Edeline-01

2K 222 17
                                    

Emyr pulang ke rumah selepas sahaja dia mendapat panggilan telefon dari Puan Julia. Katanya ada benda nak dibincang dan minta untuk dia pulang dengan segera.

Habis sahaja kerjanya di pejabat, Emyr terus balik. Terpaksa dia batalkan rancangannya nak keluar dengan Edeline dan nasib sahaja Edeline tak marah.

"Assalamualaikum.." pelik dia melihat kereta asing yang parking di garaj mereka.

Puan Julia berlari keluar menyambut kepulangan anaknya. Tambah pelik Emyr dengan sambutan yang tersangatlah tiba-tiba. Tak biasanya mamanya nak sambut dia dengan senyuman. Selalunya dengan bebelan.

"Mama kenapa? Lain macam je."

Puan Julia memeluk lengan anaknya lalu dia bawa Emyr untuk masuk ke dalam.

"Ma, kereta siapa dekat luar tu? Tak pernah nampak pun." Soal Emyr.

"Dekat dalam nanti, baru mama terangkan. Cepat, kita dah lambat ni,"

Masuk sahaja Emyr ke dalam rumah, ruang tamunya sudah dipenuhi dengan beberapa orang yang tersangatlah asing di pandangannya. Dia tak kenal pun dengan tetamu tersebut.

"Sampai pun." Ujar seorang lelaki yang sebaya dengan mamanya.

"Emyr duduk sini," arah Puan Julia dengan senyuman lebar.

Emyr mengambil tempat duduknya. Seketika anak matanya bertembung dengan anak mata wanita yang cantik bertudung.

"Kenalkan, ini Aisah Sofia." Puan Julia mengenalkan wanita cantik itu kepada anaknya. Bukan dia tak perasan cara pandangan Emyr terhadap Aisah.

Emyr hanya menganggukkan kepalanya kemudian dia terus memandang ke tempat lain. Tak berminat pun nak pandang wanita itu lama-lama.

Apa yang dibincangkan, Emyr langsung tak dengar. Dia sibuk melihat telefonnya menanti Edeline membalas pesanan yang dia hantar tadi.

Risau dia apabila Edeline tak baca pun pesanannya. Tak selalunya Edeline begini. Sibuk macam mana pun dia, pesanannya selalu dibalas.

Kerna terlalu lama menunggu balasan dari Edeline, Emyr mendail nombor telefon kekasihnya. Panggilannya bersambung namun tak diangkat.

Aisah memerhati sahaja Emyr yang kelihatan sangat risau. Dari tadi matanya hanya melihat skrin telefon seperti dia menunggu panggilan seseorang.

Perbualan mereka terhenti apabila bunyi telefon Emyr memenuhi ruangan tersebut. Emyr tanpa melihat sekelilingnya terus mengangkat panggilan tersebut.

"Emyr, tolong I.." Emyr terus berlari meninggalkan rumahnya setelah mendengar suara tangisan Edeline. Dia langsung tak peduli dengan tetamu mamanya kerna Edeline lebih penting untuk saat ini.

"Emyr!" teriak Puan Juliana dengan kuat.

"Emyr!"

...

Edeline menangis di luar rumahnya sementara menunggu Emyr datang mengambilnya. Dia baru sahaja habis bergaduh mulut dengan mummnya.

Dia paling tak suka urusan kehidupannya di atur. Dia dah besar dan dia dah boleh pilih jalan hidupnya sendiri tapi mummynya selalu layan dia seperti kanak-kanak yang berumur 10 tahun.

Ini bukan kali pertama mummnya nak jodohkan dia dengan lelaki lain dan kebanyakannya adalah dari anak kawan mummnya sendiri dan disebabkan itu jugalah mereka bergaduh.

Emyr pantas keluar dari keretanya apabila dia melihat Edeline yang sudah menunggu di luar pagar. Dia hampiri Edeline lalu dia duduk mencangkung tepat di hadapan Edeline.

"Emyr..." dengan tangisan kecilnya dia memanggil nama kekasihnya.

Emyr mengeluh dengan kasar. Kalau dah macam ni mesti Edeline lepas bergaduh dengan mummnya.

EMYR EDRA Where stories live. Discover now