Bab 1

828 42 4
                                    

PERKAHWINAN mereka sudah menginjak masuk ke tahun yang pertama. Satu tahun itu adalah masa yang sangat panjang bagi mereka bergelar suami isteri. Masjid yang dibina juga masih utuh dengan adanya keharmonian dan kebahagiaan bagi mereka berdua.

"Awak nak pergi mana?" Pertanyaan dari Afeeya diabaikan oleh suaminya. Dayyan sibuk mengemaskan diri di hadapan cermin.

"Dayyan, saya tanya ni..."

"Keluar."

"Keluar pergi mana? Kan hari ni hari sabtu?" Tanya Afeeya lagi.

Dayyan mengeluh. Apasal lah isterinya ini banyak sangat tanya. "Nak pergi jumpa Luna."

"Again?"

"Kenapa? Tak kan jumpa sepupu sendiri pun tak boleh?" Tanya suaminya dingin.

"Bukan tak boleh, tapi atas urusan apa awak asyik jumpa Luna? Hampir setiap hari tau awak akan keluar jumpa dia!"

"Kami jumpa atas urusan kerja."

"Kerja apa sampai awal balik lewat malam? Urusan kerja apa sampai awak perlu berkepit 24 jam dengan dia?!" Afeeya mula melangkah mendekati suaminya.

"Apa masalah awak ni Feeya? Boleh tak kalau sehari mulut awak tu diam dari persoalkan apa yang saya buat? Saya kerja untuk awak juga! Bukannya untuk orang lain pun!" Dayyan mula mendengus kasar. Tangannya mencapai briefcase sambil kakinya melangkah untuk keluar dari bilik tidur mereka berdua.

"Tunggu, Dayyan! Saya tak habis cakap lagi!"

"Apa lagi ni, Afeeya Nadeera. Saya dah lambat lah!"

"Awak tahu tak awak dah berubah, Dayyan? Awak tahu tak awak dah selalu sakitkan hati saya?" Nada suara Afeeya mula mengedur.

"Saya tak pernah berubah. Awak aje rasa macam tu." Afeeya diam.

Malas mahu melayan perasaan isterinya, Dayyan mula melangkah untuk keluar dari rumah mereka.

"Awak ada hubungan apa-apa dengan Luna ke?" Terhenti langkah Dayyan apabila mendengar soalan cepumas yang keluar dari mulut isterinya.

"Merepek apa awak ni?"

"Kalau awak ada apa-apa hubungan dengan dia, lebih baik awak—"

"Jangan nak mengarut, Afeeya. Saya dengan Luna hanya sepupu dan tak lebih dari itu. Cukup lah dengan syakwasangka awak tu. Menyampah tahu tak?" Kasar lelaki itu membalas.

Wanita itu tersenyum hambar. "Kalau macam tu, baguslah. Saya harap sangat awak jujur dengan kata-kata awak sendiri..."

Melihat Afeeya menarik tangannya untuk bersalaman, hati lelakinya terdetik sesuatu.

"Saya nak minta izin ke rumah mummy kejap lagi. Boleh kan?" Dayyan hanya menganggukkan kepalanya.

"Jaga diri."

"Awak pun..."

Mata Afeeya hanya memandang kereta suaminya yang sudah bergerak meninggalkan perkarangan rumah mereka. Tangannya ditekapkan di dada. Sakit.

Entah apa yang silap, hubungan mereka suami isteri terasa agak dingin kebelakangan ini. Paling ketara adalah sikap suaminya. Sekejap elok, sekejap tidak. Kadang-kadang setiap perbuatan Afeeya ada sahaja tak kena di matanya.

Itu belum bercakap tentang Dayyan dan Tengku Luna Ashira, sepupu suaminya. Hampir setiap hari mereka akan berjumpa. Kadang-kadang sampai ke malam baru masing-masing akan pulang ke rumah.

"Jangan buruk sangka dengan orang, Feeya. Percaya Daiyan. Tak kan lah dia tergamak nak menduakan kau sedangkan dulu dia yang beria-ria ajak kau kahwin?"

Itulah ayat penyedap hati Afeeya apabila setiap kali perasaan aneh datang menjalar dalam dirinya. Walaupun kadang-kadang, dia rasa keliru dengan suaminya sendiri.

[NOT EDITED]

Ig: qkeiyathefirst
Telegram Channel: Qkeiyaaaaa Readers

SHATTERED LOVE (EBOOK)Where stories live. Discover now