His Seele | 44

11.2K 557 27
                                    

Aku mula menarik bagasi yang dipenuhi dengan baju untuk dibawa ke bilik kami

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku mula menarik bagasi yang dipenuhi dengan baju untuk dibawa ke bilik kami. Hari keluarga yang dinantikan akhirnya kunjung tiba.

Semua pekerja EKL masing-masing teruja dengan percutian kami kali ini. Mana taknya, dahlah duduk dekat chalet mahal lepastu semua kos ditanggung seratus peratus oleh syarikat.

Pekerja EKL ni pula bukannya sikit. Hampir 500 orang yang datang harini. Memang kaya betul laki aku ni. Sementara menunggu Nils tengah menguruskan tentang hal dia, lebih baik aku rehatkan diri dalam bilik.

Bilik kami diletakkan berasingan dengan yang lain. Untuk pekerja, semua berada di bilik yang berdekatan dengan pantai manakala bilik kami terletak agak jauh daripada mereka.

Lega juga aku nanti tak adalah beria nak menyorok kalau nak keluar masuk.

Sebaik sahaja aku sampai di depan pintu, terus tangan menyelongkar beg tangan. Kad akses ditarik keluar sebelum diletakkan pada pad kekunci. Pintu terbuka. Setelah memberi salam, aku terus membolos diri masuk ke dalam.

Nampak je katil tiba-tiba rasa macam diri diseru. Baik aku landing dulu sebelum aktiviti malam ni. Maaflah kepada pekerja hotel yang dah beria hias katil ni dengan kelopak bunga ros bagai.

Aku dah tak fikir nak blushing ke apa sekarang ni, tengah fikir nak berlayar ke alam mimpi je ni.

Dan aku terus mencampakkan diri ke atas katil empuk itu. Argh, selesanya! Rasa macam nak bawa balik letak dekat rumah je. Dan begitulah kesudahannya, ingatkan nak terlelap sekejap sekali aku terus tertidur macam baru lepas tolak bangunan KLCC.

 Dan begitulah kesudahannya, ingatkan nak terlelap sekejap sekali aku terus tertidur macam baru lepas tolak bangunan KLCC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nils pandang Carl dengan serius. Kemudian, dia pandang ke sebelah jejaka itu pula. Terbentuk jelas kerutan serta ketegangan pada wajahnya.

"Kenapa dia ada dengan kau?" soal Nils setelah lama mereka diam. Tadi rasanya Carl keluar seorang, macam mana boleh jadi berdua pula ni.

Gadis itu pula hanya tersengih kecil. Dia pun tak tahu macam mana dia boleh diheret sekali dengan Carl untuk datang ke sini.

Apa yang dia tahu, bila dengar pasal vacation dia jadi excited. Nak-nak pula bila dengar yang Sara pun ada sekali. Lagilah dia rasa tak sabar. Rindu budak kecil tu.

𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐞𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now