His Seele | 38

12.5K 585 30
                                    

"Arisha"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Arisha"

Suara Nick menyebut perlahan nama gadis itu namun telingaku cekap menangkapnya. Riak wajah Nick juga turut berubah.

Tak kurang juga Nils. Dia hanya merenung kosong ke arah gadis itu. Dan tatapannya. Tatapan yang sentiasa menjadi kegerunan semua manusia di EKL.

Aku dan Nick sama-sama berdiri di tepi sofa. Wajah tenang gadis itu dipandang bersama otak yang sarat dengan tanda tanya. Ketika itu baru aku dapat menangkap sesuatu.

Inilah gadis yang datang ke EKL beberapa hari lepas. Patutlah aku rasa muka dia macam familiar.

"Apa kau buat dekat sini?" suara garau Nils kedengaran agak tegas. Dia terus berjalan merapati aku kemudian tangannya naik memeluk pinggangku erat. Aku agak terkejut namun aku hanya kekalkan riak biasa.

"So nilah wife you? Wait, you bukan ke secretary Nils? Wow, i didn't expect yang Nils pilih secretary dia untuk dijadikan isteri. Low class" ayatnya yang terakhir buatkan aku berkerut dahi.

The heck, mata turun menilik tubuhku sendiri. Teruk sangat ke aku ni?

"Jangan sibuk pasal wife aku. Kau tu buat apa datang sini? Siapa bagi kebenaran kau masuk?"

Arisha hanya menayangkan senyuman sengetnya. Dia berjalan ke arah kami dan tanpa dijemput, terus dia melabuhkan duduk di atas salah satu sofa di ruang tamu itu.

Mulutku agak melopong. Selambanya dia. Dahlah datang tak diundang lepastu buat macam rumah sendiri. Patutlah Nils dengan Nick macam tak suka je dengan dia.

"Ewah-ewah nenek lampir ni. Kau ingat rumah aku ni hotel ke kau main masuk je. Sial betul perangai" segala carutan serta makian dah keluar daripada mulut Nick namun Arisha langsung tak kisah dengannya.

Dia masih tenang sambil bibir mengukirkan senyuman manis. Dan selepas itu dia ketawa sopan.

Mataku terkebil-kebil memandang ke arahnya. Aku je ke yang tak dapat tangkap celah mana lawaknya. Hambar betul.

"Nick, how dare you said that to me. You should welcome me with an open heart" Arisha cuba untuk berlembut dengan Nick namun dia silap. Nick Edward Kim bukanlah lelaki yang mudah melayan wanita.

"Kau diamlah sial. Eh mana Erick dengan Hanz. Kau sabar kejap aku panggil diorang. Selagi aku tak turun kau jangan balik" Nick mula melangkah ke tingkat atas. Nampaknya, trio bebal EKL bakal bergabung. Macam drama ye anak-anak.

Mata Nils jatuh kepada wajah selamba gadis itu. Tanpa aku duga, tiba-tiba dia menarik aku ke arah sofa. Kami sama-sama duduk berhadapan dengan Arisha.

Aku perasan mata gadis itu jatuh pada tangan Nils yang masih memeluk pinggangku daripada tepi. Sengaja tangan jejaka itu mengelus lembut di situ. Kening gadis itu terangkat sebelah sebelum dia berdehem.

𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐞𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now