil tersenyum.

" Noah? Yaa..apadia? Bagitahulah."
Suara gadis itu terdengar sangat girang.

" Saya nak keluar dari negara ni.
Boleh jumpa di airport? Saya cuma risau Kita takkan berjumpa lagi."
Dia berlalu masuk ke dalam kereta.

" A-apa awak buat ni? Tapi kenapa?
Macam mana dengan kerja awak?
Drama terbaru awak?" Soalnya risau.

Noah ketawa kecil. " Saya dah batalkan semua tu. Entahlah.. saya rasa tak ada apa-apa lagi dekat sini.. flight saya lagi 20 minit.."

" Saya jumpa awak sekarang. Awak tunggu saya Noah..I will be there."
Panggilan dimatikan. Masa 20 minit tu terlalu singkat bukan?

Telefon dicampak ke tepi. Kereta mula meluncur laju di Jalan.

Noah banyak termenung. Dia terasa kosong. Segera dia menggeleng. Tak boleh juga terlalu ikut perasaan. Makin lama dia makin berani untuk memandu melebihi had. Entah kenapa dia berani. Sebelum ni tak pun.

Nasib baik dekat jarak airport dengan rumahnya. Jalan tak sesak, jadi dia sampai dengan lebih cepat. Kereta diparkir di tempat yang disediakan. Dua beg sederhana besar dikeluarkan dari kereta.

Satu digalas, satu diheret. Telefon disimpan di dalam poket coat nya.
Jam dikerling. Masih ada 10 minit. Dia menaiki lif untuk keluar dari tempat parking. Suasana di airport agak bising dan memekakkan.

Matanya meliar memerhati suasana. Setakat ini, belum nampak kelibat Fiyya. Dia berharap sangat, gadis itu datang buat Kali terakhir. Noah duduk seketika sementara mahu menunggu pengumuman.

Sedang dia ralit memeriksa laman Twitter, tak perasan pula Masa makin singkat. Sudah tinggal lagi 5 minit. Penumpang yang sama flight dengannya diminta untuk bersiap sedia.

Noah gelabah. Hatinya berdebar-debar. Mana Fiyya? Dia tak mahu pergi sebelum bertemu dengan gadis itu.

" Perhatian kepada semua penumpang pesawat B13, penerbangan ke Paris tinggal lagi beberapa minit, para penumpang diminta untuk masuk ke dalam pesawat. Harap maklum."

Makin gelisah Noah. Mungkin, gadis itu tak mahu datang Noah.
Getusnya. Beg diambil dan disalit.
Mungkin bukan takdir dia untuk bertemu dengan Fiyya pada hari terakhir dia disini.

.*・。゚ WHAT? MOTHER IN LAW?! .*・。゚Donde viven las historias. Descúbrelo ahora