Bab 3

18 1 0
                                    

          HAZIM masuk ke dalam Kapal Terbang itu dan ternampak si gadis bertudung hitam tadi dari jauh, Hazim auto tersenyum setelah mendapat tahu yang tempat duduk mereka sebelah menyebelah sahaja. Hazim tolong mummynya menyimpan barangnya di petak bagasi.

Hazim pun duduk dan memandang si gadis dengan focusnya mengambar dan menteks seseorang. Apabila juruterbang memberi pengumuman, si gadis itu masih menghantar mesej jadi dia memutuskan untuk bercakap dengan si gadis itu dan melihat reaksi comelnya mahu saja dia mengusiknya lagi.

Rina yang terlalu fokus dekat handphonenya tidak mendengar pengumuman dari juruterbang dan tetiba dia terdengar suara lelaki lalu dia memalingkan kepalanya ke kiri dan melihat lelaki yang memandangnya dari jauh tadi senyum ke padanya.

"Assalamualaikum sweetheart, pilot memberitahu yang kita sudah nak terbang so all device had to be put on a flight mode"

Khairina tergamam dan melihat si lelaki tu dengan muka bangang lalu membalasnya dengan teragak-agak.

"Waalaikumussalam..."

'Sweetheart? Apa benda lelaki ni merepek?'

"Oh dah nak terbang ke? Kejap ye"

Khairina kembali melihat handphonenya, sesudah dia menghantar mesejnya, dia menukar handphone ke flight mode

Rina tutup handphonenya dan memasukkannya ke dalam bag tangannya.

"Good girl"

Rina terdengar lelaki tu bercakap, terus matanya membulat tetapi Rina masih lagi memandang ke bawah, menjaga permandangan di antara mereka.

'Ya Allah, kenapalah lelaki ni duduk sebelah aku'

Rina hanya melihat di luar jendela, dan si jejaka itu tersenyum melihat gelagat si gadis comel tu.

'Cute'

Hazim memalingkan mukanya ke arah screen dan mereka memasang doa sebelum terbang. Hazim menadahkan tangannya dan melirik ke sebelahnya, melihat si gadis pun turut sama menadahkan tangan untuk membaca doa sebelum terbang ke langit.

Selepas habis doa, Hazim dan Khairina mengaminkannya dan akhirnya mereka pun berlepas. Semasa mereka berada di atas langit, Khairina masih dapat merasakan pandangan lelaki itu sesekali kepadanya.

Rina pun memutuskan untuk menegur si jejaka itu walaupun hatinya tidak mau. Rina pun memaling mukanya ke jejaka itu dan mata mereka bertemu.

"Excuse me, boleh tak kau jangan tengok aku macam kau nak makan aku!"

Rina memberitahu Hazim yang masih lagi tersenyum.

'Kenapa lelaki ni senyum-senyum? Lucu ke apa yang aku cakapkan tadi tu.'

"Oh maaf sweetheart, awak terlalu cantik" Hazim senyum dengan manisnya dan matanya yang berwarna coklet gelap tu memandang tajam ke arah mata Rina berwarna hazel tu.

Hazim terkaku apabila melihat mata si gadis itu.

'her eyes are so beautiful but she looks familiar'

Khairina melarikan pemandangnya daripada lelaki itu.

'Eh lelaki ni ada kena penumbuk karang, nasib baik kau handsome'

Khairina menjeling Hazim dengan tajam.

"Terima kasih sebab cakap yang aku ni cantik tapi jagalah pandangan kau tu, jaga hati kau tu, jangan nak ikut perasaan saja" Khairina bersuara sambil tengok ke luar jendela.

"Thank you for the reminder, sweetheart, I'll try my best to take care of my eyes and feelings for you" Hazim mebalasnya.

'This crazy guy, apahal dia merepek dari tadi ni, bukannya kami ni saling mengenali pun, sedap je dia nak panggil kita ni dengan sweetheart tapikan di mana aku pernah tengok lelaki ni?'

Selepas itu tidak ada seseorang pun daripada mereka bercakap antara satu sama lain tetapi atas sebab tertentu mereka berdua berasa selesa dalam diam.

🌹🌹🌹

"kita mesti melepaskan kehidupan yang telah kita rancang, untuk menerima kehidupan yang sedang menanti kita"

My Dear Husband (Malay Novel)On viuen les histories. Descobreix ara