Bab 3

393 79 30
                                    

*terima kasihh tau sudi baca, vote dan komen! Luvv ;)*

“Selamat pagi, Tuan Haider. Pagi, Encik Kamarul.” Sapaan hormat daripada salah seorang staf A’s Sdn.Bhd dibalas dengan senyuman oleh dua orang jejaka itu. Haider membetulkan kot ditubuh seraya mengekori langkah staf wanita tersebut.

Tiba di aras yang menempatkan bilik mesyuarat, Haider mengucapkan terima kasih kepada staf tersebut sebelum dia melangkah masuk ke dalam ruang sederhana luas itu. Masih tidak dapat menandingi syarikatnya namun dia masih kagum dengan setiap perincian hiasan dalam syarikat ini.

“Penyumbang terbesar kita dah pun sampai. Saya akan kenalkan walaupun saya yakin semua dah kenal beliau,” ujar pemilik syarikat A’s Sdn.Bhd sambil seraya berjabat tangan dengan Haidar dan Kamarul.

Kamarul sudah pun mengambil tempat di kerusi yang disediakan. Hanya Haider yang masih berdiri penuh yakin di sebelah lelaki sama usia dengannya.

“Ni…”

“Maaf bos, saya baru habis miting dengan klien.” Sampuk satu suara yang seperti tidak asing untuk pendengaran Haider. Sebaik saja dia menoleh ke pintu masuk bilik mesyuarat, keningnya hampir terangkat.

“…Tuan Nik Haider bin Nik Badrulshah.”

Fathiya terkedu.

Hampir saja dia tersadung kaki dengan roda salah sebuah kerusi namun mujurlah ada tangan kekar menahan pinggangnya. Air liur ditelan kesat.

“Sayang tak apa-apa?” Soal Haider dengan kerutan di dahi. Isterinya memang sejenis yang cuai. Nasib baik dia cekap melihat pergerakan isterinya yang culas, jika tidak pasti dagu bujur Fathiya berdarah dek kerana terhantuk pada meja.

Rata-rata di dalam bilik mesyuarat hanya mengulum senyum kerana mereka tahu Haider merupakan suami kepada rakan sekerja mereka. Namun ada juga yang tidak tahu apa-apa sudah mula berbisik sesama sendiri.

Thank you.” Fathiya meluruskan batang tubuhnya sebelum berdehem. Sebuah kerusi ditarik seraya melabuhkan punggung. Dia langsung tidak mengangkat muka kerana saat ini dia cukup yakin ada banyak mata yang terarah kepadanya.

“Maaf, tu isteri I. Cahaya Fathiya.” Haider menundukkan kepala sedikit, segan pula apabila menimbulkan sketsa tak berbayar di hadapan orang ramai.

“Tak apa, tuan. Kami faham.” Balas Azwan sambil menepuk lembut bahu tegap rakan bisnesnya.

Saat mengambil tempat di tunjang meja, Haider membetulkan tali lehernya. Sudah lama tidak menyentuh isterinya seperti tadi membuatkan jantung gugup seketika.

Sepanjang mesyuarat berlangsung, sesekali matanya melirik ke wajah mulus Fathiya. Isterinya benar-benar komited dengan kerja. Andai saja isterinya dapat membahagikan masa sebaiknya, sudah pasti mereka tidak akan bertengkar saban hari.

Andai saja…

🥀🥀🥀

“Fathiya.”

Mendengar saja suara gemersik itu, Fathiya lantas menoleh. Suaminya sedang menyandar di tepi meja kosong sambil menyelukkan tangan ke dalam kocek seluar.

Dia ingatkan Haider sudah pulang ke syarikat namun telahannya silap. Perlahan-lahan dia merapati suaminya. Risau andai dia berlalu pergi, isu keretakan rumah tangga mereka bakal diketahui oleh rakan sekerjanya.

“I ingatkan you dah balik.”

“Benci sangat nak tengok muka suami sendiri?”

Ulas bibir Fathiya tertutup rapat.

Sisa WaktuWhere stories live. Discover now