His Seele | 50

11.8K 523 57
                                    

"Aku dah cuba yang terbaik tapi ini je yang aku mampu" satu kertas putih diserahkan kepadanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku dah cuba yang terbaik tapi ini je yang aku mampu" satu kertas putih diserahkan kepadanya. Mata jejaka itu meniliti setiap ayat yang terkandung di dalam kertas itu.

"Betul ke?" soal si dia. Lelaki tadi mengangguk sekali.

"Memang, dia adalah perwaris sebenar The Kaiser. Kami dah jumpa satu bukti yang menunjukkan dia adalah aset yang dicari selama ni"

Matanya tak henti-henti bergerak ke kiri dan kanan. Segala yang tertera benar-benar belaka. Apa dia boleh buat selain daripada menerima.

Masuk saja kepada helaian kedua, ada satu gambar yang terselit disitu. Matanya membesar. Tangan naik mengambil gambar tersebut sebelum di amati dengan lebih teliti.

"Jangan bagitahu sesiapa pasal ni. Anggap je ni rahsia antara aku dengan kau. Aku tak rasa dia boleh terima semua ni. Dia akan fikir diri dia dikhianati nanti. Pasal tu kau tak payah risau, kalau terbongkar satu hari nanti mungkin mulut dia yang kata benci tapi hati tak" ucapnya yakin.

Dia kenal dan dia faham. Bukan mudah nak terima semuanya dalam sekelip mata. Tambahan pula itu adalah nyawanya. Takkan boleh dia terima dengan hati yang terbuka.

"So macam mana nak buat ni?" Nils pandang aku dengan pandangan keliru

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"So macam mana nak buat ni?" Nils pandang aku dengan pandangan keliru. Kepala paip di hadapannya dipandang terkebil-kebil. Kejap-kejap tangannya menggaru kepala. Aku pula hanya menggeleng sambil tersenyum.

"Takpe, meh sini Sara tolong. Abang dah bacakan doa ambik wudhuk?" lengan bajunya aku tolong lipat hingga ke siku. Nils mengangguk laju.

Sebelum masuk waktu Asar tadi, aku ada menyuruhnya supaya membaca buku panduan solat. Biar senang sikit Nils nak solat nanti kalau dah ada pengetahuan umum. Bukan main kusyuk lagi dia membaca tadi.

Daripada sebelum Asar sampailah waktu Maghrib, tak keluar-keluar daripada bilik membaca. Aku turut gembira melihat perubahan lelaki itu.

Kagum melihat usahanya untuk berubah. Mungkin Nils rasa tanggungjawabnya akan makin bertambah selepas ini jadi dia nakkan yang terbaik. Terima kasih Ya Allah, kau dah bukakan pintu hati suami aku untuk bertaubat kepada-Mu.

𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐞𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now