Bab 2

20 1 0
                                    

          KHAIRINA, mengeluh sambil melihat laptop dan kertas kerjanya yang tak pandai berkerjasama dengannya.

"Kaka, minggu depan Abang Khairul graduate kan, tiket inda payah bali kah?" Puan Airisa, mak kepada Khairina bertanya.

"Inda payahlah ma, abangkan first class degree, tiket memang sudah kena sediakan oleh abang, bawa duit belanja saja tu ma" Rina memberitahunya.

"Tiket kaka sudah kaka bali?" Puan Airisa tanya

"Sudah ma" Rina balas.

"Oh, okay tu~" Puan Airisa masuk ke dapur untuk menyiapkan makan malam

"Eh, Ma bukannya giliran kaka untuk masak kah hari ni?" Rina tanya

"Inda payah tah, kan kaka ada keraja tu kan dibuat, agatah buat dulu, inda payah tah dangani mama di dapur" kata puan Airisa.

Rina senyum sambil menyiapkan kerajanya.

"Kaka, panggilkan babah, gitau mama minta tolong potongkan ayam ni" puan Airisa menjerit dari dapur.

"Okay" sebelum Rina nak panggil babahnya, Tuan Aziz keluar dari bilik tidur.

"Awu, kedengaran babah apa mama cakap tadi, haih, baru jua orang siap solat Isyak" Tuan Aziz menggeleng kepalanya.

Rina tersenyum melihat gelagat kedua ibubapanya. Rina duduk kembali ke bilik tamu dan menyiapkan kerjanya.

Rumah Banglo kepunyaan Tuan Aziz ni hanya mempunyai 2 bilik tamu, 4 bilik tidur, 1 dapur, 5 tandas dan satu kolam renang di belakang rumah mereka.

Setelah Rina menyiapkan pekerjaannya, dia menyimpan segala laptop dan kertasnya ke dalam bilik tidurnya. khairina terus pergi ke meja makan dan melihat semua makanan telah pun dimasak oleh Puan Airisa.

"Mama siap sudah masak? Adui, kaka inda sampat tolong mama tadi" Rina mengadu.

"Ish, kaka ni, adik kan ada, apa gunanya mama ada anak lelaki" Puan Airisa membalasnya.

Rina auto tersenyum dan duduk di atas kerusi sambil tengok adik lelakinya membawa periuk nasi.

"Adeyh, kaka bukan main senyum-senyum lagi eh, suka la tu inda kena suruh buat keraja rumah" Khairil menjeling Rina dan duduk berdepanan dengannya.

"Yelah bukannya selalu pun kena suruh buat keraja oh wahai adikku sayang" Rina mengejek.

Puan Airisa menggeleng kepala melihat telatah anak-anaknya, Tuan Aziz pula memanjang main handphonenya.

"Babah, apa yang babah tengok tu?" Khairil tanya dengan suara riangnya.

"Babah menunggu result 'o' levelmu lah, apa lagi, kan kena gitau hari ni keluar" Tuan Aziz membalas

Muka Khairil berubah pucat "Hari ni kah? Weish! aku mana tau"

"Dah sudah, karang lagi main handphone tu! Ni makan dulu!" Puan Airisa bercakap dengan nadi yang keras.

Babah pun menyimpan handphonenya ke atas meja dan Khairil duduk diam sambil mengaut makanan di atas meja, Rina melihat keluarganya yang selalu membuatnya tersenyum.

Keesokkan paginya, semua keluarga Tuan Aziz berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, hendak memasuki Kapal terbang Royal Brunei Airlines.

Tiket first class yang abang Rina bagi hanya ada tiga tiket saja, Penerbangan Tuan Aziz, Puan Airisa dan Khairil adalah pada pukul 2 petang, penerbangan Rina pula pada Pukul 2:30 petang.

Tiket first class itu Rina sendiri beli sebab abangnya terlupa membelikan tiket untuknya. Tak taulah kalau abang kesayangannya tu sengaja lupa atau abangnya memang lupa yg dia mempunyai dua orang adik.

"Kaka, karang kalau naik Kapal Terbang baca doa banyak-banyak, selawat banyak-banyak, jangan buat keraja time dalam kapal terbang tu, paham" Puan Airisa meberitahu Khairina yang ke-sepuluh kalinya.

