01

306 43 19
                                    

"This that pink venom, this that pink venom, this that pink venom, get em get em get em get em" merdu suara Haura menyanyi sebelum memasuki tempat kerjanya.

"Woi Haura cepatlah masuk kerja! Nanti bos marah aku tak tahu" jerit Adleena apabila terdengar gadis itu menyanyi diluar kafe.

Bukan dia tak tahu yang Haura merupakan peminat setia Blackpink. Siap namakan telefonnya sebagai lalisa lagi.

"Ish orang tengah feeling-feeling sibuk je kacau. Bukan ada customer lagi pun" mengeluh Haura dengan perlahan setelah dimarahi oleh sepupunya itu.

Badmood semacam saja... 'ABC' ke tu?

"Kalau tak ada customer sekali pun perangai kena lah jaga Haura oii. Kalau bos kita dapat tahu yang perangai kau macam ni masak kita nanti." balas Adleena.

Bukan dia tak dengar apa yang Haura bebelkan sebentar tadi. Telinga dia ni boleh dengar hingga ke Gunung Kinabalu.

Haura agak terkejut apabila Adleena berkata sedemikian. Dia sangkakan gadis itu tidak akan mendengarnya.

"Haih, baiklah cousinku yang tercinta." balas Haura sambil menguntumkan senyuman yang manis buat sepupunya.

Kemudian dia terus melakukan kerjanya seperti biasa.

Oh sebelum itu, let me introduce myself. Nama aku Haura Mikayla binti Muhammad dan berusia 23 tahun. Aku berkerja sebagai barista di Kafe Latte Da Coffee bersama  sepupu kesayangan aku iaitu Adleena.

Psstt... Adleena tu dah taken. Maklumlah, sepupu aku itu lawa orangnya. Aku? Hmph! lambat lagi.

Ok back to our story.

Aku dibesarkan oleh makcik dan pakcik aku sejak kecil lagi kerana ibubapa aku sudah lama meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya semasa aku berusia 3 tahun.

Aku bersyukur kerana masih ada yang mahu menjaga aku walaupun makcik aku tidak begitu suka padaku. Sungguhpun begitu, dia tidak pernah mendera aku sewaktu kecil. Aku harus menerima hakikat yang tidak semua orang suka akan diriku. Siapa yang nak suka anak yatim piatu macam aku ini?

"Hello miss, are you there?" tegur pelanggan itu apabila pesanannya tidak dibalas oleh gadis itu. Lelaki itu memetik jarinya dihadapan wajah Haura.

Nak buat kerja ke tak ni, cik adik?

Haura bagaikan tersedar dari lamunannya terus menundukkan sedikit badannya sebagai tanda maaf.

"Oh, I'm sorry. Can you repeat your order, sir?" balas Haura dengan perasaan malu.

'Aduhai macam mana aku boleh tak perasan ada orang kat depan aku ni. Mesti buruk muka aku masa mengelamun tadi.' bisik Haura didalam hati.

Malunya!

"Give me one cup of cappuccino please. " tegas lelaki itu bersuara.

"Ok give me 15 minutes." selamba saja riak wajah Haura.

"What? Are you for real?" dia masih lagi cuba untuk mengawal dirinya daripada meninggikan suaranya kepada gadis yang berada dihadapannya sekarang.

Adleena yang berada di belakang kafe terus berlari anak ke arah sepupunya dan lelaki itu apabila dia mendengar kekecohan dari kaunter semasa dia sedang mencuci cawan sebentar tadi.

"Eh sorry sir, kawan saya ni memang kuat merepek. Give us 5 minutes. Sir boleh duduk dulu dekat meja sana ya?" ujar Adleena dengan lembut keaarah lelaki itu seraya menghulurkan resit kepadanya.

Lelaki itu hanya membalas dengan sekali anggukan dan beredar dari situ. Dia malas ingin bertengkar dengan dua orang gadis itu. Lagipun, lelaki kena lah jadi gentleman. Takkan nak marah perempuan sebab benda kecil sebegini kan?

LATE LOVEDonde viven las historias. Descúbrelo ahora