"One"

978 45 8
                                    

Ailsa PoV

Ailsa Adiputeri binti Amato, itulah namaku. Anak sulung dari pasangan Amato dan Bella, juga Kakak kepada superhero bumi, BoBoiBoy.

Aku ialah Laksamana Muda dari Tempur-A dan Tapops. Tugasan dan tanggung jawab besar sudah aku tanggung sejak usiaku 10 tahun. Bukan hal yang senang tapi syukurlah aku sudah terbiasa.

Ayah aku ialah Laksamana Tapops yang telah mengabdi sejak dia duduk dalam bangku kuliah. Mak aku pula juga seorang Laksamana Tempur-A yang mengabdi semenjak remaja.

Adik lelaki aku pula seorang Kapten Muda Tapops. Sejak kecik, dia ada cita-cita nak jadi superhero macam ayah dan terwujud juga semasa kitorang balik kampung masa cuti sekolah dulu.

Dia dah jadi superhero bumi sejak usia 8 tahun dan masuk Tapops masa usia 16 tahun. Selepas pertarungan dengan Reta'ka, dia dianugerahi gelar Kapten Muda dan juga gelar 'Penguasa Elemental Galaksi'.

Boy, macam tu lah aku panggil dia, ada buat misi dengan pasukan dia yang terdiri dari kawan-kawan dia masa kitorang bercuti kat Pulau Rintis yakni Lans Kopral Yaya, Lans Kopral Ying, Lans Kopral Gopal, dan adik kepada Kapten Kaizo, Lans Kopral Fang.

Pasukan dia dah banyak torehkan prestasi dengan selamatkan banyak Power Shpera dan tangkap ramai penjenayah kelas atas, betul-betul adik yang berbakat dia ini.

Tak hanya berbakat dalam kalahkan penjenayah sahaja, tapi dalam pendidikan dia pun pandai terutama bidang biologi dan tekno. Tak de sesiapa yang lagi pandai dalam perkara tu daripada Boy.

Boy dah tamatkan gelar sarjana tekno dia masa usia 7 tahun dan dia dah cipta beberapa alat yang aku dan keluarga aku gunakan sehari-hari maupun masa misi.

Ailsa bila cakap pasal diri kau? Oke aku akan cerita pasal aku pula.

Aku ni pun superhero bumi, sama macam ayah dan adik aku. Kuasa aku ada masa usia 6 tahun, masa aku tak sengaja aktifkan sebuah Power Shpera yang ayah selamatkan dulu dan kuasa aku ialah manipulasi ruang dan masa.

Aku masuk dalam Tapops masa usia 10 tahun, tepat selepas aku dan Boy balik dari Pulau Rintis. Pangkat Kadet ku hanya bertahan 3 hari dan aku langsung naik pangkat Lans Kopral hingga usiaku 12 tahun dan akupun naik pangkat menjadi Kapten Muda lepas tu masa 15 tahun, aku baru jadi Laksamana Muda sampai masa sekarang.

Aku pun ada pasukan juga macam Boy, tapi kitorang jarang sangat nak berjumpa sebab kesibukan misi individu kitorang. Aku hanya akan bersama sepupu aku yang juga wakil aku kat pasukan, Maira Asyifa binti Amirul.

Kitorang berdua dah macam stem dengan perekat, tak boleh nak pisahkan. Latihan bersama, misi bersama, makan bersama, bahkan tidur pun kitorang satu bilik.

Aku pun pandai dalam akademik terutama matematik dan sains. Aku dah tamatkan sarjana matematik ku masa usia 8 tahun dan sarjana sains masa 10 tahun.

Kini usiaku 21 tahun sedangkan Boy 19 tahun. 11 tahun kitorang dah tak jumpa sesama sendiri dan hari ini, akhirnya aku akan jumpa dengan dia semula.

Author PoV

Di pagi hari, di stasiun Tapops, nampak tokoh utama kita sudah siap dengan seragam  anggota Tapops namun tak lupa dengan topi dino miliknya yang bertengger di kepalanya.

"Siap pun, tak sabarnya jumpa diorang balik. Gopal! Jom kita kat kantin sebelum kat dek utama!" ucap BoBoiBoy bin Amato, superhero galaksi dan penguasa kuasa elemental.

"Kejap! Uniform aku tak jumpa lagi!" kata temannya sejak kecil, Gopal.

BoBoiBoy melihat ke arah kasur Gopal dan mendapati seragam milik Gopal terletak di sana. Dia hanya menggeleng pasrah dan memberikan seragam itu kepada Gopal.

The Secret of Elemental | BBB (Complete) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang