𝐛𝐚𝐛 4

19K 2.1K 23
                                    

Malam yang suram ditemani tangisan seorang kanak-kanak lelaki di dalam rumah yang berbinakan rumah kayu batu. Mata yang basah hebat melihat sosok bapa saudaranya yang bakal ditarik nyawa oleh manusia durjana.

"Jangan kau sentuh pak cik aku!! Pak long!!"

Jejaka kecil berumur 9 tahun itu menjerit besar untuk menghalang manusia durjana itu dari membunuh bapa saudaranya.

Razyan, bapa saudara jejaka kecil itu, memandang sayu ke arah anak buahnya. Hatinya bagai tercabik-cabik melihat anak buah dan isterinya di tahanan orang manusia durjana di belakangnya.

"Abang! Abang jangan tinggalkan saya! Hei, saya mohon lepaskan suami saya. Saya merayu!!" Aida menangis teresak di sisi Ameer yang turut menangis pilu itu.

Wanita itu bergelut di tahanan orang manusia itu. Lee merengus geram. Mencengkam kuat tangan Aida tetapi tenaga Aida saat itu menguasai segalanya sehingga Lee habis akal untuk menahannya terus.

"Diamlah, sial! Kalau tak, aku bunuh kau!"

Aida menangis kasar. Melihat pilu pun sayu sosok suaminya yang mengetap gigi itu.

"Kau boleh bunuh aku,"

"Abang!!"

"Pak long! Jangan tinggalkan Ameer!"

Razyan memejam mata. Menahan air mata dari jatuh. Dadanya sesak hebat. Kulit lehernya rasa ngilu dengan mata samurai.

"Tapi kau jangan bunuh isteri aku dan anak saudara aku. Aku mohon." Suara Razyan bergetar hebat. Bibirnya bergetar bersama air mata merembes keluar.

"Jangan!! Abang, abang jangan pergi! Kalau abang mati, Aida akan ikut abang! ABANG!!!"

"PAK LONGGGGG!!!!"

Bergema kawasan rumah kayu batu itu dengan teriakan besar dari seorang wanita dan jejaka kecil. Menjerit histeris saat melihat mata samurai itu sudah pun mengelar leher Razyan.

"YA ALLAH, ABANGG!!!"

"ABANG, JANGAN TINGGALKAN AIDA, ABANG!! YA ALLAH!!"

Aida tersujud di lantai kayu rumahnya. Menjerit sekuat hati bersama hati hancur sehancur hancurnya. Menerima bahawa suaminya sudah pergi meninggalkannya dengan keadaan begitu tragis.

Sementara Ameer, terkaku di tempatnya. Melihat kaku sosok bapa saudaranya sudah rebah ke lantai dengan darah mengalir keluar membasahi lantai beranda.

"Kau jahat! Kau bunuh suami aku!! PULANGKAN DIA PADA AKU KEMBALI!! ABANG!!" Aida meroyan. Wanita itu memukul buta tuli Lee di belakangnya sebelum dia bangun berlari ke arah mayat suaminya.

"Allahuakhbar! Abang... Abang janji takkan tinggalkan Aida, abang... Ya Allah!!" Aida rebah memeluk tubuh mayat suaminya. Menggoncang tubuh kaku itu dengan jeritan penuh lukanya.

"Pak long! Pak long, bangun!!"

Ameer menangis kuat. Aida lantas membawa Ameer ke pelukan. Mengucup kepala anak saudaranya penuh sayang.

Manusia durjana itu tersenyum iblis. Puas melihat kematian Razyan. Dia beralih melihat orangnya.

"Bunuh mereka saja, bos. Lagi mudah kerja kita." Kata Zaquan. Dia berdiri di sebelah ketuanya.

Manusia itu tersenyum sinis. Benar juga kata Zaquan. Kerjanya lagi mudah jika dua makhluk itu ikut mati.

"Jangan kau apa-apakan kami!" Aida memeluk Ameer erat. Melindungi Ameer dari kejahatan manusia durjana itu.

𝐃𝐢𝐚, 𝐋𝐚𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝗘𝗕𝗢𝗢𝗞Where stories live. Discover now