"Awu ma, kaka paham, dah sepuluh kali mama gitau kaka ni, inda ngalih kah?" Rina membalas mamanya sambil membaca kertas kerjanya.

"Mama tau, tapi mama risau tinggalkan anak perempuan sulung mama sorang-sorang"

"Eh adeyh mama ni, terlebih risau ni, dah sudah, kaka okaylah sorang-sorang, bukannya ada orang kan culik kaka, kaka ani bukannya lawa sangat"

Puan Airisa menampar perlahan lengan tangan Rina "Eh eh, budak ni, siapa cakap anak mama inda lawa? Siapa? Siapa? Meh sini, mama cubit-cubit tangannya"

Rina ketawa, "apalah mama ni"

"Dah, dah, engkau ni, buang tabiat kah apa ni?" Tuan Aziz menggelengkan kepalanya sambil melihat Puan Airisa menampilkan senyumannya.

"Alah, abang ni macam inda biasa meliat alai macam ni" Puan Airisa bermanja-manja dengan Tuan Aziz.

"What the heck ma! Stop that, geli adik tengok" Khairil membuat muka yang jijik sambil melihat kerenah babah dan mamanya.

Rina menggelengkan kepalanya dan menyambung balik memeriksa kertas-kertas kerjanya

"Selamat tengah hari. Ini adalah pengumuman untuk penerbangan BI855 ke Kuala Lumpur. Kami kini menjemput penumpang Kelas Pertama, penumpang yang mempunyai anak kecil, dan mana-mana penumpang yang memerlukan bantuan khas, untuk mula menaiki pesawat pada masa ini. Sila sediakan pas masuk dan pengenalan diri anda. Penerbangan akan bermula dalam masa lebih kurang sepuluh minit. Terima kasih."

Rina mendengar pengumuman tersebut dan memberitahu keluarganya untuk pergi ke pintu masuk. Sebelum mereka masuk ke kapal, mereka melambai Rina yang melihat mereka dari kaca jendela dan melambai mereka balik.

Rina mempunyai setengah jam lagi untuk penerbangannya pada waktu petang, dia pun duduk dekat kerusi pintu gerbang penerbangannya sambil membuat kerjanya dan menyirup swedish berries iced tea kegemarannya, tanpa disedari bahawa setiap pergerakkannya di lihat oleh seseorang.

Ketika Rina sedang menyiapkan kerajanya yang hampir siap itu, dia dapat merasakan ada seseorang sedang memandangnya, jadi dia mendongakkan kepalanya dan terlihat seorang lelaki sedang memandangnya.

Lelaki tu memakai baju kemeja putih, bertahi leher berwarna biru dilenkapi dengan seluar hitam sambil menyirup minuman dari Coffee bean juga sama sepertinya.

Rina dengan lajunya memalingkan kepalanya ke kertas kerajanya.

'Apahal dia tengok-tengok aku ni?'

Rina auto tersenyum dan debaran hatinya sangat laju tetapi dia teringat yang dia telah memutuskan untuk tidak mahu jatuh cinta dengan sesiapa pun.

'Hati janganlah kau cepat sangat terpengaruh dengan perasaan aku ni'

Senyumannya jatuh dan dia focus balik membuat kerajanya dan tanpa sedari sudah tiba untuk penerbangannya.

Rina pun berdiri, berjalan ke pintu gerbang dan masuk ke Kapal Terbang untuk mencari kerusinya. Dia simpan barangnya di petak bagasi di atas dan duduk di kerusinya.

Rina melihat di luar tingkap dan mengambil gambar untuk menghantarnya ke Puan Airisa untuk memberitahu yang anak perempuan sulungnya sudah naik kapal terbang.

Rina tersenyum tanpa mengetahui lelaki yang memandangnya tadi akan mengubah kehidupannya serartus lapan puluh darjah dan membuka hatinya yang terkunci rapi itu.

🌹🌹🌹

"Tiada siapa yang dihantar secara tidak sengaja kepada sesiapa, ia sudah tertulis"

My Dear Husband (Malay Novel)Where stories live. Discover now