Prolog

2.7K 276 26
                                    

Emyr menghentikan keretanya di luar masjid. Kebetulan sudah masuk waktu jadi lebih baik dia singgah terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan. Edeline yang terlelap dibiarkan sahaja. Katanya semalam dia tak cukup tidur, ada kerja yang dia lakukan.

Dia keluar dari perut kereta dan dengan langkah yang laju dia masuk ke dalam perkarangan masjid

Lima minit selepas Emyr pergi, Edeline terus tersedar. Tidurnya tak lena disebabkan tak ada angin yang dia rasa, hanya rasa panas sahaja.

Kerna tak tahan panas, dia paksa dirinya untuk keluar dan ambil angin di luar sahaja. Mukanya jangan cakap, masam sahaja. Emyr ni suka-suka je matikan aircond.

Badannya disandarkan dengan kasar dibelakang pintu kereta. Keringat yang mengalir di kawasan lehernya dibersihkan dengan telapak tangannya.

"Awak tak masuk?" tegur seseorang dengan nada yang sangat lembut.

Edeline pantas mendongak melihat pemilik suara lembut tersebut. Wajahnya yang masam terus sahaja dia ubah menjadi manis. Tak elok pula nak tunjukkan muka tak ramahnya di hadapan orang lain. Bibirnya tersenyum apabila anak mata mereka berdua bertemu.

"Maaf, kalau awak tak ada telekung saya boleh pinjamkan." Beg kecil berwarna hitam dihulurkan kepada wanita cantik yang sedang berdiri dihadapannya.

Edeline tersenyum sahaja. Ini bukan kali pertama dia hadap situasi seperti ini. Setiap kali Emyr singgah solat inilah soalan yang selalu diutarakan kepadanya.

Edeline menunjukkan sesuatu yang membuatkan wanita bertudung manis itu terkejut di tempatnya.

"Maaf, saya tak tahu." Wanita itu terus memohon maaf atas kesilapannya.

"It's okay," balas Edeline dengan senyuman. Dia tak terasa pun dengan kata-kata wanita tersebut.

"Maaf sekali lagi. Kalau macam tu saya masuk dulu." Pamitnya dengan wajah yang sudah bertukar merah.

Edeline menganggukkan kepalanya dan dia hantar pemergiaan wanita itu dengan senyuman. Rasa marahnya terhadap Emyr hilang begitu sahaja. Mungkin disebabkan cara lembut wanita tadi membuatkan moodnya kembali.

...

Sepanjang perjalanan dia tak henti memukul mulutnya kerna terlalu lancang. Sumpah! Dia tak tahu pun.

Emyr yang sudah selesai mengerjakan solat keluar dari masjid dan melangkah menuju ke keretanya. Takut pula nak tinggalkan Edeline lama-lama.

Wanita itu masih membebel disebabkan kelancangannya dan dia langsung tak tengok jalan.
Tasbih yang terjatuh dari begnya pun dia tak perasan disebabkan terlalu melayan kelancangan mulutnya.

Emyr yang perasan terus sahaja mengambil tasbih tersebut.

"Excuse me," ujar Emyr dengan nada yang sengaja dikuatkan supaya wanita yang sudah berada di hadapannya dengar akan suaranya.

Wanita itu berhenti dari terus melangkah. Dia ada dengar suara seseorang namun suara itu sayup-sayup sahaja.

"Excuse me!" kata Emyr sekali lagi.

Dia terus menoleh ke belakang dan kelihatan seorang lelaki yang sangat tampan datang menghampirinya. Dia tahu lelaki ini baru selesai mengerjakan solat melihat kepada gaya rambutnya yang kelihatan lembap.

"Yours." Emyr memberikan tasbih putih yang dia ambil tadi. Dia lihat tasbih itu jatuh dari beg wanita tersebut.

Wanita itu terus mengambil hujung tasbih itu lalu dia tundukkan kepalanya sebagai ucapan terima kasih.

"Terima kasih."

Emyr juga membalas dengan anggukan kecil kemudian dia terus pergi tanpa menoleh ke belakang.

Tanpa sedar bibir wanita itu tersenyum dengan sendirinya. Cara lelaki yang mengembalikan tasbihnya buatkan ada perasaan aneh menjalar di seluruh tubuhnya.





Bersambung

EMYR EDRA Where stories live. Discover now